YouVersion Logo
Search Icon

Amsal 17

17
1Lebih baik sepotong roti kering dengan kesentosaan
daripada jamuan makan serumah penuh dengan perbalahan.
2Hamba yang bijaksana akan menguasai si anak yang membuat malu,
dan akan mendapat bahagian warisan sebagai salah seorang saudara anak itu.
3Mangkuk pijar untuk perak dan relau untuk emas,
tetapi TUHAN menguji hati.
4Orang yang berbuat jahat mematuhi ucapan bibir yang jahat,
dan si pembohong memasang telinga kepada lidah yang bertutur jahat.
5Siapa mengolok-olokkan orang miskin, mencela Penciptanya,
dan sesiapa yang gembira kerana sesuatu bencana, tidak terlepas daripada hukuman.
6Anak cucu mahkota bagi kalangan tua-tua,
dan kemuliaan anak-anak adalah leluhur mereka.
7Bicara yang indah tidak patut bagi orang yang betul bendul,
apatah lagi bicara dusta bagi orang yang mulia.
8Kepada pemberinya, rasuah itu bagaikan permata yang indah,
ke mana-mana pun dia berpaling, dia beruntung jua.
9Sesiapa yang menutupi pelanggaran orang mengejar kasih,
tetapi orang yang mengungkit-ungkit sesuatu hal menceraikan sahabat yang karib.
10Kesan sebuah herdikan lebih mendalam bagi orang yang berpengertian
melebihi seratus pukulan atas orang yang bebal.
11Orang yang jahat memberontak hanya mencari kedurjanaan,
maka utusan yang bengis akan dikirim kepadanya.
12Lebih baik bertemu dengan beruang yang kehilangan anak,
daripada bertemu dengan orang yang betul bendul dengan kebodohannya.
13Bagi sesiapa yang membalas kebaikan dengan kejahatan,
kejahatan tidak akan meninggalkan rumahnya.
14Permulaan pertengkaran adalah seperti membuka aliran air,
sebab itu berhentilah sebelum perbalahan meledak.
15Membebaskan orang yang mungkar dan menyalahkan orang warak,
kedua-duanya adalah kekejian bagi TUHAN.
16Apa gunanya wang di tangan orang bodoh,
kerana dia tidak berniat untuk mendapat hikmah?
17 # Sir 6:7-10. Seorang sahabat menaruh kasih setiap waktu,
dan seorang saudara lahir untuk masa menghadapi kesukaran.
18Orang yang tidak berakal budi membuat perjanjian menaja jamin,
dan menjadi penjamin bagi jirannya.
19Orang yang menyukai pelanggaran suka juga kepada pertengkaran,
dan orang yang meninggikan pintunya menempah kehancuran.
20Orang yang bengkok hatinya tidak akan mendapat kebajikan,
dan orang yang lidahnya berdolak-dalik akan jatuh ke dalam bencana.
21Sesiapa yang mendapat anak yang bebal, mendapat duka,
dan ayah kepada si tolol tidak akan bersukacita.
22Hati yang gembira adalah ubat yang baik,
tetapi semangat yang patah mengeringkan tulang.
23Orang durjana menerima rasuah secara sembunyi-sembunyi
untuk menyelewengkan jalan keadilan.
24Hikmah ada di hadapan orang yang berpengertian,
tetapi mata orang bodoh melayang sampai ke hujung bumi.
25Anak yang bodoh mendukakan ayahnya,
dan memahitkan hati ibu yang melahirkannya.
26Tidaklah baik menghukum orang benar,
atau menyesah orang yang mulia kerana ketulusannya.
27Orang yang berpengetahuan mengawal kata-katanya,
dan orang yang berpengertian tenang jiwanya.
28 # Sir 20:5. Orang bodoh pun disangka arif jika dia berdiam diri,
dan disangka cerdas jika dia mengatupkan bibirnya.

Currently Selected:

Amsal 17: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in