1
Roma 12:2
Alkitab Versi Borneo
Janganlah ikut cara dunia, sebaliknya berubahlah menurut pembaharuan fikiranmu. Dengan demikian, kamu dapat memastikan apa kehendak Allah itu, apa yang baik, yang diredai-Nya dan yang sempurna.
Compare
Explore Roma 12:2
2
Roma 12:1
Oleh itu, saudara-saudaraku, aku menyeru kepadamu, demi belas kasihan Allah, supaya mempersembahkan tubuh badanmu sebagai korban yang hidup, yang suci dan diterima oleh Allah; itulah ibadat yang wajar.
Explore Roma 12:1
3
Roma 12:12
Bergembiralah dalam harapan, tabah menghadapi kesusahan, dan terus-menerus berdoa.
Explore Roma 12:12
4
Roma 12:21
Jangan ditewaskan oleh kejahatan, tetapi tewaskanlah kejahatan dengan kebaikan.
Explore Roma 12:21
5
Roma 12:10
Hendaklah kamu bersikap baik dan mengasihi sesama sendiri dengan kasih persaudaraan, serta saling menghormati dan mengutamakan
Explore Roma 12:10
6
Roma 12:9
Kasih hendaklah bersih daripada pura-pura. Bencilah kejahatan. Berpeganglah kepada kebaikan.
Explore Roma 12:9
7
Roma 12:18
Setakat yang mungkin, jika dalam keupayaanmu, hiduplah dalam damai dengan semua manusia.
Explore Roma 12:18
8
Roma 12:19
Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah berusaha membalas dendam, serahkanlah kepada kemurkaan Allah, kerana telah tersurat: “Pembalasan adalah hak-Ku. Akulah yang akan membalas,” demikian firman Tuhan.
Explore Roma 12:19
9
Roma 12:11
jangan biarkan kerajinanmu berkurangan; hendaklah semangat rohanimu tetap berkobar-kobar; sentiasa abdikan diri kepada Tuhan.
Explore Roma 12:11
10
Roma 12:3
Aku berkata kepada setiap orang daripadamu, melalui kasih kurnia yang diberikan kepadaku: Janganlah nilai dirimu lebih tinggi daripada sepatutnya, sebaliknya nilailah dirimu sewajarnya, selaras dengan kadar iman yang telah diberikan Allah kepada setiap orang.
Explore Roma 12:3
11
Roma 12:17
Jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Perhatikan apa yang baik di mata semua orang.
Explore Roma 12:17
12
Roma 12:16
Bersatu hatilah sesama kamu. Jangan tinggi hati, sebaliknya bergaullah dengan golongan yang sederhana. Jangan anggap dirimu bijaksana.
Explore Roma 12:16
13
Roma 12:20
Oleh itu, “Jika musuhmu lapar, berilah dia makan; jika dia dahaga, beri dia minum; Kerana dengan berbuat demikian, kamu menimbunkan bara api ke atas kepalanya.”
Explore Roma 12:20
14
Roma 12:14-15
Pohonlah berkat bagi orang yang menganiaya kamu, dan jangan kutuk mereka. Bergembiralah dengan orang yang bergembira, dan menangislah dengan orang yang menangis.
Explore Roma 12:14-15
15
Roma 12:13
Berilah bantuan untuk memenuhi keperluan orang salih, dan berikan tempat menumpang.
Explore Roma 12:13
16
Roma 12:4-5
Sebagaimana tubuh manusia terdiri daripada beberapa anggota yang berbagai-bagai tugasnya dan bukan semua anggota itu mempunyai tugas yang sama, begitu jugalah kita yang ramai ini, semuanya anggota satu tubuh dalam Kristus, dan saling memiliki.
Explore Roma 12:4-5
Home
Bible
Plans
Videos