MARKUS 15:6-15
MARKUS 15:6-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada tiap-tiap Perayaan Paska, Pilatus biasanya membebaskan seorang tahanan yang dikehendaki orang ramai. Pada masa itu, seorang bernama Barabas ada di dalam penjara bersama dengan semua pemberontak lain yang telah melakukan pembunuhan pada masa kerusuhan. Ketika orang ramai berkumpul dan seperti biasa mula meminta Pilatus membebaskan seorang tahanan, Pilatus bertanya kepada mereka, “Adakah kamu mahu aku membebaskan raja orang Yahudi ini?” Pilatus tahu betul bahawa ketua-ketua imam telah menyerahkan Yesus kepadanya kerana iri hati. Tetapi para ketua imam menghasut orang ramai supaya meminta Pilatus membebaskan Barabas. Pilatus berkata lagi kepada orang ramai itu, “Jika demikian, apakah yang kamu ingin aku lakukan terhadap orang yang kamu sebut raja orang Yahudi?” Mereka berteriak, “Salibkan dia!” Pilatus bertanya, “Tetapi kejahatan apa yang sudah dilakukannya?” Mereka berteriak lebih kuat lagi, “Salibkan dia!” Pilatus hendak menyenangkan hati orang ramai, maka dia membebaskan Barabas untuk mereka. Kemudian dia menyuruh orang mencambuk Yesus dan menyerahkan Dia kepada askar supaya disalib.
MARKUS 15:6-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka adapun pada hari raya itu dilŭpaskannya kapada marika itu sa’orang orang dalam pŭnjara, barang siapa yang dikahandaki ulih marika itu. Maka adalah disana sa’orang yang bŭrnama Bŭraba, yang ada tŭrikat dŭngan orang orang yang tŭlah bŭrbuat dŭrhaka sama sama dia, iya itu tŭlah mŭmbunoh orang dalam dŭrhakanya itu. Maka bŭlatantara itu pun bŭrtriaklah kuat kuat, mŭmulai mŭminta kapadanya bŭrbuat spŭrti yang tŭlah dipŭrbuatnya slalu kapada marika itu. Tŭtapi disahut ulih Pilatus kapada marika itu, katanya, Mahukah kamu supaya aku lŭpaskan bagie kamu raja orang Yahudi ini? Kŭrna iya mŭngŭtahui kŭpala kŭpala imam itu tŭlah mŭnyŭrahkan Isa dŭngan dŭngkinya. Tŭtapi dihasut ulih kŭpala imam akan kaum itu supaya baik dilŭpaskannya Bŭraba bagie marika itu. Maka Pilatus mŭnjawab pula kapada marika itu, Apakah kahandak kamu, supaya aku pŭrbuat kapada orang yang kamu kata raja orang Yahudi itu? Maka bŭrtriaklah pula marika itu kuat kuat, Salibkanlah akan dia. Sŭtlah itu maka bŭrkatalah Pilatus kapada marika itu, Mŭngapa, apakah jahat yang tŭlah dipŭrbuatnya? Maka makinlah bŭrtriaklah marika itu sangat sangat, Salibkanlah akan dia. Maka dŭngan hal yang dŭmkian Pilatus itu pun handak mŭmuaskan kaum itu, dilŭpaskannyalah akan Bŭraba kapadanya, lalu disŭrahkannya Isa akan disalibkan, sŭtlah sudah disŭsahnya akan dia.
MARKUS 15:6-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada waktu perayaan, lazimnya Pilatus membebaskan dari penjara seorang yang diminta oleh mereka. Ada seorang bernama Barabas yang dirantaikan bersama beberapa orang pemberontak lain. Mereka telah melakukan pembunuhan dalam pemberontakan itu. Orang ramai mula berseru lantang meminta Pilatus membebaskan seorang dari penjara seperti yang biasa dilakukannya. Pilatus bertanya, “Adakah kamu mahu aku membebaskan kepadamu Raja orang Yahudi?” oleh sebab dia tahu bahawa ketua-ketua imam telah menyerahkan Yesus kepadanya kerana iri hati. Tetapi ketua-ketua imam menghasut orang ramai supaya meminta Barabas dibebaskan kepada mereka. Pilatus berkata kepada mereka, “Kalau begitu, apa yang kamu mahu kulakukan kepada Dia yang kamu panggil Raja orang Yahudi?” Mereka berseru lagi dengan kuatnya, “Salibkan Dia!” Kata Pilatus kepada mereka, “Mengapa? Apakah kejahatan yang telah dilakukan-Nya?” Tetapi mereka semakin kuat berseru, “Salibkan Dia!” Oleh itu, untuk memuaskan hati orang ramai itu, Pilatus membebaskan Barabas kepada mereka. Setelah menyebat Yesus, dia menyerahkan-Nya untuk disalib.