1 TESALONIKA 5:12-13
1 TESALONIKA 5:12-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku, kami menggesa kamu supaya menghormati mereka yang bekerja di kalangan kamu. Mereka memimpin dan menasihati kamu dalam kehidupan kamu sebagai orang Kristian. Perlakukanlah mereka dengan penuh hormat dan kasihilah mereka, kerana semuanya yang dilakukan oleh mereka. Hendaklah kamu hidup rukun.
1 TESALONIKA 5:12-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kami mŭminta kapada kamu, saudara saudara, mŭngŭnal akan orang orang yang bŭrlŭlah diantara kamu, dan yang mŭmŭgang prentah kamu dalam agama Tuhan, dan yang mŭmbri nasihat pada kamu. Maka handaklah kamu pula mŭngindahkan akan marika itu dŭngan kasih yang sa’baik baiknya deri kŭrna pŭkŭrjaannya, dan biarlah pula kamu dalam pŭrdamiean sa’orang akan sa’orang.
1 TESALONIKA 5:12-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudaraku, kami menyeru kamu supaya menghormati orang yang berjerih payah dalam kalanganmu, memimpin dan menasihatimu dalam Tuhan. Layanilah mereka dengan sepenuh hormat dan kasihilah mereka kerana segala yang diusahakan oleh mereka. Hiduplah bersama-sama dalam aman damai.