1
Yesaya 9:6
Alkitab Versi Borneo
Sesungguhnya, seorang anak telah lahir bagi kita, seorang putera telah dikurniakan bagi kita. Di atas bahunya tampuk pemerintahan, dan namanya akan disebut: Penasihat Ajaib, Allah Perkasa, Bapa Kekal, Raja Damai.
Compare
Explore Yesaya 9:6
2
Yesaya 9:2
Bangsa yang berjalan dalam kegelapan telah melihat cahaya yang gemilang. Bagi mereka yang tinggal di negeri yang di bawah bayangan maut, cahaya telah bersinar.
Explore Yesaya 9:2
3
Yesaya 9:7
Pertumbuhan pemerintahan-Nya serta damai tidak akan ada habisnya atas takhta Daud dan atas kerajaannya. Dia akan mengukuhkan dan menopangnya dengan keadilan dan perbenaran dari sekarang untuk selama-lamanya. Semangat TUHAN alam semesta, yang meluap-luap bagi umat-Nya akan membuat semua hal ini terjadi.
Explore Yesaya 9:7
4
Yesaya 9:5
Setiap sepatu yang berderap dalam deru peperangan dan pakaian yang berlumuran darah akan dibakar dan menjadi bahan bakar untuk api.
Explore Yesaya 9:5
5
Yesaya 9:1
Meskipun begitu, tidak akan ada lagi kesuraman bagi mereka yang dahulu berada dalam kesusahan. Pada zaman dahulu Dia memandang rendah Tanah Zebulon dan Tanah Naftali, tetapi pada kemudian hari Dia akan memuliakan jalan dekat laut di seberang Sungai Yordan, Galilea, daerah bangsa-bangsa asing.
Explore Yesaya 9:1
6
Yesaya 9:3
Engkau melipatgandakan jumlah bangsa itu, Engkau memperbesar sukacita mereka. Mereka bersukacita di hadapan-Mu, seperti orang bersukacita pada musim menuai, seperti orang bergembira apabila membahagi-bahagikan jarahan
Explore Yesaya 9:3
7
Yesaya 9:4
kerana kuk yang ditanggung mereka dan kayu pikulan di bahu mereka, iaitu tongkat para penindas mereka, telah Kauhancurkan seperti pada zaman orang Midian.
Explore Yesaya 9:4
Home
Bible
Plans
Videos