Amsal 6
6
Berbagai-bagai nasihat dan amaran
1 # Sir 29:14-20. Hai anakku, jika engkau menjadi penjamin bagi jiranmu,
dan jika engkau membuat perjanjian jaminan dengan orang asing;
2jika engkau terjerat oleh kata-kata mulutmu,
dan terbelenggu oleh pengucapan mulutmu,
3maka buatlah demikian, hai anakku dan lepaskanlah dirimu,
kerana engkau telah jatuh ke dalam genggaman jiranmu.
Pergilah, rendahkanlah dirimu,
dan rayulah bersungguh-sungguh kepada jiranmu itu.
4Jangan biarkan matamu tertidur,
atau kelopak matamu mengantuk.
5Lepaskanlah dirimu seperti kijang daripada tangan pemburu,
dan seperti burung daripada tangan pemikat.
6Pergilah kepada semut, hai pemalas,
perhatikanlah cara hidupnya dan jadilah arif.
7Meskipun tidak punya pemimpin,
pengawas, ataupun penguasa,
8ia menyediakan makanannya pada musim panas,
dan mengumpulkan perbekalan pada musim menuai.
9Berapa lama lagi engkau akan berbaring, hai pemalas?
Bilakah engkau akan bangun daripada tidurmu?
10 # Ams 24:33,34. “Tidur sebentar, mengantuk sebentar,
lipat tangan sebentar untuk berbaring.”
11Maka kemiskinan mendatangimu seperti pencuri,
dan kesempitan seperti orang bersenjata.
12Seorang durjana dan seorang manusia yang tidak berguna,
berjalan ke mana-mana dengan mulut mungkar.
13 # Sir 27:22. Dia mengenyitkan matanya,
memberikan isyarat dengan kakinya dan berisyarat dengan jarinya.
14Dengan tipu muslihat yang menulari hatinya,
dia sentiasa merancang kejahatan, menimbulkan pertengkaran.
15Kerana itu bencana akan datang menimpanya dengan tiba-tiba,
dan sekonyong-konyong sahaja dia akan dihancurkan tanpa dapat dipulihkan lagi.
16Ada enam hal yang dibenci TUHAN,
bahkan tujuh perkara yang menjadi kekejian bagi-Nya:
17Mata sombong, lidah dusta,
tangan yang menumpahkan darah orang tidak bersalah,
18hati yang merancang hal-hal durjana,
kaki yang cepat berlari menuju kejahatan,
19saksi dusta yang bertutur bohong,
dan orang yang menimbulkan perbalahan antara saudara.
Amaran terhadap perzinaan
20Hai anakku, peganglah teguh perintah ayahmu,
dan jangan abaikan ajaran ibumu.
21Tambatkanlah sentiasa semua didikan itu dalam hatimu,
dan kalungkanlah pada lehermu.
22Apabila engkau berjalan, segalanya itu akan memimpinmu,
apabila engkau berbaring, segalanya akan menjagamu,
dan apabila engkau bangun, segalanya akan menyapamu.
23Kerana perintah itu pelita, dan ajaran itu cahaya,
dan teguran yang mendidik adalah jalan kehidupan.
24Dengan demikian, engkau akan terpelihara daripada perempuan yang jahat,
dan daripada pujuk rayu perempuan penzina.
25Janganlah hatimu mendambakan kecantikannya,
jangan biarkan dia menjebakmu dengan kelopak matanya.
26Kerana perempuan lucah
dapat disewa dengan sepotong roti,
tetapi perempuan penzina
memburu nyawa yang berharga.
27Dapatkah seorang lelaki membawa api di dalam dada bajunya,
tanpa api menjilat pakaiannya?
28Jika seseorang berjalan di atas bara,
masakan kakinya tidak terbakar?
29Demikian jugalah orang yang mencabul isteri jirannya.
Sesiapa pun yang menyentuhnya tidak akan lepas daripada hukuman.
30Seorang pencuri tidak dihina jika dia mencuri sesuatu
untuk memuaskan nafsunya ketika dia lapar.
31Tetapi jika tertangkap maka hendaklah dia mengganti tujuh kali ganda,
dan hendaklah dia menyerahkan segala harta benda di dalam rumahnya.
32Tetapi orang yang berzina dengan isteri orang lain memang orang yang tidak berakal budi;
dia membinasakan dirinya sendiri dengan berbuat demikian.
33Yang diperolehnya ialah luka dan aib,
dan celanya tidak terhapuskan.
34Cemburu memang membuat lelaki berang,
dan pada hari pembalasan dia tidak akan berbelas kasihan.
35Dia tidak akan mengendahkan tebusan apa pun,
dan tidak akan menerima pemberianmu sebanyak mana pun.
Currently Selected:
Amsal 6: AVB
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited