Mazmur 17
17
Doa Daud.
1Dengarlah rayuanku memohon keadilan, ya TUHAN;
dengarlah rintihanku.
Dengarlah doaku yang bukan daripada bibir dusta,
2Pertahankanlah kebenaranku dari hadirat-Mu;
semoga mata-Mu melihat apa yang benar.
3Engkau telah menguji hatiku
dan menelitiku pada waktu malam,
Engkau telah mendugaku dan tidak menemui kecelaan;
aku telah berazam memelihara lidahku daripada dosa.
4Perihal perbuatan manusia —
menurut kata-kata yang Engkau ucapkan
aku taat akan perintah-Mu;
aku menjauhi segala jalan orang yang ganas.
5Langkahku tetap di jalan-Mu;
dan kakiku tidak tergelincir.
6Aku menyeru-Mu kerana Engkau akan mendengarku, ya Allah;
dengarlah, dengarlah kata-kataku ini.
7Tunjukkan kasih-Mu yang agung,
dengan tangan kanan-Mu yang menyelamatkan semua yang bernaung kepada-Mu daripada mereka yang cuba meruntuhkan.
8Peliharakanlah aku sebagai kesayangan-Mu;
lindungi aku di bawah naungan-Mu
9daripada orang zalim yang menyerangku,
daripada musuh pemusnah yang mengepungku.
10Mereka telah menutup hati daripada kebaikan,
mereka menuturkan kata-kata angkuh.
11Sekarang mereka mengepungku pada setiap langkah,
mereka merenung sambil menjongkok di bumi.
12Seperti singa yang ingin mengoyak-ngoyak mangsa,
seperti singa muda mengendap di tempat rahsia.
13Bangkitlah, ya TUHAN, hadapi dan tumbangkan musuhku;
selamatkan nyawaku daripada orang zalim dengan pedang-Mu.
14Dengan tangan-Mu, selamatkan aku daripada manusia sebegitu, ya TUHAN,
daripada manusia duniawi yang mengumpul harta dalam hidup ini.
Kaukenyangkan perut mereka yang Kaupelihara;
anak-anak mereka cukup puas,
dan mereka meninggalkan pusaka kepada zuriat.
15Tetapi dalam perbenaran#17:15 Perkataan, “perbenaran” merujuk kepada sifat yang benar, adil, tulus dan tidak bersalah. Oleh sebab Pemazmur itu tidak bersalah, dia akan melihat Tuhan. Lihat Kamus Alkitab bagi keterangan makna perkataan ini. aku akan melihat wajah-Mu;
aku akan bahagia sepenuhnya apabila terjaga di hadirat-Mu.
Currently Selected:
Mazmur 17: AVB
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited