Pada waktu perayaan, lazimnya Pilatus membebaskan dari penjara seorang yang diminta oleh mereka. Ada seorang bernama Barabas yang dirantaikan bersama beberapa orang pemberontak lain. Mereka telah melakukan pembunuhan dalam pemberontakan itu. Orang ramai mula berseru lantang meminta Pilatus membebaskan seorang dari penjara seperti yang biasa dilakukannya. Pilatus bertanya, “Adakah kamu mahu aku membebaskan kepadamu Raja orang Yahudi?” oleh sebab dia tahu bahawa ketua-ketua imam telah menyerahkan Yesus kepadanya kerana iri hati. Tetapi ketua-ketua imam menghasut orang ramai supaya meminta Barabas dibebaskan kepada mereka. Pilatus berkata kepada mereka, “Kalau begitu, apa yang kamu mahu kulakukan kepada Dia yang kamu panggil Raja orang Yahudi?” Mereka berseru lagi dengan kuatnya, “Salibkan Dia!” Kata Pilatus kepada mereka, “Mengapa? Apakah kejahatan yang telah dilakukan-Nya?” Tetapi mereka semakin kuat berseru, “Salibkan Dia!” Oleh itu, untuk memuaskan hati orang ramai itu, Pilatus membebaskan Barabas kepada mereka. Setelah menyebat Yesus, dia menyerahkan-Nya untuk disalib.
Baca Markus 15
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Markus 15:6-15
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video