Injil Yahya 14
14
FATSAL XIV.
1BAHWA janganlah duka chita hatimu, kamu pĹrchayalah akan Allah, maka pĹrchayalah pula akan daku.
2Adapun dirumah Ayahku ada banyak tĹmpat diam, maka jikalau tiada kiranya dĹmkian, nĹschaya aku katakanlah padamu; maka aku pĹrgi ini, supaya aku sĹdiakan suatu tĹmpat bagiemu.
3Maka jikalau aku pĹrgi sĹrta kusĹdiakan tĹmpat bagiemu, maka aku akan datang kĹmbali mĹnyambut kamu bĹrsama sama, supaya barang dimana aku ada, maka kamu pun ada juga sĹrtaku.
4Dan kĹmana aku pĹrgi kamu tahu juga, dan jalan itu pun kamu tahu.
5Maka bĹrkatalah Thomas padanya, Tuhan, tiada kami kĹtahui kĹmanakah angkau handak pĹrgi, Ĺntah bagimanakah bulih kita orang tahu jalannya itu.
6Maka bĹrkatalah Isa padanya, Bahwa aku inilah jalan, dan kĹbĹnaran, dan hayat itu; maka barang sa’orang pun tiada bulih mĹndapatkan kapada Ayah jikalau tiada dĹngan aku.
7Maka jikalau kamu mĹngĹnal aku, nĹschaya kamu mĹngĹnallah Ayahku pun; maka deri skarang inilah kamu mĹngĹnal akan dia, dan mĹlihat dia.
8Maka bĹrkatalah Filipus padanya, Tuhan, tunjokkanlah Ayah itu pada kami, maka chukoplah.
9Maka bĹrkatalah Isa padanya, BĹgitu lama aku tĹlah bĹrsama sama dĹngan angkau, maka bĹlomkah angkau mĹngĹnal aku Filipus? Bahwa orang yang sudah mĹlihat aku, sĹrasa sudah mĹlihat Ayah; maka bagimanakah katamu, Tunjokkanlah Ayah itu pada kami?
10Tiadakah angkau pĹrchaya, bahwa aku ini ada dalam Ayah, dan Ayah itu pun ada didalamku? Adapun sagala pĹrkataan yang aku katakan padamu itu, bahwa bukannya itu deripada kahandak diriku, tĹtapi Ayah yang tinggal di dalamku, maka iyalah yang mĹngadakan sagala pĹrbuatan itu
11PĹrchayalah ulih kamu skalian, bahwa aku ini ada didalam Ayah, dan Ayah didalam aku, atau pĹrchayalah akan daku ulih sĹbab sagala pĹrbuatan yang kuadakan itu.
12Maka sĹsungguh sungguhnya aku bĹrkata padamu, orang yang pĹrchaya kapadaku, bahwa sagala kĹrja yang aku pĹrbuat, maka iya pun akan bĹrbuat itu juga, dan yang lebih deripada itu pun iya akan bĹrbuat, kĹrna aku ini pĹrgi kapada Ayahku.
13Dan barang suatu apa yang kamu pinta dĹngan namaku, maka aku nanti adakan itu, supaya Ayah dipĹrmuliakan ulih Anak itu.
14Maka jikalau kamu mĹminta barang apa dĹngan namaku, maka aku akan mĹngadakan itu.
15¶ Adapun jikalau kamu mĹngasihi aku, bahwa handaklah kamu mĹmliharakan sagala hukumku.
16Maka aku akan mĹmohonkan kapada Ayah, dan iya nanti mĹmbri pĹnghiburan yang lain, supaya tinggal bĹrsama sama dĹngan kamu sampie slama lamanya.
17Iya itu Roh yang bĹnar yang tiada dapat ditrima ulih orang dunia, kĹrna iya tiada mĹlihat dia, dan tiada mĹngĹnal dia; tĹtapi kamu ini mĹngĹnal dia, kĹrna iya diam bĹrsama sama dĹngan kamu, dan iya itu kĹlak ada dalam kamu.
18Bahwa aku tiada akan mĹninggalkan kamu spĹrti anak anak piatu, maka aku akan datang kĹlak kapadamu.
19BĹrmula maka skutika lagi lamanya orang dunia tiada akan mĹlihat aku lagi, tĹtapi kamu skalian akan mĹlihat aku; adapun sĹbab aku ini hidop, maka kamu pun akan hidop juga.
20Maka pada hari itulah kĹlak kamu akan mĹngĹtahui, bahwa aku ada dalam Ayah, dan kamu dalam aku, dan aku didalam kamu.
21Bahwa orang yang mĹmĹgang sagala hukumku, dan mĹmliharakan dia, maka iya itulah dia yang mĹngasihi aku, dan orang yang mĹngasihi aku, maka iya pun dikasih ulih Ayahku, dan lagi aku pun akan mĹngasihi dia, sĹrta aku mĹnyatakan diriku kapadanya.
22Maka bĹrkatalah Yudas, bukannya Iskariot, Tuhan, bagimanakah halnya angkau handak mĹnyatakan dirimu kapada kami, dan tiada pada orang isi dunia?
23Maka sahut Isa katanya, Jikalau orang mĹngasihi aku, maka dapat tiada iya mĹmliharakan pĹrkataanku, dan Ayahku pun akan mĹngasihi dia, dan kami akan datang kapadanya, dan diam bĹsĹrta dĹngan dia.
24Maka orang yang tiada mĹngasihi aku, maka tiada pula iya mĹmliharakan sagala pĹrkataanku; adapun pĹrkataan yang kamu dĹngar itu, bukannya aku yang punya dia, mĹlainkan pĹrkataan Ayah yang tĹlah mĹnyurohkan aku.
25Adapun sagala pĹrkara ini aku katakan padamu sĹlagi ada aku bĹrsama sama dĹngan kamu.
26TĹtapi PĹnghibur, iya itulah Roh Alkudus yang akan disurohkan ulih Ayah sĹbab namaku, maka iyalah nanti mĹngajar sagala pĹrkara itu padamu, sĹrta mĹngingatkan padamu akan sagala pĹrkara yang tĹlah kukatakan padamu.
27Maka aku tinggalkan slamat pada kamu, adapun aku mĹmbri slamatku kapadamu itu, bahwa bukannya aku mĹmbri itu kapada kamu spĹrti pĹmbrian orang dunia; maka janganlah hatimu mĹnjadi susah, atau jangan iya takot.
28Bahwa kamu tĹlah mĹnĹngar aku katakan, adapun aku akan pĹrgi, sĹrta datang kĹmbali kapadamu, maka jikalau kamu mĹngasihi aku, nĹschaya kamu suka chitalah, sĹbab aku tĹlah bĹrkata, bahwa aku pĹrgi kapada Ayah, kĹrna Ayahku itu lebih bĹsar deri padaku.
29Maka skarang pun bahwa aku katakan itu padamu sĹbĹlom jadinya, supaya apabila iya jadi kĹlak kamu bulih pĹrchaya.
30Kumdian deripada ini tiadalah aku mahu bĹrkata banyak lagi pada kamu, kĹrna pĹnghulu dunia datang, maka tiada iya akan bĹrulih barang suatu didalam aku.
31TĹtapi supaya isi dunia ini tahu, bahwa aku mĹngasihi Ayah, dan spĹrti Ayah mĹmbri hukum padaku, dan dĹmkianlah kupĹrbuat; maka bangunlah, mari kita undor deri sini.
Currently Selected:
Injil Yahya 14: KEAS
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
maintained by the British and Foreign Bible Society