AMSAL 23
23
- 6 -
1Ketika kamu dijamu oleh seorang pembesar, ingatlah siapa orang itu. 2Jika kamu sangat berselera, tahanlah selera kamu. 3Jangan gelojoh kerana makanan lazat yang dihidangkan. Mungkin dia hendak menipu kamu.
- 7 -
4Berhati-hatilah! Jangan rosakkan kesihatan kamu kerana hendak menjadi kaya. 5Wang kamu boleh hilang secepat kilat, seolah-olah wang itu bersayap dan terbang ke angkasa seperti burung helang.
- 8 -
6Jangan makan bersama-sama orang kedekut, atau inginkan makanan lazat yang dihidangkannya. 7“Makan lagi,” katanya, tetapi tidak begitu maksudnya. Dia bermulut manis tetapi hatinya lain. 8Kamu akan memuntahkan apa yang kamu telan, dan semua kata-kata manis kamu sia-sia sahaja.
- 9 -
9Jangan cuba nasihati orang bodoh; mereka tidak akan menghargai nasihat kamu.
- 10 -
10Jangan pindahkan batas tanah yang lama dan jangan rampas tanah anak yatim piatu. 11TUHAN, pembela yang kuat, akan membela mereka dan melawan kamu.
- 11 -
12Perhatikanlah ajaran guru kamu dan belajarlah sebanyak mungkin.
- 12 -
13Jangan ragu-ragu mendisiplinkan anak. Mereka tidak akan mati walaupun kena rotan. 14Sebaliknya kamu mungkin menyelamatkan nyawa mereka.
- 13 -
15Hai anakku, aku gembira jika kamu bijak. 16Aku bangga jika mendengar kamu mengucapkan kata-kata yang jujur.
- 14 -
17Jangan iri hati terhadap orang yang berdosa. Hormatlah dan takutlah kepada TUHAN dengan sepenuh hati 18supaya masa depan kamu terjamin dan harapan kamu tidak hilang.
- 15 -
19Dengarlah, hai anakku! Jadilah bijaksana dan ikutlah cara hidup yang betul. 20Jangan bergaul dengan pemabuk atau orang gelojoh, 21kerana mereka akan jatuh miskin. Jika kamu hanya makan dan tidur, tidak lama lagi kamu akan berpakaian compang-camping.
- 16 -
22Dengarkanlah nasihat bapamu, kerana tanpa dia, kamu tidak ada. Ketika ibumu tua, tunjukkanlah penghargaanmu kepadanya.
23Ajaran yang benar, hikmat, pendidikan, dan pengertian - semua itu patut dibeli tetapi terlalu berharga untuk dijual.
24Seorang bapa akan gembira kalau anaknya berbudi pekerti. Dia berbangga kerana anaknya bijak.
25Semoga ibu bapamu bangga terhadapmu. Semoga ibu yang melahirkan kamu bersukacita.
- 17 -
26Hai anakku, perhatikanlah baik-baik dan contohilah hidupku. 27Pelacur dan isteri yang berzina adalah perangkap yang membawa maut. 28Mereka menanti kamu seperti penyamun dan menyebabkan banyak lelaki berzina.
- 18 -
29-30Tahukah kamu apa yang terjadi kepada orang yang terlalu banyak minum wain dan minuman keras yang lain? Orang itu sengsara dan menderita. Dia selalu bertengkar dan bersungut. Matanya merah dan badannya luka-luka, padahal semua itu dapat dihindarinya. 31Jangan biar wain menggoda kamu, walaupun warnanya menarik, dan nampaknya berkilauan di dalam cawan, dan sedap dihirup. 32Esok pagi kamu akan merasa seperti dipagut ular berbisa. 33Mata kamu berkunang-kunang, fikiran kamu kacau, dan kamu merepek. 34Kamu akan merasa seperti mabuk di laut dan terumbang-ambing di atas tiang kapal. 35Kamu akan berkata, “Aku telah dipukul. Aku telah dipalu! Tetapi aku tidak ingat apa-apa. Mengapakah aku sangat mengantuk? Aku perlu minum lagi!”
Currently Selected:
AMSAL 23: BM
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: