NEHEMIA 9
9
Rakyat Mengakui Dosa Mereka
1-2Pada hari kedua puluh empat bulan itu juga, umat Israel berkumpul. Mereka berpuasa untuk menunjukkan bahawa mereka menyesali dosa mereka. Mereka sudah memisahkan diri daripada semua orang bangsa asing. Mereka memakai kain guni dan menaruh debu di atas kepala sebagai tanda bersedih. Kemudian mereka berdiri dan mengakui segala dosa mereka dan dosa nenek moyang mereka. 3Selama kira-kira tiga jam, kitab Taurat TUHAN, Allah mereka dibacakan kepada mereka, dan selama tiga jam berikutnya mereka mengakui dosa dan menyembah TUHAN, Allah mereka.
4Di situ ada pentas yang disediakan untuk orang Lewi. Yesua, Bani, Kadmiel, Sebanya, Buni, Serebya, Bani, dan Kenani berdiri di atas pentas itu. Mereka berdoa kepada TUHAN, Allah mereka dengan suara nyaring.
5Ibadat pada hari itu dimulakan oleh orang Lewi yang berikut: Yesua, Kadmiel, Bani, Hasabneya, Serebya, Hodia, Sebanya, dan Petahya. Mereka berkata,
“Marilah berdiri dan memuji TUHAN, Allah kita;
pujilah Dia selama-lamanya!
Pujilah nama-Nya yang penuh kemuliaan,
nama yang lebih agung daripada segala pujian!”
Doa Pengakuan Dosa
6Selepas itu umat Israel berdoa demikian,
“Ya TUHAN, Engkaulah satu-satunya TUHAN;
Engkau menciptakan bintang dan seluruh angkasa,
Engkau menjadikan darat dan laut serta segala isinya;
Engkau memberikan hidup kepada semuanya.
Segala kuasa di langit bersembah sujud kepada-Mu;
mereka berlutut dan tunduk kepada-Mu.
7 Ya TUHAN Allah, Engkaulah yang memilih Abram,
dan memimpinnya keluar dari Ur di negeri Babilonia;
Engkau mengubah namanya menjadi Abraham.
8 Engkau mendapati dia setia kepada-Mu,
lalu Engkau membuat perjanjian dengannya.
Engkau berjanji untuk memberi dia negeri orang Kanaan,
negeri orang Het dan orang Amori,
negeri orang Feris, orang Yebusi, dan orang Girgasi,
untuk menjadi tempat tinggal keturunannya.
Engkau menepati janji-Mu kerana Engkau adil dan setia.
9 Engkau nampak nenek moyang kami menderita di Mesir;
Engkau mendengar seruan mereka minta tolong di Laut Gelagah.
10 Engkau melakukan mukjizat yang luar biasa,
untuk melawan raja, pegawai, dan rakyat raja,
kerana Engkau tahu bagaimana umat-Mu ditindas oleh mereka.
Oleh itu Engkau termasyhur sehingga hari ini.
11 Engkau membelah laut untuk membuat jalan bagi umat-Mu ke seberang,
Engkau menghantar mereka ke seberang melalui dasar laut yang kering.
Orang yang mengejar mereka lemas di laut yang dalam,
mereka seperti batu yang tenggelam di laut yang seram.
12 Engkau memimpin mereka dengan tiang awan pada siang hari,
Engkau menerangi jalan mereka dengan tiang api pada malam hari.
13Dari langit Engkau turun ke Gunung Sinai;
Engkau berfirman kepada umat-Mu sendiri.
Engkau memberi mereka hukum, peraturan, dan perintah
yang adil, benar, dan berfaedah.
14 Engkau mengajar mereka merayakan hari Sabat yang suci itu,
dan melalui hamba-Mu Musa, Engkau memberi mereka hukum-Mu.
15 Apabila mereka lapar, roti dari langit Engkau turunkan,
apabila mereka dahaga, air dari batu Engkau pancarkan.
Engkau menyuruh mereka menguasai tanah
yang telah Engkau janjikan kepada mereka.
16Tetapi nenek moyang kami keras kepala dan angkuh,
mereka tidak mentaati perintah-Mu.
17 Mereka tidak mahu patuh;
mereka melupakan segala perbuatan-Mu,
dan semua mukjizat yang sudah Engkau lakukan itu.
Dengan angkuh mereka memilih seorang ketua,
untuk membawa mereka ke Mesir, dan menjadi hamba semula.
Tetapi Engkau Allah yang mengampuni;
Engkau panjang sabar, berbelas kasihan, dan pengasih;
Rahmat-Mu besar, dan Engkau tidak meninggalkan mereka.
18 Mereka membuat berhala berbentuk anak lembu,
lalu berkata bahawa berhala itu memimpin mereka keluar dari Mesir.
Ya TUHAN, mereka sangat menghina Engkau.
19Namun Engkau tidak meninggalkan mereka di padang pasir,
kerana rahmat-Mu sungguh besar!
Engkau tidak mengambil balik tiang awan atau tiang api
yang menunjukkan jalan kepada mereka pada siang dan malam hari.
20Demi kebaikan-Mu, Engkau memberitahu mereka apa yang harus dilakukan;
Engkau memberi mereka manna sebagai makanan,
Engkau memberi mereka air sebagai minuman.
21 Selama empat puluh tahun di padang gurun,
Engkau memberi mereka segala yang diperlukan.
Pakaian mereka tidak pernah rosak,
dan kaki mereka tidak sakit atau bengkak.
22 Engkau memberi mereka kemenangan
atas banyak bangsa dan kerajaan
yang bersempadan dengan negeri mereka.
Mereka mengalahkan negeri Hesybon yang diperintah oleh Raja Sihon,
dan kerajaan Raja Og di negeri Basan.
23 Engkau memberi mereka anak sebanyak bintang di angkasa,
dan membiarkan mereka menakluki tanah,
yang telah Engkau janjikan kepada nenek moyang mereka.
24 Mereka menduduki negeri Kanaan;
Engkau mengalahkan penduduk negeri itu.
Engkau memberi umat-Mu kuasa
untuk memperlakukan penduduk dan raja-raja Kanaan dengan sesuka hati.
25 Umat-Mu merampas kota-kota yang berkubu,
tanah yang subur, dan rumah-rumah yang penuh dengan harta,
perigi yang telah digali, pokok zaitun, pokok buah-buahan serta ladang anggur.
Mereka makan sepuas hati sehingga menjadi gemuk;
mereka menikmati segala pemberian-Mu yang baik.
26Tetapi umat-Mu memberontak dan tidak taat kepada-Mu;
mereka membelakangi Taurat-Mu.
Mereka membunuh nabi-nabi yang memberi mereka amaran,
dan yang menyuruh mereka kembali kepada-Mu.
Berulang kali mereka menghina Engkau,
27sehingga Engkau membiarkan musuh mengalahkan dan menguasai mereka.
Pada masa kesusahan, mereka berseru minta tolong kepada-Mu;
dari syurga, Engkau menjawab mereka.
Demi belas kasihan-Mu Engkau mengutus para pemimpin,
yang menyelamatkan mereka daripada musuh.
28 Tetapi apabila negeri aman lagi, mereka berdosa semula,
dan Engkau pun membiarkan musuh mengalahkan mereka.
Namun ketika mereka bertaubat dan memohon Engkau menyelamatkan mereka,
dari syurga Engkau mendengarkan seruan mereka;
dan berulang kali Engkau menyelamatkan mereka
demi belas kasihan-Mu yang besar.
29 Engkau memberikan amaran agar mereka taat kepada ajaran-Mu,
tetapi dengan sombong mereka menolak hukum-Mu.
Padahal orang yang melakukan Taurat-Mu mendapat kehidupan,
tetapi mereka degil, tidak taat dan tidak mahu mendengarkan.
30 Tahun demi tahun, dengan sabar Engkau memperingatkan mereka.
Roh-Mu berkata-kata kepada mereka melalui para nabi-Mu,
tetapi umat-Mu menutup telinga.
Oleh itu Engkau membiarkan mereka dikalahkan oleh bangsa-bangsa.
31Namun, kerana belas kasihan-Mu sangat besar,
Engkau tidak meninggalkan ataupun membinasakan mereka.
Engkau Allah yang pengasih dan berbelas kasihan!
32 Ya Allah, Allah kami yang besar!
Allah yang berkuasa dan hebat!
Dengan setia Engkau menepati segala perjanjian.
Sejak raja-raja Asyur menindas kami,
sampai sekarang penderitaan yang kami alami sangat berat.
Para raja, pemimpin, imam, dan nabi kami,
nenek moyang, dan segenap umat sudah menderita.
Ingatlah, ya Allah, betapa sengsaranya kami.
33Tindakan-Mu adil untuk menghukum kami yang bercela;
Engkau setia, walaupun kami berbuat dosa.
34Nenek moyang kami, para raja, imam, dan pemimpin kami,
tidak mematuhi Taurat-Mu.
Mereka tidak mengendahkan perintah dan amaran-Mu.
35Dengan berkat-Mu para raja memerintah umat-Mu,
ketika mereka tinggal di negeri yang luas dan subur, tanah pemberian-Mu.
Namun mereka tidak meninggalkan dosa,
mereka tidak mahu mengabdi kepada-Mu.
36Sekarang kami menjadi hamba di negeri yang Engkau berikan,
tanah yang subur ini, yang memberikan kami makanan.
37Sekarang hasil bumi kami dirampas oleh raja-raja yang menguasai kami;
Engkau menyerahkan kami kepada raja-raja itu;
sekarang hasil bumi kami dirampas oleh raja-raja.
Mereka memperlakukan kami dan ternakan kami dengan sesuka hati;
kami sangat sengsara dan berdukacita!”
Rakyat Menandatangani Perjanjian
38Oleh sebab segala yang sudah berlaku itu, kami umat Israel membuat perjanjian yang kukuh dan bertulis, dan yang dimeteraikan oleh para pemimpin kami, orang Lewi, dan imam kami.
Currently Selected:
NEHEMIA 9: BM
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: