YESAYA 40:6-7
YESAYA 40:6-7 BM
Terdengar suara orang berseru, “Isytiharkanlah berita ini!” “Berita apa yang harus kuisytiharkan?” aku bertanya. “Isytiharkanlah bahawa manusia bagaikan rumput; mereka seperti bunga yang tidak tahan lama. Rumput menjadi kering dan bunga pun layu, apabila TUHAN menghembuskan angin yang panas. Manusia juga sama seperti rumput.





