Markus 15
15
Yesus di hadapan Pilatus
1Awal-awal pagi lagi ketua-ketua imam segera bermesyuarat dengan para tua-tua, ahli Taurat dan seluruh Majlis Agama. Kemudian mereka mengikat Yesus, membawa-Nya pergi dan menyerahkan-Nya kepada Pilatus.
2Pilatus bertanya kepada-Nya, “Adakah Engkau Raja orang Yahudi?” Yesus menjawab, “Begitulah seperti katamu.”
3Kemudian ketua-ketua imam melemparkan pelbagai tuduhan terhadap-Nya. 4Pilatus bertanya lagi kepada-Nya, “Tidakkah Engkau mahu menjawab apa-apa? Lihat betapa banyaknya tuduhan mereka terhadap-Mu?”
5Tetapi Yesus masih tidak menjawab sepatah pun, sehingga Pilatus kehairanan.
6Pada waktu perayaan, lazimnya Pilatus membebaskan dari penjara seorang yang diminta oleh mereka. 7Ada seorang bernama Barabas yang dirantaikan bersama beberapa orang pemberontak lain. Mereka telah melakukan pembunuhan dalam pemberontakan itu. 8Orang ramai mula berseru lantang meminta Pilatus membebaskan seorang dari penjara seperti yang biasa dilakukannya. 9Pilatus bertanya, “Adakah kamu mahu aku membebaskan kepadamu Raja orang Yahudi?” 10oleh sebab dia tahu bahawa ketua-ketua imam telah menyerahkan Yesus kepadanya kerana iri hati.
11Tetapi ketua-ketua imam menghasut orang ramai supaya meminta Barabas dibebaskan kepada mereka. 12Pilatus berkata kepada mereka, “Kalau begitu, apa yang kamu mahu kulakukan kepada Dia yang kamu panggil Raja orang Yahudi?”
13Mereka berseru lagi dengan kuatnya, “Salibkan Dia!”
14Kata Pilatus kepada mereka, “Mengapa? Apakah kejahatan yang telah dilakukan-Nya?”
Tetapi mereka semakin kuat berseru, “Salibkan Dia!”
15Oleh itu, untuk memuaskan hati orang ramai itu, Pilatus membebaskan Barabas kepada mereka. Setelah menyebat Yesus, dia menyerahkan-Nya untuk disalib.
Yesus dipermainkan
16Kemudian para askar membawa-Nya ke dewan istana yang dipanggil Praetorium, lalu menghimpunkan seluruh pasukan tentera yang ada di situ. 17Mereka mengenakan jubah ungu pada tubuh-Nya, dan membuat mahkota daripada duri lalu meletakkannya di atas kepala-Nya. 18Kemudian mereka menyindir-Nya, “Daulat Tuanku, Raja orang Yahudi!” 19Mereka memukul kepala-Nya dengan mensiang, meludahi-Nya, kemudian tunduk menyembah-Nya. 20Setelah mempermain-mainkan-Nya, mereka melucutkan jubah ungu itu dan mengenakan semula pakaian-Nya. Lalu mereka membawa-Nya untuk disalib.
Yesus disalib
21 # Rm 16:13. Ketika itu seorang yang bernama Simon, orang Kirene, bapa kepada Aleksander#15:21 Nama lain: Iskandar. dan Rufus sedang lalu di situ. Dia baru sahaja datang dari luar bandar. Kemudian mereka memaksanya mengangkat salib Yesus. 22Mereka membawa-Nya ke tempat yang dipanggil Golgota (bermaksud Tempat Tengkorak). 23Kemudian mereka memberi-Nya air anggur bercampur mir tetapi Dia enggan meminumnya. 24#Mzm 22:18.Setelah mereka menyalib-Nya, mereka membahagikan pakaian-Nya antara mereka dengan membuang undi. 25Mereka menyalib-Nya pada jam ketiga.#15:25 Pada pukul sembilan pagi. 26Tuduhan terhadap-Nya tertulis di atas: Raja orang Yahudi. 27#Yes 53:12.Mereka menyalib dua orang perompak bersama Yesus, seorang di kanan dan seorang di kiri-Nya. 28Dengan demikian terlaksanalah apa yang tersurat dalam Kitab Suci: “Dan Dia digolongkan dengan penjahat.”
