1 KORINTUS 3
3
Hamba-Hamba Allah
1Saudara-saudaraku! Sebenarnya aku tidak dapat bercakap dengan kamu seperti bercakap dengan orang yang mempunyai Roh Allah. Aku terpaksa bercakap dengan kamu seperti bercakap dengan orang yang masih dikuasai keinginan duniawi, atau seperti bercakap dengan orang yang masih kanak-kanak dalam kepercayaan mereka kepada Kristus. 2#Ibr 5.12-13 Dahulu aku memberi kamu susu, bukan makanan orang dewasa kerana kamu belum sedia menerimanya. Tetapi sekarang pun kamu masih belum dapat menerima ajaran yang lebih dalam, 3kerana kamu masih hidup menurut tabiat manusia. Apabila kamu iri hati dan saling bertengkar, bukankah hal itu membuktikan bahawa kamu hidup menurut tabiat manusia, seperti orang yang tidak mengenal Allah? 4#1 Kor 1.12 Apabila seseorang berkata, “Aku mengikut Paulus,” dan yang lain berkata, “Aku mengikut Apolos,” bukankah kelakuan kamu seperti kelakuan orang dunia ini?
5Sebenarnya siapakah Apolos itu? Siapakah Paulus? Kami hanya hamba Allah, yang memimpin kamu percaya kepada Kristus. Kami hanya menjalankan tugas masing-masing yang diberikan oleh Tuhan. 6#Kis 18.4-11,24-28 Aku menanam benih dan Apolos menyiramnya, tetapi Allah sendiri yang menyebabkan tanaman itu tumbuh. 7Orang yang menanam benih dan orang yang menyiramnya tidaklah penting. Allah sahaja yang penting, kerana Dia yang menyebabkan tanaman itu tumbuh. 8Orang yang menanam benih setaraf dengan orang yang menyiramnya; Allah akan mengurniakan pahala menurut kerja masing-masing. 9Kami orang yang bekerja bersama-sama untuk Allah, dan kamu bagaikan ladang Allah.
Kamu juga bagaikan bangunan Allah. 10Dengan kurnia yang dianugerahkan Allah, aku sebagai pembina yang mahir sudah meletakkan asas bangunan tersebut, dan orang lain membina bangunan di atas asas itu. Tetapi setiap orang haruslah membinanya dengan cermat, 11kerana Allah sendiri sudah menempatkan Yesus Kristus sebagai satu-satunya asas bagi bangunan itu, dan tidak ada asas yang lain. 12Ada orang yang menggunakan emas, perak, atau batu permata untuk mendirikan bangunan di atas asas itu. Ada juga orang yang menggunakan kayu, rumput kering ataupun jerami. 13Tetapi mutu kerja setiap orang akan kelihatan pada hari Kristus datang kembali, kerana pada hari itu api akan menyatakan kerja setiap orang. Api akan menguji dan menentukan mutu kerja setiap orang. 14Jika apa yang didirikan di atas asas itu tahan api, pembinanya akan menerima pahala. 15Tetapi jika kerja seseorang terbakar, dia akan rugi. Dia sendiri akan selamat, seperti orang yang melepaskan diri daripada api.
16 #
1 Kor 6.19; 2 Kor 6.16 Tentu kamu tahu bahawa kamu tempat kediaman Allah, kerana Roh Allah tinggal di dalam kamu! 17Oleh itu, jika seseorang memusnahkan tempat kediaman Allah, Allah pun akan memusnahkan orang itu, kerana tempat kediaman Allah itu khas untuk Allah dan kamulah tempat kediaman-Nya.
18Janganlah sesiapa pun menipu diri sendiri. Jika sesiapa antara kamu menganggap dirinya bijak menurut penilaian dunia ini, biarlah dia menjadi bodoh supaya dia menjadi benar-benar bijaksana. 19#Ayb 5.13 Hal itu demikian kerana apa yang dianggap oleh dunia sebagai kebijaksanaan, sebenarnya suatu kebodohan di sisi Allah. Di dalam Alkitab tertulis, “Allah memerangkap orang bijak dengan kepintaran mereka sendiri.” 20#Mzm 94.11 Ada tertulis juga, “Tuhan tahu bahawa fikiran orang bijak itu sia-sia.” 21Oleh itu, janganlah seorang pun membanggakan perbuatan manusia. Sebenarnya semuanya sudah diberikan kepada kamu: 22Paulus, Apolos, Petrus, dunia ini, kehidupan dan kematian, zaman ini ataupun zaman akan datang. Semuanya milik kamu, 23dan kamu milik Kristus, dan Kristus milik Allah.
Currently Selected:
1 KORINTUS 3: BM
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: