YouVersion Logo
Search Icon

Yesaya 17

17
Pernyataan ilahi tentang Damsyik dan Efraim
1 # Yer 49:23-27; Am 1:3-5; Za 9:1. Pernyataan ilahi tentang Damsyik.
“Sesungguhnya, Damsyik akan disingkirkan sehingga tidak lagi menjadi sebuah kota.
Dia akan menjadi timbunan puing.
2Kota-kota Aroer akan ditinggalkan
dan menjadi tempat kawanan ternakan yang berbaring tanpa ada yang mengusik.
3Kubu akan lenyap dari Efraim,
dan kerajaan dari Damsyik.
Saki-baki orang Aram akan senasib dengan kemuliaan orang Israel,”
demikianlah firman TUHAN alam semesta.
4“Pada waktu itu kemuliaan Yakub akan amat berkurang,
dan tubuhnya yang tegap akan menjadi kurus.
5Keadaannya akan sama seperti apabila penuai mengumpulkan gandum yang belum dipotong
dan memetik bulir-bulirnya dengan tangannya,
atau seperti apabila seseorang memungut bulir gandum di Lembah Refaim.
6Tetapi sisa-sisa akan ditinggalkan
untuk pemetikan susulan seperti pada waktu orang menjolok buah zaitun,
dua atau tiga buah tertinggal di hujung dahan teratas,
empat atau lima di dahan-dahannya yang penuh buah,”
demikianlah firman TUHAN, Allah Israel.
7Pada hari itu orang akan memandang Penciptanya,
dan matanya akan memperhatikan Yang Maha Suci, Allah Israel.
8Dia tidak akan memandang lagi mazbah-mazbah buatan tangan
dan tidak akan memperhatikan lagi barang yang dibuat jari-jarinya,
baik patung-patung Asyera
mahupun tugu-tugu mazbah dupa.
9Pada waktu itu kota-kota benteng mereka akan menjadi seperti tempat yang terbengkalai di hutan dan di puncak gunung yang ditinggalkan kerana orang Israel. Semua itu akan menjadi sunyi sepi.
10Engkau telah melupakan Allah yang menyelamatkan engkau,
dan tidak mengingat Batu Pejal yang menjadi Bentengmu.
Oleh sebab itu walaupun engkau menanam tanam-tanaman yang indah dan mencangkukkan cabang-cabang asing,
11walaupun engkau memagarinya pada hari engkau menanamnya,
dan paginya kaubuat benihmu berbunga,
hasil tuaian itu akan lenyap begitu sahaja pada hari kesakitan dan penderitaan yang sangat parah.
Pernyataan ilahi tentang Asyur
12Wahai, ramainya umat banyak bangsa!
Deru gemuruh mereka seperti deruan ombak laut.
Wahai, riuhnya suku-suku bangsa!
Mereka menderu seperti deruan air berombak besar.
13Suku-suku bangsa menderu seperti deru limpahan air,
tetapi TUHAN mengherdik mereka sehingga mereka lari jauh-jauh.
Mereka diburu seperti sekam yang diterbangkan angin di gunung-gunung,
seperti debu yang diterbangkan angin puting beliung.
14Pada waktu senja, lihat, ada kengerian!
Sebelum pagi hari, mereka sudah tiada!
Itulah bahagian bagi orang yang menjarah kita
dan takdir yang ditentukan bagi kalangan yang menjarah kita.

Currently Selected:

Yesaya 17: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

Video for Yesaya 17