1
Roma 1:16
Alkitab Versi Borneo
Aku tidak teragak-agak menyebarkan Injil, kerana Injil adalah kuasa daripada Allah untuk menyelamatkan setiap orang yang beriman, mula-mula kepada orang Yahudi kemudian kepada orang Yunani.
Compare
Explore Roma 1:16
2
Roma 1:17
Kerana di dalamnya perbenaran Allah dinyatakan dari iman ke iman, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci: “Orang benar akan hidup dengan iman.”
Explore Roma 1:17
3
Roma 1:20
Sejak dunia diciptakan, sifat-sifat Allah yang tidak kelihatan, iaitu kuasa-Nya yang kekal dan keilahian-Nya, semuanya jelas ternyata serta difahami melalui segala ciptaan-Nya. Oleh itu, mereka tidak dapat berdalih lagi.
Explore Roma 1:20
4
Roma 1:21
Walaupun mereka telah mengenal Allah, mereka tidak memuliakan-Nya sebagai Allah dan tidak bersyukur kepada-Nya. Sebaliknya mereka memikirkan yang sia-sia dan hati mereka yang tolol diliputi kegelapan.
Explore Roma 1:21
5
Roma 1:25
Mereka merangkul yang palsu dan berpaling daripada kebenaran Allah serta memuja dan menyembah makhluk ciptaan dan bukan Pencipta yang patut dipuji selama-lamanya. Amin.
Explore Roma 1:25
6
Roma 1:18
Kemurkaan Allah ternyata dari syurga terhadap segala kefasiqan dan kedurjanaan yang dilakukan oleh manusia, yang menyembunyikan kebenaran dengan kedurjanaan
Explore Roma 1:18
7
Roma 1:26-28
Itulah sebabnya Allah membiarkan mereka didorong hawa nafsu yang keji. Kaum wanita mereka pun berpaling daripada yang tabii kepada yang di luar tabii. Demikian juga kaum lelaki. Mereka berpaling daripada hubungan tabii dengan wanita dan dibakar nafsu keberahian terhadap sama sejenis. Lelaki dengan lelaki melakukan perkara yang aib, lalu menerima dalam diri mereka hukuman yang setimpal. Oleh sebab mereka enggan mengenal Allah, maka Allah membiarkan mereka dikuasai fikiran yang hina, sehingga mereka melakukan perkara-perkara yang tidak wajar.
Explore Roma 1:26-28
8
Roma 1:22-23
Mereka mengaku diri bijaksana, tetapi sebenarnya mereka tolol. Mereka berpaling daripada kemuliaan Allah yang kekal abadi lalu menyembah patung-patung yang diperbuat seperti bentuk manusia yang fana, burung, haiwan berkaki empat dan binatang yang menjalar.
Explore Roma 1:22-23
Home
Bible
Plans
Videos