KEJADIAN 7
7
Banjir
1Kemudian TUHAN berfirman kepada Nuh, “Aku mendapati engkau satu-satunya orang yang melakukan kehendak-Ku. Oleh itu masuklah ke dalam bahtera bersama-sama semua anggota keluargamu. 2-3Bawalah tujuh pasang daripada tiap-tiap jenis burung dan binatang yang halal, tetapi hanya satu pasang daripada tiap-tiap jenis yang haram. Lakukanlah hal itu supaya daripada setiap jenis binatang dan burung ada yang terselamat, lalu dapat membiak semula di bumi. 4Tujuh hari lagi Aku akan menurunkan hujan yang tidak akan berhenti selama empat puluh hari dan empat puluh malam, supaya semua makhluk hidup yang sudah Aku ciptakan itu binasa.” 5Lalu Nuh melakukan segala yang diperintahkan TUHAN.
6Nuh berumur enam ratus tahun ketika berlaku banjir di bumi. 7#Mat 24.38-39; Luk 17.27 Nuh dan isterinya, bersama dengan anak-anaknya serta isteri-isteri mereka, masuk ke dalam bahtera untuk menyelamatkan diri daripada banjir. 8Seekor jantan dan seekor betina daripada tiap-tiap jenis burung dan binatang, baik yang halal mahupun yang haram, 9masuk ke dalam bahtera bersama dengan Nuh, seperti yang diperintahkan oleh Allah. 10Tujuh hari kemudian banjir melanda bumi.
11 #
2 Ptr 3.6
Ketika Nuh berumur enam ratus tahun, pada hari ketujuh belas, bulan kedua, segala mata air di bawah tanah terbelah. Segala pintu air di langit terbuka, 12lalu hujan turun selama empat puluh hari dan empat puluh malam. 13Pada hari itu juga, Nuh dan isterinya masuk ke dalam bahtera bersama dengan ketiga-tiga orang anak mereka, iaitu Sem, Yafet, dan Ham, serta isteri masing-masing. 14Bersama-sama mereka masuk pula setiap jenis binatang, baik yang jinak mahupun yang liar, yang besar mahupun yang kecil, dan juga setiap jenis burung. 15Seekor jantan dan seekor betina daripada tiap-tiap makhluk hidup masuk ke dalam bahtera bersama dengan Nuh, 16seperti yang diperintahkan oleh Allah. Selepas semuanya masuk, TUHAN menutup pintu bahtera.
17Banjir terus-menerus melanda bumi selama empat puluh hari, dan air naik sehingga bahtera terapung. 18Air semakin naik sehingga bahtera terapung-apung pada permukaan air. 19Air masih naik sehingga meliputi gunung-gunung yang paling tinggi. 20Air terus-menerus naik sampai tujuh meter lebih tinggi daripada puncak gunung. 21-23TUHAN membinasakan semua makhluk yang hidup di bumi: manusia, burung, dan binatang darat yang kecil mahupun yang besar. Hanya Nuh dan semua yang ada bersama-sama dia di dalam bahtera tidak binasa. 24Air tidak kunjung surut selama seratus lima puluh hari.
S'ha seleccionat:
KEJADIAN 7: BM
Subratllat
Comparteix
Copia
Vols que els teus subratllats es desin a tots els teus dispositius? Registra't o inicia sessió
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: