1
Roma 3:23-24
Alkitab Versi Borneo
Kerana semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah. Namun demikian, dengan kasih kurnia Allah yang dikurniakan-Nya dengan rela, manusia dapat diperbenar melalui penebusan yang terdapat dalam Kristus Yesus.
Compare
Explore Roma 3:23-24
2
Roma 3:22
Perbenaran Allah hanya melalui iman kepada Yesus Kristus bagi semua yang percaya. Hal ini berlaku kepada semua orang tanpa membezakan sesiapa pun.
Explore Roma 3:22
3
Roma 3:25-26
Allah menjadikan Yesus korban pendamaian supaya dengan kematian-Nya, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Allah berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Allah bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka. Tetapi sekarang Dia bertindak terhadap dosa untuk menyatakan keadilan-Nya. Allah menunjukkan bahawa Dia benar dan memperbenar semua mereka yang beriman kepada Yesus.
Explore Roma 3:25-26
4
Roma 3:20
Oleh itu, tiada siapa pun akan diperbenar di mata Allah kerana mengamalkan hukum Taurat. Sebaliknya hukum Taurat hanya menyedarkan manusia bahawa mereka berdosa.
Explore Roma 3:20
5
Roma 3:10-12
Sebagaimana tersurat: “Tiada yang benar, seorang pun tidak. Tiada yang mengerti, tiada yang mencari Allah. Semuanya telah berpaling, semuanya tidak berguna; tiada yang berbuat baik, tiada seorang pun.
Explore Roma 3:10-12
6
Roma 3:28
Kerana kami yakin bahawa manusia diperbenar atas iman kepada Yesus Kristus, bukan kerana dia mengamalkan apa yang diwajibkan oleh hukum Taurat.
Explore Roma 3:28
7
Roma 3:4
Sama sekali tidak! Allah tetap benar biarpun setiap manusia itu pembohong. Sebagaimana tersurat: “Supaya Engkau didapati benar dalam kata-kata-Mu, dan akan menang apabila Engkau dihakimi.”
Explore Roma 3:4
Home
Bible
Plans
Videos