29 # Mzm 22:7; 109:25. Mrk 14:58; Yoh 2:19. Semua orang yang lalu di situ menggeleng-gelengkan kepala sambil mengejek Yesus. Mereka berkata, “Kamu mahu memusnahkan Bait Suci dan membinanya semula dalam tiga hari! 30Sekarang turunlah dari salib itu dan selamatkanlah diri-Mu!”
31Begitu jugalah ketua-ketua imam dan ahli Taurat turut memperolok-olokkan Yesus. Mereka berkata sesama sendiri, “Dia menyelamatkan orang, tetapi tidak dapat menyelamatkan diri-Nya sendiri! 32Kiranya Kristus ini, Raja Israel, turunlah dari salib, supaya kami melihat dan percaya kepada-Nya!” Orang yang disalib bersama Yesus pun mencela-Nya.
Kematian Yesus
33Pada jam keenam hingga jam kesembilan,#15:33 Atau: Tengah hari hingga tiga petang. seluruh negeri itu diselubungi kegelapan. 34#Mzm 22:1.Pada jam kesembilan,#15:34 Atau: Pukul tiga petang. Yesus berseru dengan suara yang lantang, “Eloi, Eloi, lama sabakhtani?” Ertinya, “Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapa Kautinggalkan Aku?”
35Beberapa orang di situ mendengar seruan itu dan berkata, “Dengarlah, Dia memanggil Elia.” 36#Mzm 69:21.Seorang daripada mereka berlari mengambil span lalu mencelupnya ke dalam air anggur masam. Kemudian dia mencucukkan span itu di hujung sebatang mensiang dan menawarkannya kepada Yesus untuk minum, sambil berkata, “Kita menunggu, kalau-kalau Elia datang menurunkan-Nya dari salib.”
37Yesus berseru dengan kuat lalu menghembuskan nafas terakhir.
38 # Kel 26:31-33. Sejurus kemudian, tirai di dalam Bait Suci terbelah dua, dari atas hingga ke bawah. 39Ketua tentera yang berdiri di hadapan salib itu melihat semua ini lalu berkata, “Benarlah Dia Anak Allah!”
40 # Luk 8:2,3. Beberapa orang wanita menyaksikan segala-galanya dari jauh. Antara mereka ialah Maria Magdalena, serta Maria ibu Yakobus Muda dan Yoses, serta Salome. 41Mereka wanita yang mengikut dan menolong Yesus ketika Dia di Galilea. Ada ramai juga wanita yang datang dengan Yesus ke Yerusalem.
Yesus dimakamkan
42Hari sudah lewat petang. Hari itu Hari Persediaan, iaitu sehari sebelum hari Sabat. 43Yusuf dari Arimatea, seorang ahli terkemuka Majlis Agama yang sedang menunggu kerajaan Allah, datang lalu memberanikan hatinya menghadap Pilatus dan memohon untuk mengambil jenazah Yesus. 44Pilatus hairan mendengar Yesus sudah pun meninggal dunia, lalu memanggil ketua tentera dan bertanya sama ada Yesus sudah meninggal. 45Setelah mendengar laporan ketua tentera itu, dia pun menyerahkan jenazah Yesus kepada Yusuf. 46Yusuf membeli kain linen yang baik, menurunkan jenazah Yesus dan mengafankannya dengan kain itu. Dia membaringkan jenazah itu di dalam sebuah makam yang telah digali di permukaan batu pejal, lalu menggulingkan sebuah batu besar menutup pintu makam itu. 47Maria Magdalena dan Maria ibu Yoses memerhatikan tempat makam itu.
Currently Selected:
Markus 15: AVB
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited