Ibrani 11
11
FATSAL XI.
1SŬBARMULA adapun iman itulah akar umbi pĹrkara yang diharapkan, dan saksi sagala pĹrkara yang tiada kĹlihatan.
2KĹrna deri sĹbabnya itulah juga orang dahulu dahulu kala itu tĹlah mĹndapat nama yang baik.
3KĹrna dĹngan iman itulah juga kita mĹngatahui, bahwa sagala alam ini diatorkan dĹngan pĹrkataan Allah, maka dĹmkianlah barang pĹrkara yang klihatan itu, bukannya dijadikan deripada barang pĹrkara yang nyata.
4Maka deri sĹbab iman itulah juga, Habil tĹlah mĹmpĹrsĹmbahkan kapada Allah suatu korban yang tĹrlebih indah deripada korban Kain, maka deri sĹbabnya itu juga iya tĹlah mĹndapat kanyataan dirinya bĹnar adanya, Allah mĹmbri nyata akan pĹrsĹmbahannya itu: maka deri sĹbab itulah juga sungguh pun iya tĹlah mati akan tĹtapi sĹrasa bĹrkata kata juga iya.
5Maka deri sĹbab iman itu juga, maka Inok tĹlah dipindahkan kadalam shorga, supaya jangan iya mĹrasai mati; dan tiadalah iya klihatan lagi, kĹrna Allah tĹlah mĹmindahkan dia: kĹrna dahulu deripada kapindahannya itu iya tĹlah bĹrulih kanyataan, bahwa iya mĹmpĹrkĹnankan Allah.
6TĹtapi jikalau tiada dĹngan iman itu mustahil orang bulih mĹmpĹrkĹnankan Allah: kĹrna orang yang mĹnghampiri kapada Allah itu dapatiada patut pĹrchaya ada Tuhan, maka iyalah itu pĹmbalas orang yang mĹnchari dia dĹngan rajin.
7Adapun ulih sĹbab iman itu juga, tĹtkala diingatkan Allah akan Noh deri hal pĹrkara pĹrkara yang bĹlom klihatan, tĹrgraklah iya dĹngan katakutan, lalu disĹdiakannya sa’buah bahtra akan mĹmliharakan isi rumahnya; maka ulih sĹbab itulah juga iya mĹnyalahkan orang isi dunia, sĹrta iya mĹnjadi warith kabĹnaran ulih iman.
8Adapun ulih sĹbab iman itu juga, maka Ibrahim apabila iya disuroh kluar pĹrgi kapada suatu tĹmpat yang iya akan mĹmpusakai kĹlak, diturutnya; maka kluarlah iya dĹngan tiada dikĹtahuinya kamana grangan pĹrginya.
9Dan ulih iman itu juga Ibrahim tĹlah mĹnumpang dalam tanah pĹrjanjian spĹrti dalam sa’buah nĹgri dagang, sĹrta dudoklah iya dalam khemah dĹngan Isahak dan Yakob, warith warith juga dĹngan dia akan sama pĹrjanjian itu:
10KĹrna Ibrahim mĹnilek sa’buah nĹgri yang ada tĹralas, yang mĹmbangunkan dia, dan tukangnya, iya itu Allah adanya.
11Adapun ulih sĹbab iman itu juga Sarah pun tĹlah mĹndapat kuat badan akan mĹngandong, lalu dipranakkannyalah sa’orang anak, iya itu tĹtkala lalulah umornya, sĹbab pada fikirannya sĹtiawanlah kiranya Tuhan yang tĹlah bĹrjanji itu.
12Maka sĹbab itu tĹlah tĹrbitlah bĹnih deripada sa’orang spĹrti sa’orang yang sudah mati, maka sĹbanyak bintang dilangit, dan spĹrti kĹrsek ditĹpi laut, yang tiada dapat tĹrbilang adanya.
13Maka skaliannya itu tĹlah mati dĹngan iman, tĹtkala sĹbĹlom marika itu bĹrulih pĹrjanjian itu, mĹlainkan sĹbab ditileknya deri jauh, maka dĹngan yakinnya dipĹgangnya akan dia, sĹrta mĹngaku bahwasanya iyalah orang orang dagang, dan orang pĹrjalanan diatas bumi.
14KĹrna orang yang bĹrkata yang dĹmkian itu mĹngatakan dĹngan trangnya, bahwasanya iya mĹnchari sa’buah nĹgri.
15Maka sĹsungguhnya jikalau marika itu tĹlah mĹnaroh kĹnangan akan nĹgri yang tĹlah ditinggalkannya itu, maka adalah waktu yang bulih marika itu kĹmbali pula.
16TĹtapi skarang dikahandaki ulih marika itu sa’buah nĹgri yang tĹrlebih baik, iya itu shorga; maka sĹbab itu tiadalah Allah malu akan disĹbutkan Allahnya, kĹrna iya tĹlah mĹnyĹdiakan sa’buah nĹgri bagie marika itu.
17Adapun ulih sĹbab iman itulah juga tĹtkala Ibrahim dichobai Allah, maka iya mĹmpĹrsĹmbahkan Isahak; bahwa sĹsungguhnya iya yang tĹlah mĹnĹrima pĹrjanjian pĹrjanjian itu mĹmpĹrsĹmbahkan anak laki lakinya yang tunggal itu.
18Maka deri halnya pula tĹlah dikatakan, Bahwa deri pada Isahaklah juga bĹnihmu akan dibilangkan.
19SĹbab pada sangkanya, bahwa Allah itu bĹrkwasa akan mĹnghidopkan deripada matinya; maka deri situlah juga didapati ulih Ibrahim akan dia sa’olah olah suatu alamat.
20Adapun ulih sĹbab iman itu juga, maka Isahak tĹlah mĹmbri bĹrkat kapada Yakob dan Esau deri hal pĹrkara yang akan datang kĹlak.
21Shahadan ulih sĹbab iman itu juga, maka tĹtkala Yakob hampir mati, iya tĹlah mĹmbri bĹrkat kapada kadua anak Yusof; sambil iya sujud tĹrsandar atas kĹpala tongkatnya.
22Maka ulih sĹbab iman itu juga tĹtkala Yusof hampir mati, maka iya mĹnyĹbutkan deri hal bĹrpindahan bĹnih Israil, sambil iya bĹr pĹsan deri hal tulang tulangnya.
23Adapun deri sĹbab iman itu juga, maka tĹtkala Musa dipranakkan, maka iya tĹlah disĹmbunyikan ulih ibu bapanya tiga bulan lamanya, sĹbab dilihat ulih marika itu, iya sa’orang anak yang elok adanya; maka tiadalah marika itu takot akan hukum raja itu.
24Maka ulih sĹbab iman itu juga tĹtkala Musa sudah akal balih, maka Ĺngganlah iya akan disĹbutkan sa’orang anak anak pĹrampuan Firaon.
25Disukainya rĹmaklah iya mĹnanggong kasukaran bĹrsama sama dĹngan kaum Allah, tĹrlebih deripada bĹrulih kasukaan dosa hingga skutika sahja lamanya;
26Maka direlainya pula, bahwa kachelaan Almasih yaani tĹrlebih bĹsar kĹkayaannya deripada pĹrbandaharaan diMasir: ulih sĹbab iya tĹlah mĹngĹnangkan balasan fahala itu
27Adapun deri sĹbab iman itu juga, bahwa Musa mĹninggalkan Masir, dĹngan tiada ditakutinya morka raja itu: kĹrna iya tĹlah mĹnahani dirinya sa’olah olah dipandangnya akan dia yang raib itu.
28Adapun ulih sĹbab iman itu juga, maka iya tĹlah mĹmbuat hari raya Langkah, dan adat mĹmĹrchekkan darah, supaya jangan iya yang mĹmbinasakan sagala anak anak sulong itu mĹngusik akan marika itu
29Adapun ulih sĹbab iman itu juga, sagala marika itu tĹlah mĹnyĹbrang laut Kulzom spĹrti bĹrjalan didarat juga adanya: maka orang orang Masir itupun handak mĹnurot itu, maka habislah tĹngglam.
30Adapun ulih sĹbab iman itu juga, tembok tembok nĹgri Jeriko itu tĹlah rubohlah, kĹmdian deripada diklilingi tujoh hari lamanya.
31Adapun ulih sĹbab iman itu juga, Rahab pĹrampuan sundal itu tiada dibinasakan bĹrsama sama dĹngan orang orang yang tiada pĹrchaya itu, apabila iya tĹlah mĹnyambut orang yang datang mĹnghintie itu dĹngan slamatnya.
32Dan apakah juga lagi yang patut kukatakan? kĹrna waktu suntok padaku akan mĹnchĹrtrakan derihal Gedion, dan Barak, dan Samson, dan Jeftha, dan Daud; danlagi pula Samuel, dan sagala nabi nabi.
33KĹrna deri sĹbab iman itu juga marika itu tĹlah mĹngalahkan krajaan, dan mĹlakukan pĹrbuatan yang adil, dan mĹndapat pĹrjanjian pĹrjanjian, dan mĹnutopkan mulot singa;
34Dah mĹmadamkan gagah api, dan tĹrlĹpaslah dirinya deripada mata pĹdang, deripada lĹmah mĹnjadi kuat, dan mĹnjadi pĹrkasa dalam pĹprangan, dan mĹngalahkan bĹlatĹntara orang dagang.
35Shahadan pĹrampuan pĹrampuan pun tĹlah mĹndapati orang orangnya yang tĹlah mati itu hidop pula, dan yang lain lain pula diseksainya, tiada mahu mĹnĹrima kalĹpasannya, supaya iya kĹlak mĹndapati kĹbangkitan yang tĹrlebih baik.
36Dan ada pula yang lain yang tĹlah kĹna pĹrchobaan dĹngan maki dan sĹsah, bahkan, tambahan pula blunggu dan pĹnjara pun.
37Maka marika itu tĹlah dirĹjamkan, dan ada yang dibĹlah dua dĹngan gĹrgaji, dan kĹna pĹrchobaan, dan dibunoh dĹngan pĹdang, dan bĹranyutlah dĹngan mĹmakie kulit domba dan kulit kambing; maka sĹbab kĹpapaannya, sĹbab kasusahannya, dan sĹbab sĹngsaranya,
38Tiadalah layak dunia ini mĹndapati marika itu, maka sĹsat baratlah marika itu dipadang bĹlantara, dan gunong gunong, dan gua gua, dan lobang lobang tanah.
39Adapun sagala marika itulah yang tĹlah mĹndapat sĹbutan yang baik sĹbab imannya, tĹtapi tiadalah marika itu juga mĹndapat akan pĹrjanjian itu;
40KĹrna Allah tĹlah mĹnyĹdiakan barang yang tĹrlebih baik bagie kami, supaya marika itu kĹlak dĹngan tiada kita, tiadalah bulih dijadikan samporna.
Currently Selected:
Ibrani 11: KEAS
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
maintained by the British and Foreign Bible Society