YESAYA 15
15
Allah Akan Memusnahkan Moab
1Inilah perkhabaran TUHAN tentang Moab.
Kota Ar dan Kir dimusnahkan dalam satu malam. Seluruh negeri Moab menjadi sunyi. 2Penduduk Dibon#Dapat bermakna: Penduduk Dibon; Naskhah Ibrani: Penduduk dan Dibon. mendaki bukit untuk menangis di tempat penyembahan dewa. Penduduk Moab meratapi kota Nebo dan Medeba. Mereka telah mencukur rambut dan janggut sebagai tanda berduka. 3Orang di jalan memakai kain guni. Di tanah lapang dan di bumbung rumah,#bumbung rumah: Maksudnya sutuh rumah, iaitu bumbung rumah yang rata, yang dibuat daripada batu dan dilapisi dengan tanah, seperti rumah-rumah di negeri Arab. orang meratap dan menangis. 4Tangisan orang di Hesybon dan Eleale terdengar sampai ke Yahas. Bahkan askar-askar pun gementar; mereka hilang semangat.
5Aku mengasihani Moab. Penduduknya sudah lari ke Zoar dan Eglat-Selisia. Ada yang mendaki jalan ke Luhit sambil menangis. Ada pula yang lari ke Horonaim sambil menjerit-jerit dengan sedih kerana ditimpa bencana. 6Sungai Nimrim sudah kering. Rumput di tepinya sudah layu dan tidak ada lagi tumbuhan yang hijau. 7Orang menyeberangi Sungai Haarabim untuk menyelamatkan diri dengan segala harta mereka. 8Di serata perbatasan Moab kedengaran suara tangisan. Tangisan itu kedengaran juga di Eglaim dan Beer-Elim. 9Di kota Dibon, air sungai menjadi merah kerana bercampur darah. Namun Allah akan mendatangkan hal yang lebih dahsyat lagi bagi penduduk di sana. Sesungguhnya setiap orang yang masih hidup di Moab akan mati dibantai.
Currently Selected:
YESAYA 15: BM
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: