Mazmur 12
12
Untuk pemimpin muzik.
Menurut kecapi bertali lapan. Mazmur Daud.
1Tolonglah, ya TUHAN, kerana tiada lagi orang yang warak;
orang setia telah lenyap daripada kalangan anak manusia.
2Mereka berkata sama sendiri tanpa keikhlasan,
dengan pujian manis di bibir sedangkan hati bercabang.
3Semoga TUHAN memotong bibir yang memuji palsu
dan lidah yang bertutur angkuh
4yang berkata, “Kami akan berkuasa dengan lidah kami;
bibir kami kepunyaan kami — siapa yang berkuasa#12:4 Atau: Siapa tuan kami. atas kami?”
5“Kerana orang miskin ditindas
dan kerana orang sesak merintih,
Aku akan bangkit sekarang,” firman TUHAN.
“Aku akan memberi mereka kesejahteraan yang diingini.”
6Firman TUHAN adalah murni,
seperti perak yang teruji di dalam relau tanah, dimurnikan tujuh kali.
7Engkau akan memelihara mereka, ya TUHAN,
dan melindungi mereka daripada orang zaman ini selama-lamanya.
8Orang zalim merayau angkuh merata-rata ketika kekejian disanjung dalam kalangan anak manusia.
Currently Selected:
Mazmur 12: AVB
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: