Injil Mathius 20
20
FATSAL XX.
1MAKA adalah krajaan shorga itu saumpama dŭngan sa’orang kapala rumah, maka pada pagi hari, kluarlah iya mŭnchari orang upahan akan bŭkŭrja dikŭbon anggornya.
2Maka sŭtlah sudah ditŭntukannya upahnya pada sa’hari sa’orang satu dinar, maka disurohnya pŭrgi kakŭbon anggornya itu.
3Maka kluarlah tuan itu ada kira kira pukol sŭmbilan pagi, maka dilihatnya pula ada orang lain tŭrdiri dŭngan lekanya dipasar.
4Lalu bŭrkatalah iya pada marika itu, Pŭrgilah kamu pun bŭkŭrja dikŭbon anggor itu, maka brapa yang patut nanti aku bri sama angkau; maka marika itu pun pŭrgilah.
5Maka kluarlah pula tuan itu ada kira kira pukol dua blas, dan pukol tiga pŭtang, maka dipŭrbuatnyalah spŭrti bŭgitu juga.
6Sŭbarmula maka ada kira kira pukol lima pŭtang, kluarlah iya, lalu didapatinya pula orang lain lain ada bŭrdiri dŭngan lekanya, maka bŭrkatalah iya pada marika itu, Mŭngapa kamu bŭrdiri dŭngan lekamu sahari harian disini?
7Maka jawab marika itu padanya, Ulih sŭbab sa’orang pun tiada mŭngupah akan kami. Maka bŭrkatalah iya pada marika itu, Pŭrgilah kamu pun bŭkŭrja dikŭbon anggor itu, maka kamu akan mŭndapat kŭlak brapa yang patut.
8Hata sŭtlah sudah malam, maka bŭrkatalah tuan kŭbon anggor itu kapada mandornya, Panggillah sagala orang yang bŭkŭrja itu, bayarkanlah upahnya, mulielah deripada orang yang datang akhir itu sampie kapada orang yang datang mula mula.
9Maka apabila datanglah orang yang bahru masok bŭkŭrja pada pukol lima pŭtang, maka didapatinyalah sa’orang satu dinar.
10Tŭtapi apabila datang pula orang yang datang mula mula itu, maka pada sangkanya iya akan mŭndapat lebih, tŭtapi iya pun mŭndapat sa’orang satu dinar juga.
11Maka sŭtlah sudah ditrimanya itu, lalu bŭrsungotlah marika itu akan tuan yang ampunya rumah itu;
12Katanya, Adapun orang yang datang akhir ini tŭlah bŭkŭrja sa’jam sahja lamanya, maka angkau tŭlah mŭnyamakan dia orang dŭngan kami yang tŭlah mŭnangong kŭbratan, dan kŭpanasan saharian sŭntak.
13Maka jawab tuan itu kapada sa’orang deripada marika itu, katanya, Hie sahabatku, bukannya aku mŭmbuat salah padamu, bukankah angkau sudah bŭrjanji kapadaku satu dinar?
14Ambillah bahgianmu itu, pŭrgilah; kŭrna orang yang datang akhir ini aku suka handak mŭmbri sŭbanyak yang kamu dapat.
15Bukankah patut kupŭrbuat barang kahandakku atas hartaku? Jahatlah matamu, sŭbab angkau mŭlihat aku ini baik.
16Maka dŭmkianlah yang akhir itu mŭnjadi yang mula mula, dan yang mula mula itu mŭnjadi akhir; kŭrna banyaklah orang yang dipanggil, tŭtapi sŭdikit juga yang ditrimanya.
17¶ Sŭbarmula maka Isa pun pŭrgilah kanŭgri Jerusalem, maka dibawanyalah kadua blas murid muridnya itu bŭrasing diantara bŭrjalan, lalu katanya pada marika itu,
18Bahwa sasungguhnya kami ini pŭrgi kaJerusalem, maka anak manusia akan disŭrahkan kapada imam imam yang bŭsar, dan khatib khatib, maka akan dihukumkan ulih marika itu akan dia dŭngan hukum bunoh.
19Maka iya itu akan disŭrahkan ulih marika itu katangan orang sŭsat, supaya dinistakannya, dan dipalunya dŭngan jari ampi, sŭrta disalibkannya, maka pada hari yang katiga iya akan hidop pula.
20¶ Maka tŭtkala itu datanglah kapada Isa ibu anak anak Zabdi, sŭrta dŭngan anaknya laki laki, lalu sujud sŭrta mŭminta suatu pŭrkara kapadanya.
21Maka bŭrkatalah Isa padanya, Apakah yang angkau kahandaki? Maka jawabnya, Biarlah kiranya kaduanya anakku laki laki ini, sa’orang dudok pada kananmu, dan sa’orang pada kirimu dalam krajaanmu.
22Maka disahut ulih Isa sŭrta katanya, Tiada kamu kŭtahui apa yang kamu mŭminta. Dapatkah kamu mŭminom chawan minoman yang aku akan mŭminom itu, dan dipŭrbaptisakan dŭngan baptisan yang aku akan dibaptisakan? Maka jawab marika itu padanya, Bulih.
23Maka bŭrkatalah iya pada marika itu, Sungguhpun chawan minomanku itu kamu akan mŭminom dia, dan dipŭrbaptisakan dŭngan baptisan yang aku akan dipŭrbaptisakan itu, akan tŭtapi dudok pada kiri kananku itu, bukannya atasku mŭmbri itu, mŭlainkan kapada barang siapa yang tŭlah disŭdiakan ulih ayahku.
24Maka apabila didŭngar ulih murid muridnya yang kaspuloh itu, maka gŭramlah hati marika itu akan kadua orang bŭrsaudara itu.
25Hata maka dipanggillah ulih Isa akan marika itu skalian, lalu katanya, Kamu tŭlah mŭngtahui, bahwa pŭnghulu pŭnghulu orang orang sŭsat itu mŭmŭgang prentah atas orang orangnya, dan orang bŭsar bŭsarnya pun mŭmŭgang pŭnguasaan atas marika itu.
26Tŭtapi janganlah kiranya jadi diantara kamu dŭmkian, mŭlainkan jikalau barang sa’orang handak mŭnjadi bŭsar diantara kamu, handaklah iya mŭnjadi orang mŭlayani kamu.
27Maka jikalau barang sa’orang mahu mŭnjadi pŭnghulu diantara kamu, maka handaklah iya mŭnjadi khadammu.
28Spŭrti anak manusia itu bukannya iya datang kahandaknya supaya orang lain mŭlayani dia, mŭlainkan iya mŭlayani orang lain, sŭrta dibrikannya pula nyawanya tŭbusan ganti orang banyak.
29¶ Maka tŭtkala kluarlah marika itu deri dalam nŭgri Jeriko, maka banyaklah orang mŭngikot dia.
30Sŭbarmula bahwa sasungguhnya adalah dua orang orang buta yang dudok pada sisi jalan, sŭrta didŭngarnya bahwa Isa lalu, maka bŭrtriaklah marika itu katanya, Kasihankanlah kami ya Tuhan, anak Daud.
31Maka ditŭngkinglah ulih orang banyak akan marika itu, supaya iya diam, tŭtapi makin pula iya bŭrtriak katanya, Kasihanlah kami ya Tuhan, anak Daud.
32Maka bŭrhŭntilah Isa, sŭrta dipangilnya akan marika itu katanya, Apakah kahandakmu yang bulih aku bŭrbuat padamu.
33Maka jawab marika itu padanya, Tuhan, supaya mata kami dichŭlekkan.
34Maka dikasihankan Isa akan marika itu, lalu dijamahnya matanya, maka dŭngan sŭbŭntar bŭntaran juga itu chŭleklah marika itu, lalu mŭngikot dia.
Currently Selected:
Injil Mathius 20: KEAS
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
maintained by the British and Foreign Bible Society