YouVersion Logo
Search Icon

ROMA 16

16
Salam Peribadi
1Aku ingin memperkenalkan saudari kita, Febe, yang membantu jemaah di Kengkrea. 2Sambutlah dia sebagai salah seorang umat Tuhan, sebagaimana umat Allah menyambut satu sama lain. Bantulah dia, jika dia memerlukan bantuan daripada kamu, kerana dia sudah membantu banyak orang termasuk aku sendiri.
3 # Kis 18.2 Sampaikan salamku kepada Priskila dan Akwila, rakan-rakanku yang sama-sama bekerja untuk Kristus Yesus. 4Mereka menyabung nyawa untukku. Aku berterima kasih kepada mereka - dan bukan aku sahaja, tetapi jemaah orang bukan Yahudi juga berterima kasih kepada mereka. 5Sampaikan salamku kepada jemaah yang berkumpul di rumah mereka.
Sampaikan salamku kepada Epenetus yang aku kasihi. Dia orang pertama di daerah Asia yang percaya kepada Kristus. 6Sampaikan salamku kepada Maria yang sudah bekerja begitu keras bagi kamu. 7Sampaikan salamku kepada Andronikus dan Yunias,#Yunias; atau Yuni; Beberapa buah naskhah kuno: Yulia. yang sebangsa dengan aku dan yang dipenjarakan bersama-sama aku. Mereka terkenal antara rasul-rasul dan mereka lebih awal percaya kepada Kristus daripada aku.
8Sampaikan salamku kepada Ampliatus, sahabat yang aku kasihi dan yang bersatu dengan Tuhan. 9Sampaikan salam kepada Urbanus, rakan sekerja kita untuk Kristus, dan kepada Stakhis sahabat yang aku kasihi. 10Sampaikan salam kepada Apeles yang kesetiaannya kepada Kristus sudah terbukti. Sampaikan salam kepada keluarga Aristobulus, 11dan kepada Herodion, yang sebangsa dengan aku. Sampaikan salam kepada saudara-saudara seiman dalam keluarga Narkisus.
12Sampaikan salamku kepada Trifena dan Trifosa yang bekerja untuk Tuhan, dan kepada Persis sahabat yang aku kasihi. Dia sudah bekerja keras untuk Tuhan. 13#Mrk 15.21 Aku mengirim salam kepada Rufus, hamba terpuji yang dipilih oleh Tuhan, dan kepada ibunya yang sentiasa memperlakukan aku sebagai anak sendiri. 14Aku mengirim salam kepada Asinkritus, Flegon, Hermes, Patrobas, Hermas, dan semua saudara seiman yang bersama-sama mereka. 15Sampaikan salam kepada Filologus dan Yulia, kepada Nereus dan saudara perempuannya, kepada Olimpas dan kepada semua umat Allah yang bersama-sama mereka.
16Bersalam-salamanlah dengan mesra sebagai saudara Kristian. Semua jemaah Kristus menyampaikan salam mereka kepada kamu.
Nasihat Terakhir
17Saudara-saudaraku! Aku menggesa kamu supaya berwaspada terhadap mereka yang menimbulkan perpecahan dan yang mengelirukan kepercayaan orang kepada Tuhan. Mereka mengajarkan perkara yang bertentangan dengan ajaran yang telah kamu terima. Jauhkan diri daripada mereka. 18Orang yang berbuat demikian tidak melakukan kerja untuk Kristus Tuhan kita, tetapi untuk memuaskan keinginan hati sendiri. Dengan pujukan dan kata-kata yang elok-elok, mereka menipu orang yang tidak tahu apa-apa. 19Semua orang sudah mengetahui betapa setianya kamu berpegang kepada ajaran Berita Baik itu. Oleh itu kamu menyebabkan aku amat gembira. Aku berharap supaya kamu bijak tentang perkara yang baik, dan tidak tahu apa-apa tentang perkara yang jahat. 20Allah, sumber kedamaian kita akan segera menaruh Iblis di bawah kekuasaan kamu dan menghancurkannya.
Semoga Yesus Kristus Tuhan kita memberkati kamu!
21 # Kis 16.1 Timotius, rakan sekerjaku menyampaikan salamnya kepada kamu, demikian juga Lukius, Yason, dan Sosipater, sahabat-sahabat yang sebangsa dengan aku.
22Aku, Tertius yang menulis surat ini#surat ini: Kemungkinan besar Paulus mengimlakkan surat ini kepada Tertius. menyampaikan salam sebagai sesama saudara Kristian.
23 # Kis 19.29; 1 Kor 1.14; 2 Tim 4.20 Gayus mengirim salam kepada kamu. Aku menumpang di rumahnya dan jemaah juga mengadakan perjumpaan di sini. Erastus, bendahari kota dan saudara kita Kuartus, mengirim salam kepada kamu semua. [ 24Semoga Yesus Kristus Tuhan kita memberkati kamu semua. Amin.]
Doa Kesyukuran
25Marilah kita muliakan Allah! Dia berkuasa meneguhkan iman kamu sesuai dengan Berita Baik tentang Yesus Kristus, yang aku isytiharkan itu. Aku mengisytiharkannya sesuai dengan apa yang dinyatakan oleh Allah, iaitu rancangan Allah yang selama berabad-abad tidak diketahui orang. 26Tetapi sekarang rancangan itu sudah dinyatakan melalui tulisan nabi-nabi, dan diberitakan kepada semua bangsa atas perintah Allah yang kekal, supaya mereka semua percaya dan taat kepada Allah.
27Muliakanlah Allah yang esa dan yang maha bijak. Muliakanlah Dia selama-lamanya kerana apa yang sudah dilakukan oleh Yesus Kristus! Amin.

Currently Selected:

ROMA 16: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in