2 Petrus 1
1
1Daripada Simon Petrus, hamba dan rasul Yesus Kristus,
Kepada mereka yang seiman dengan kami melalui perbenaran Allah#1:1 Perkataan ‘perbenaran’ membawa beberapa makna tertakluk kepada konteksnya. Dalam ayat ini, perbenaran merujuk kepada tindakan Allah untuk meniadakan kesalahan dan hukuman dosa di samping memungkinkan orang berdosa berbaik semula dengan-Nya. dan Penyelamat kita Yesus Kristus:
2Semoga kamu dilimpahi berkat dan damai sejahtera daripada Allah, kerana kamu mengenal Allah dan Tuhan Yesus.
Panggilan dan pilihan Allah
3Dengan kuasa ilahi-Nya Allah telah mengurniai kita segala yang diperlukan untuk hidup dan kesalihan, melalui apa yang kita ketahui tentang Dia yang memanggil kita dengan kemuliaan dan kebaikan-Nya. 4Allah telah menganugerahi kita janji yang besar dan berharga. Melaluinya kamu akan mengambil bahagian dalam sifat keilahian Allah setelah menjauhi kebinasaan akibat hawa nafsu di dunia. 5Oleh itu, berusahalah untuk membekalkan imanmu dengan kebaikan; dan kebaikan dengan pengetahuan; 6dan pengetahuan dengan penguasaan diri; dan penguasaan diri dengan ketabahan; dan ketabahan dengan kesalihan; 7dan kesalihan dengan belas ihsan persaudaraan; dan belas ihsan persaudaraan dengan kasih. 8Jika kamu semakin kaya dengan segala ini, tidaklah kamu sia-sia dan hampa dalam mengenal Tuhan kita Yesus Kristus. 9Seseorang yang tidak memiliki sifat-sifat ini adalah rabun, malah buta, dan lupa bahawa dia telah disucikan daripada dosa-dosanya dahulu.
10Oleh itu, saudara-saudaraku, berusahalah lebih keras lagi untuk memastikan kekalnya panggilan dan pilihan Allah akan dirimu. Jika kamu melakukan segala ini, kamu tidak akan tersandung. 11Kamu akan diberi sepenuh hak untuk mewarisi kerajaan kekal Tuhan dan Penyelamat kita Yesus Kristus.
Nubuat dalam Kitab Suci
12Oleh itu, aku tidak akan lalai daripada mengingatkan kamu tentang segala ini, walaupun kamu sudah mengetahuinya dan berpegang teguh pada ajaran benar yang kamu terima. 13Selagi ada hayatku, wajarlah aku mengingatkan kamu tentang hal-hal itu. 14Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia ini, sebagaimana telah dinyatakan jelas kepadaku oleh Tuhan kita Yesus Kristus. 15Aku akan mengusahakan supaya kamu tetap diingatkan tentang hal-hal itu setelah aku tiada lagi.
16Kami tidaklah bercerita dongeng kepadamu apabila kami memberitahumu tentang kekuasaan Tuhan kita Yesus Kristus dan kedatangan-Nya. Kami telah menyaksikan kemuliaan-Nya dengan mata kami sendiri. 17#Mat 17:1-5; Mrk 9:2-7; Luk 9:28-35.Dia telah menerima penghormatan dan kemuliaan daripada Allah Bapa. Suatu suara daripada Yang Maha Tinggi berfirman, “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan.” 18Kami telah mendengar suara yang datang dari syurga ketika kami bersama-Nya di puncak gunung suci.
19Dengan demikian, kata-kata nubuat yang ada pada kami menjadi lebih jelas. Terimalah kata-kata nubuat ini seperti lampu yang bersinar di tempat gelap, hingga fajar menyingsing dan bintang pagi terbit dalam hatimu. 20Hal terutama yang harus kamu ketahui: Tidak ada satu nubuat pun dalam Kitab Suci yang berasal daripada pentafsiran sendiri, 21kerana nubuat bukanlah lahir dengan kehendak manusia, tetapi disuarakan oleh orang ketika digerakkan oleh Roh Kudus untuk menyampaikan kata-kata daripada Allah.
Currently Selected:
2 Petrus 1: AVB
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: