Injil Yahya 3

3
FATSAL III.
1BŬRMULA maka adalah sa’orang orang Farisia yang bŭrnama Nikudimas, iya itu pŭnghulu orang Yahudi adanya.
2Maka datanglah iya kapada Isa pada malam hari, lalu katanya, Hie Rabbi, bahwa kami kŭtahui, maka angkaulah sa’orang guru yang tŭlah datang deripada Allah, kŭrna sa’orang pun tiada bulih mŭmbuat sagala mujizat yang spŭrti angkau pŭrbuat ini, jikalau tiada Allah bŭsŭrta dŭngan dia.
3Maka sahut Isa katanya, Sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata kapadamu, kŭchualinya jikalau barang sa’orang tiada dipranakkan pula, maka tiadalah iya dapat mŭlihat krajaan Allah
4Maka jawab Nikudimas, Bagimanakah bulih manusia ini dipranakkan tŭtkala tuanya, maka dapatkah iya masok kadua kalinya kŭdalam pŭrot ibunya dipranakkan pula?
5Maka sahut Isa, Sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata kapadamu, kŭchualinya barang sa’orang yang tiada dipranakkan deri ayer dan Roh Alkudus, maka tiadalah iya bulih masok kŭdalam krajaan Allah.
6Maka barang yang dipranakkan deripada hawa nafsu, maka iya itu hawa nafsu adanya; maka barang yang dipranakkan deripada Roh Alkudus, maka iya itu Roh Alkudus juga adanya.
7Maka janganlah angkau mŭnjadi hieran, aku bŭrkata kapadamu, kamu patut dipranakkan pula.
8Adapun angin itu bŭrtiup barang kŭmana dikahandakinya, maka angkau dŭngar juga bunyinya, tŭtapi tiada angkau kŭtahui deri manakah datangnya, dan kŭmanakah pŭrginya; maka dŭmkianlah juga halnya masing masing orang yang dipranakkan deripada Roh Alkudus itu.
9Maka sahut Nikudimas, katanya, Bagimanakah sagala pŭrkara itu bulih mŭnjadi?
10Maka kata Isa padanya, Bukankah angkan guru orang Israel, dan tiadakah angkau mŭngtahui akan sagala pŭrkara pŭrkara ini?
11Bahwa sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu Adapun kami mŭngatakan barang yang kami kŭtahui, dan mŭnjadi saksi deripada barang yang tŭlah kami mŭlihat, tŭtapi tiada kamu mŭnŭrima saksi kami itu.
12Maka jika aku tŭlah mŭmbri tauh kapadamu derihal pŭrkara pŭrkara dunia ini; tŭtapi tiada juga kamu pŭrchaya; bagimanakah kamu bulih pŭrchaya, jikalau aku katakan padamu pŭrkara pŭrkara shorga itu.
13Maka sa’orang pun tiada naik kŭshorga, mŭlainkan orang yang tŭlah turon deri shorga, maka iya itu Anak manusialah dia yang ada dishorga.
14¶ Shahadan spŭrti ular itu ditinggikan ulih Musa dalam padang blantara; maka dŭmkianlah harus Anak manusia pun ditinggikan.
15Supaya barang siapa yang pŭrchaya akan dia, iya itu tiada binasa mŭlainkan mŭndapat hidop yang kŭkal juga.
16¶ Kŭrna Allah tŭrsangatlah mŭngasihi orang isi dunia ini; sahingga dikurniakannya Anaknya yang tunggal itu, supaya barang siapa yang pŭrchaya akan dia, tiada iya akan binasa, mŭlainkan mŭndapat hidop yang kŭkal.
17Kŭrna bukannya Allah mŭnyurohkan Anaknya itu masok kŭdalam dunia, supaya mŭnghukumkan orang isi dunia ini, mŭlainkan supaya orang isi dunia ini bŭrulih slamat deri padanya.
18¶ Maka orang yang pŭrchaya akan dia itu tŭrlŭpas deripada hukuman, tŭtapi orang yaug tiada pŭrchaya akan dia, maka adalah iya itu sŭrasa dalam hukum, sŭbab iya tiada pŭrchaya akan nama Anak Allah yang tunggal itu.
19Maka inilah hukuman, trang itu tŭlah datang kŭdalam dunia, tŭtapi manusia itu bŭrsuka suka juga dalam gŭlap tŭrlebih deripada trang itu, kŭrna pŭrbuatannya itu jahat adanya.
20Kŭrna tiap tiap orang yang bŭrbuat jahat itu bŭnchilah iya akan trang itu, dan tiada iya mahu datang kapada trang, asal jangan kŭjahatannya itu kŭlak ditŭmplakkan.
21Tŭtapi orang yang bŭrbuat kabŭnaran itu datanglah iya kapada trang, supaya pŭrbuatannya kŭlak dinyatakan; adapun iya itu tŭlah jadi dŭngan kahandak Allah adanya.
22¶ Hata maka kumdian deripada pŭrkara pŭrkara itu, maka datanglah Isa sŭrta dŭngan murid muridnya masok kŭtanah Yahuda, maka diamlah iya disana sambil mŭmbaptisakan orang.
23¶ Sŭbarmula Yahya pun adalah mŭmbaptisakan orang dinŭgri Ænon dŭkat Salim, sŭbab banyak ayer disana; maka datanglah marika itu pun lalu dibaptisakannya.
24Kŭrna pada masa itn bŭlom lagi Yahya dimasokkan orang kŭdalam pŭnjara.
25¶ Sŭtlah itu maka bŭrbangkitlah suatu pŭrbantahan antara murid murid Yahya dŭngan orang orang Yahudi derihal kŭsuchian itu.
26Maka datanglah murid murid itu kapada Yahya, lalu bŭrkata padanya, Ya Rabbi, adapun orang yang bŭrsama sama dŭngan angkau disŭbrang Jorden itu, yang augkau tŭlah bŭrsaksi derihalnya, bahwa tengoklah iya pun ada mŭmbaptisakan orang, maka sŭmuanya orang datang kapadanya.
27Maka jawab Yahya, Sa’orang pun tiada mŭndapat barang sa’pŭrkara, jikalau tiada dikurniakan akan dia deri dalam shorga.
28Bahwasanya kamu sŭndiri saksi, aku tŭlah bŭrkata, bukannya aku Almasih, mŭlainkan aku ini tŭlah disurohkan dahulu deripadanya.
29Adapun yang mŭmpunyai pŭngantin pŭrampuau itu iyalah mŭmpŭlie laki laki; tŭtapi sahabat mŭmpŭlie laki laki yang bŭrdiri mŭnŭngar akan dia itu, mŭnumpang sukalah sahja, sŭbab mŭnŭngar swaranya itu; maka sŭbab itu kŭsukaanku pun sampornalah.
30Bahwa sŭsungguhnya iya juga patut bŭrtambah tambah, tŭtapi aku ini akan bŭrkorang korangan adanya.
31Maka orang yang turon deri atas, maka iya itu tŭrlebih deripada sŭmua adanya; orang yang jadi dibumi itu, spŭrti bumilah juga, maka pŭrkataannya pun derihal bumi juga adanya; maka adapun orang yang turon deri langit, maka iya itu tŭrlebih deripada sŭmua.
32Maka barang suatu yang dilihatnya, dan didŭngarnya, itulah akan disaksikannya, tŭtapi tiada ditrima orang saksinya itu
33Adapun orang yang tŭlah mŭnŭrima saksinya itu, maka dimutriekannyalah bahwasanya Allah itu bŭnar adanya.
34Kŭrna orang yang tŭlah disurohkan Allah itu iya mŭngatakan pŭrkataan Allah, sŭbab dibri Allah Roh Alkudus itu kapadanya dŭngan tiada bŭrkira kira.
35Maka Ayah mŭngasihi Anak itu lalu disŭrahkannyalah sagala sŭsuatu kŭdalam tangannya.
36Maka orang yang pŭrchaya akan Anak itu bŭrulih hidop yang kŭkal, dan orang yang tiada pŭrchaya akan Anak itu, maka tiadalah iya akan mŭndapat slamat itu, mŭlainkan morka Allah tŭrtanggong juga diatasnya.

S'ha seleccionat:

Injil Yahya 3: KEAS

Subratllat

Comparteix

Copia

None

Vols que els teus subratllats es desin a tots els teus dispositius? Registra't o inicia sessió