YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 3

3
Mazmur Daud ketika dia melarikan diri daripada anaknya Absalom.
1Ya TUHAN, betapa ramainya musuhku!
Betapa ramai yang bangkit melawanku!
2Ramai yang berkata tentangku,
“Allah tidak akan menyelamatkannya.” #3:2 Kata Ibrani, ‘Sela’ tidak diketahui ertinya. Perkataan ini dianggap sebagai tatatanda muzik ibadat atau tanda pembacaan ‘berhenti dan dengarkan.’ Sela
3Tetapi Engkau ialah perisai yang melindungiku, ya TUHAN;
Engkau mengurniakan kemuliaan dan mengangkat kepalaku.
4Kepada TUHAN aku berseru lantang,
dan Dia menyahut seruanku dari bukit suci-Nya. Sela
5Aku baring dan tidur;
aku terjaga semula,
kerana TUHAN memeliharaku.
6Aku tidak akan takut kepada puluhan ribu yang bersiap sedia melawanku dari setiap pihak.
7Bangkitlah, ya TUHAN!
Selamatkanlah aku, Ya Allahku!
Palulah semua musuhku di tulang rahang mereka;
patahkanlah gigi orang zalim.
8Daripada TUHAN datang penyelamatan.
Semoga Engkau memberkati umat-Mu. Sela

Currently Selected:

Mazmur 3: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in