YOHANES 13:15-17
YOHANES 13:15-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku sudah memberikan teladan kepada kamu semua, supaya kamu juga melakukan apa yang sudah Aku lakukan untuk kamu. Sungguh benar kata-kata-Ku ini: Seorang hamba tidak lebih penting daripada tuannya. Seorang utusan tidak lebih penting daripada orang yang mengutusnya. Jika kamu mengetahui hal ini, berbahagialah kamu jika kamu melakukannya.
YOHANES 13:15-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna aku tŭlah mŭmbri tuladan pada kamu, supaya kamu bŭrbuat yang spŭrti aku tŭlah bŭrbuat padamu. Sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, bahwa hamba itu tiada akan lebih deripada tuannya, dan surohan itu tiada akan lebih deripada yang mŭnyurohkan dia. Maka jikalau kamu kŭtahui akan sagala pŭrkara ini, sŭrta bŭrbuat akan dia, bŭrbahgialah kamu.
YOHANES 13:15-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku telah memberi teladan kepada kamu semua. Lakukanlah apa yang telah Kulakukan untukmu. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, seorang hamba tidak lebih besar daripada tuannya. Begitu jugalah, seorang yang diutus tidak mungkin lebih besar daripada orang yang mengutusnya. Sekiranya kamu mengerti hal ini dan melakukannya, diberkatilah kamu.