Roma 10
10
1Saudara-saudaraku, hasrat hatiku dan doaku kepada Allah tentang orang Israel ialah semoga mereka akan diselamatkan. 2Aku dapat memberikan kesaksian bahawa mereka bersungguh-sungguh dalam ibadat kepada Allah, tetapi kesungguhan mereka tidak berasaskan pengetahuan yang benar. 3Oleh sebab mereka tidak mengetahui perbenaran yang datang daripada Allah dan mereka berusaha menegakkan perbenaran mereka sendiri, maka mereka tidak tunduk kepada perbenaran Allah.#10:3,5,6 Perkataan âperbenaranâ membawa beberapa makna tertakluk kepada konteksnya. Dalam ayat ini, perbenaran merujuk kepada tindakan Allah untuk meniadakan kesalahan dan hukuman dosa di samping memungkinkan orang berdosa berbaik semula dengan-Nya. 4Kristus ialah titik tamat hukum supaya perbenaran didapati oleh setiap orang yang beriman.
5 # Im 18:5. Musa telah menulis tentang perbenaran berasaskan hukum Taurat, âSesiapa yang melakukan hal-hal ini akan hidup mengikutnya.â 6#Ul 30:12-14.Tetapi perbenaran berasaskan iman berkata demikian, âJangan bertanya dalam hatimu, âSiapa yang akan naik ke syurga?â (untuk membawa Kristus turun) 7atau, âSiapa yang akan turun ke alam kubur?â (untuk membawa Kristus naik daripada kematian).â 8Apakah yang dikatakan? âFirman itu begitu dekat denganmu, di mulutmu dan dalam hatimu (iaitu firman tentang iman yang kami isytiharkan): 9Jika kamu akui dengan mulutmu bahawa Yesus ialah Tuhan dan percaya dalam hatimu bahawa Allah telah membangkitkan-Nya daripada kematian, kamu akan diselamatkan; 10kerana dengan hatimu kamu beriman dan diperbenar, dan dengan mulutmu kamu mengaku lalu diselamatkan.â 11#Yes 28:16.Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, âSesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan diaibkan.â 12Kerana tidak ada perbezaan antara orang Yahudi dengan orang Yunani, kerana Tuhan yang sama berkuasa atas semuanya dan melimpahkan berkat ke atas semua yang menyeru kepada-Nya. 13#Yl 2:32.Kerana âSesiapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan.â
14Jadi, bagaimana mereka dapat menyeru kepada-Nya sedangkan mereka tidak beriman kepada-Nya? Dan bagaimana mereka dapat beriman kepada-Nya sedangkan mereka tidak pernah mendengar tentang-Nya? Dan bagaimana mereka dapat mendengar sedangkan tiada sesiapa pun yang mengkhabarkan tentang-Nya? 15#Yes 52:7.Dan bagaimana orang dapat mengajar kecuali dihantar? Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, âAlangkah indahnya kaki mereka yang membawa berita baik!â 16#Yes 53:1.Akan tetapi, tidak semua yang mahu menerima berita Injil itu. Sebagaimana kata Yesaya, âTuhan, siapa yang percaya akan perkhabaran yang kami sampaikan?â 17Oleh itu, iman datang daripada mendengar perkhabaran itu, dan perkhabaran itu didengar melalui sabda Kristus. 18#Mzm 19:4.Tetapi aku bertanya, âTidakkah mereka mendengar?â Tentu sekali:
âSuara mereka telah tersebar ke serata bumi,
dan kata-kata mereka telah sampai ke hujung dunia.â
19 # Ul 32:21. Sekali lagi aku bertanya, âTidakkah orang Israel mengerti?â Pertama, Musa berkata:
âAku akan membuatmu iri hati dengan orang yang bukan satu bangsa;
Aku akan membuatmu marah dengan satu bangsa yang tidak mengerti.â
20 # Yes 65:1. Kemudian Yesaya lantang berkata,
âAku telah ditemui oleh mereka yang tidak mencari-Ku;
Aku menyatakan diri-Ku kepada orang yang tidak memohon kehadiran-Ku.â
21 # Yes 65:2. Tetapi kepada orang Israel dia berkata,
âSepanjang hari telah Kuhulurkan tangan-Ku
kepada bangsa yang ingkar dan keras kepala.â
Nu markerat:
Roma 10: AVB
MĂ€rk
Kopiera
JÀmför
Dela
Vill du ha dina höjdpunkter sparade pÄ alla dina enheter? Registrera dig eller logga in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited