AMSAL 4
4
Manfaat Memiliki Hikmat
1Hai anak-anak, dengarlah ajaran bapa kamu. Dengarlah baik-baik, supaya kamu menjadi arif. 2Hal yang aku ajarkan kepada kamu baik, oleh itu ingatlah ajaranku. 3Ketika aku masih kanak-kanak, sebagai anak lelaki tunggal, 4bapaku sentiasa mengajar aku. Katanya, “Ingatlah ajaranku dan jangan lupakannya. Lakukanlah perintahku supaya kamu hidup bahagia. 5Hendaklah kamu bijak dan cerdas. Jangan lupakan ataupun abaikan nasihatku. 6Jangan tinggalkan hikmat, maka hikmat akan melindungi kamu; cintailah hikmat, maka hikmat akan menjaga kamu agar kamu selamat. 7Perkara yang paling mustahak yang harus kamu usahakan adalah mendapat hikmat. Apa pun yang kamu kejar, yang terutama adalah mendapat pengertian. 8Cintailah hikmat, maka kamu akan ditinggikannya. Peluklah hikmat, maka kamu akan dimuliakannya. 9Hikmat akan menjadi mahkota kemegahanmu.”
10Hai anakku, dengarlah kataku. Perhatikanlah baik-baik nasihatku supaya panjang umurmu. 11Aku sudah mengajar kamu hikmat dan cara hidup yang benar. 12Jika kamu hidup demikian, kamu tidak akan terhalang ketika berjalan, dan kamu tidak akan tersandung ketika berlari. 13Hendaklah kamu sentiasa ingat akan ajaran yang telah kamu terima daripadaku. Jagalah ajaran itu baik-baik, kerana dengan ajaran itu hidupmu akan berhasil. 14Jangan ke tempat orang jahat pergi dan jangan contohi mereka. 15Jangan taruh perhatian kepada mereka. Jauhilah mereka dan jalanlah terus. 16Orang jahat tidak dapat tidur sebelum melakukan kejahatan. Mereka tidak mengantuk sebelum mencelakakan orang lain. 17Kejahatan dan keganasan seolah-olah makanan dan minuman mereka.
18Kehidupan orang baik bagaikan terbitnya matahari, kian lama kian cerah sehingga hari pun terang. 19Tetapi kehidupan orang jahat gelap seperti malam. Mereka tersandung dan jatuh, namun tidak dapat melihat apa yang menyebabkannya.
20Hai anakku, perhatikanlah nasihatku. Dengarlah kata-kataku. 21Jangan sekali-kali kamu lupakannya. Ingatlah dan simpanlah kata-kataku dalam hatimu. 22Sesiapa yang memahami nasihatku itu akan hidup dan menjadi sihat. 23Berhati-hatilah tentang apa yang kamu fikirkan, kerana pemikiranmu menentukan hidupmu. 24Jangan katakan apa yang tidak benar. Jangan ucapkan dusta dan kata-kata yang menyesatkan orang. 25Pandanglah ke hadapan dengan keyakinan yang sungguh-sungguh, dan jangan tundukkan kepalamu kerana malu. 26 Buatlah rancanganmu dengan teliti supaya apa sahaja yang kamu lakukan akan berjaya. 27Jauhkanlah dirimu daripada kejahatan dan hiduplah dengan jujur. Jangan menyimpang sedikit pun dari jalan yang benar.
Currently Selected:
AMSAL 4: BM
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: