Injil Mathius 8

8
FATSAL VIII.
1SŬBARMULA apabila Isa tŭlah turon deri atas bukit itu, maka pŭrhimpunan orang tŭrlalu banyak mŭngikot dia.
2Maka hieran, datanglah sa’orang bŭrkusta sujud akan dia, sŭraya katanya, Tuhan, jikalau angkau mahu kiranya, bulihlah Tuhan mŭnjadikan hamba suchi.
3Maka Isa pun mŭmanjangkan tangannya, lalu dijamahnya akan dia, katanya, Kumahu angkau suchilah; maka dŭngan skutika itu juga suchilah dia deripada kustanya itu.
4Maka kata Isa padanya, Ingatlah angkau baik baik, jangan bri tahu kapada sa’orang pun, mŭlainkan pŭrgilah tunjokkan dirimu kapada Imam, sŭrta pŭrsŭmbahkanlah pŭmbrian yang dipŭsan ulih Musa akan mŭnjadi tandah bagie marika itu.
5¶ Maka apabila masoklah Isa kadalam nŭgri Kapŭrnaum, maka datanglah kapadanya sa’orang Pŭnghulu orang sratus, mŭminta kapadanya;
6Katanya, Tuhan ada hambaku tŭrhantar sakit tepok dalam rumah dŭngan tŭrlalu sŭngsaranya.
7Maka kata Isa padanya, Bulihlah aku datang mŭnyŭmbohkan dia.
8Maka disahut ulih Pŭnghulu itu, katanya, Tuhan, bahwa tiadalah layak angkau masok kabawah atap gŭntingku, mŭlainkan dŭngan spatah kata juga Tuhan bŭrkata, hambaku itu bulih sŭmboh:
9Kŭrna adalah hamba ini pun sa’orang orang yang dibawah prentah, maka adalah pula rayat rayat dibawah hamba; maka hamba surohkan sa’orang pŭrgi, maka iya pŭrgi, dan kapada sa’orang datang, maka datanglah iya, dan kusuroh bŭrbuat barang apa kapada hambaku, maka dipŭrbuatnya.
10Maka apabila didŭngar Isa akan pŭrkataannya, hieranlah iya, sambil iya bŭrkata kapada orang yang mŭngikot dia, Maka dŭngan sasungguhnya aku bŭrkata kapadamu, maka bŭlom pŭrnah aku mŭndapat iman yang stŭgoh ini diantara orang orang, kapada orang Israil pun tidak.
11Tŭtapi aku bŭrkata kapadamu, bahwa banyaklah orang akan datang deri sŭblah barat dan timor dudok bŭrsama sama dŭngan Ibrahim, dan Isahak, dan Yakob dalam krajaan shorga.
12Tŭtapi anak anak krajaan itu akan ditolakkan kadalam gŭlap yang jauh skali deripada trang itu, maka disanalah ada ratap dan gŭrtak gigi.
13Maka kata Isa pada Pŭnghulu itu, Pulanglah angkau, maka sŭbagimana yang angkau pŭrchaya, sŭbŭgitulah jadi bagiemu; maka hambanya itu pun sŭmbohlah pada waktu itu juga.
14¶ Sŭbarmula maka Isa pun masoklah karumah Petros, maka dilihatnya mŭntua pŭrampuannya ada tŭrhantar sakit dŭngan dŭmam.
15Maka dijamah ulih Isa tangannya, maka dŭmamnya pun tŭrbanglah, maka pŭrampuan itu pun bangunlah lalu mŭlayani dia.
16¶ Sŭtlah pŭtang hari, maka dibawa oranglah kapadanya bŭbrapa orang yang tŭrkŭna jin, maka dibuangkannya sagala jin itu dŭngan pŭrkataannya juga, dan sagala orang yang sakit itu pun disŭmbohkannyalah.
17Maka supaya gŭnaplah barang yang dikatakan ulih nabi Jasia, katanya, Bahwa iyalah juga yang mŭnanggong sagala kalŭmahan kami, sŭrta mŭnahan sagala kŭsakitan kami.
18¶ Maka apabila dilihat Isa pŭrhimpunan orang tŭrlalu banyak mŭnglilingi akan dia, maka disurohnya pŭrgi kasŭbrang sana.
19Maka datanglah sa’orang khatib, sŭrta bŭrkata padanya, Guru, bahwa aku handak mŭngikot akan dikau barang kamana angkau pŭrgi.
20Maka bŭrkatalah Isa padanya, Pada anjing hutan ada lobang, dan burong diudara pun ada bŭrsarang, tŭtapi pada anak manusia itu tiada bŭrtŭmpat akan mŭmbaringkan kapalanya.
21Maka ada pula sa’orang muridnya yang lain bŭrkata akan dia, Tuhan, biarlah hamba pŭrgi mŭnanamkan ayahku dahulu.
22Maka kata Isa padanya, Ikotlah aku, maka biarlah orang mati itu mŭnanamkan orangnya yang mati itu.
23¶ Maka apabila naiklah Isa kapŭrahu, maka murid muridnya itu pun adalah mŭngiringkan dia.
24Maka hieran, turonlah suatu ribot yang bŭsar ditasik itu, sampielah pŭrahu itu pun ditimbus ulih ombak, akan tŭtapi Isa lagi tŭngah tidor.
25Maka datanglah murid muridnya mŭmbangunkan dia, katanya, Tuhan, lŭpaskanlah kami, bahwa binasalah kami.
26Maka kata Isa pada marika itu, Mŭngapa kamu takot? hie orang yang korang iman? maka dŭmi bangunlah iya, sŭrta ditŭngkingnya akan angin dan ombak itu, maka tŭdohlah skali.
27Maka hieranlah sagala orang, katanya, Orang manakah ini, bahwa angin dan ombak pun mŭnurot prentahnya!
28¶ Apabila sampielah iya kasŭbrang dinŭgri orang Gadara, maka bŭrtŭmulah dŭngan dia dua orang yang tŭrkŭna jin, iya itu datang deri antara kubor dŭngan sangat garangnya, sampie sa’orang pun tiada bulih lalu lalang dijalan itu lagi.
29Maka hieran, bŭrtriaklah orang itu, katanya, Apakah bichara kami kapada kamu, hie Isa anak Allah, maka sudahkah angkau sampie kamari akan mŭnyeksakan kami dahulu deri pada waktunya?
30Shahadan adalah jauh sŭdikit deripada marika itu, sa’kawan babi mŭnchari makan:
31Maka jin jin itu pun mŭminta kapada Isa, katanya, Jikalau angkau handak mŭmbuangkan kami, maka biarlah kami masok kadalam kawan babi itu.
32Maka bŭrkata Isa padanya, Pŭrgilah. Apabila kluarlah jin jin itu, lalu masoklah iya kadalam kawan babi itu, maka hieran, sagala kawan babi itu pun tŭrjunlah deri atas tŭbing itu kadalam tasik, maka matilah iya dalam ayer itu.
33Maka bŭrlari larilah sagala gombalanya masok kadalam nŭgri, lalu dikhabarkannyalah sagala pŭrkara ini, dan barang yang tŭlah bŭrlaku atas orang yang tŭrkŭna jin itu.
34Maka sasungguhnya kluarlah sagala orang isi nŭgri itu datang bŭrtŭmu dŭngan Isa, sŭrta dilihatnya akan dia, lalu marika itu mŭminta supaya iya undor deripada batasan nŭgrinya.

നിലവിൽ തിരഞ്ഞെടുത്തിരിക്കുന്നു:

Injil Mathius 8: KEAS

ഹൈലൈറ്റ് ചെയ്യുക

പങ്ക് വെക്കു

പകർത്തുക

None

നിങ്ങളുടെ എല്ലാ ഉപകരണങ്ങളിലും ഹൈലൈറ്റുകൾ സംരക്ഷിക്കാൻ ആഗ്രഹിക്കുന്നുണ്ടോ? സൈൻ അപ്പ് ചെയ്യുക അല്ലെങ്കിൽ സൈൻ ഇൻ ചെയ്യുക