KISAH RASUL-RASUL 11
11
Laporan Petrus kepada Jemaah di Yerusalem
1Rasul-rasul dan pengikut-pengikut Yesus di seluruh Yudea mendengar bahawa orang bukan Yahudi pun sudah menerima firman Allah. 2Apabila Petrus pergi ke Yerusalem, orang Yahudi yang percaya kepada Yesus dan masih berpegang kepada upacara bersunat, mencela Petrus. Mereka berkata, 3“Kamu menumpang di rumah orang bukan Yahudi yang tidak bersunat. Bahkan kamu makan bersama-sama mereka!” 4Oleh itu Petrus memberikan laporan lengkap tentang apa yang sudah berlaku. Dia melaporkan hal itu mulai dari permulaan,
5“Aku sedang berdoa di kota Yope, lalu melihat suatu penglihatan. Aku melihat sesuatu seperti kain lebar diturunkan dari langit, tergantung pada keempat-empat sudutnya, lalu berhenti di sisiku. 6Semasa aku memperhatikan bahagian dalamnya, aku nampak binatang berkaki empat, binatang liar, binatang menjalar, dan burung-burung liar. 7Lalu aku mendengar suara berkata kepadaku, ‘Bangunlah Petrus! Sembelihlah binatang itu dan makanlah!’ 8Tetapi aku menjawab, ‘Tidak, Tuhan! Aku belum pernah makan apa-apa yang haram atau najis.’ 9Suara itu berkata lagi dari langit, ‘Janganlah anggap haram apa yang sudah dinyatakan halal oleh Allah!’ 10Peristiwa itu berulang tiga kali dan akhirnya semuanya terangkat kembali ke langit. 11Pada saat itu juga, tiga orang dari Kaisarea yang diutus kepadaku, tiba di rumah tempat aku#aku; Beberapa buah naskhah kuno: kami. menginap. 12Roh Allah menyuruh aku mengikut mereka dengan tidak ragu-ragu. Enam orang saudara seiman dari Yope, menyertai aku ke Kaisarea, dan kami semua masuk ke rumah Kornelius. 13Kornelius memberitahu kami bahawa dia melihat satu malaikat berdiri di rumahnya dan berkata, ‘Suruhlah orang pergi ke Yope untuk memanggil seorang lelaki bernama Simon Petrus. 14Dia akan menyampaikan berita yang boleh menyelamatkan engkau dan keluargamu.’ 15Apabila aku mula bercakap, Roh Allah datang kepada mereka, seperti yang berlaku kepada kita pada mulanya. 16#Kis 1.5 Kemudian aku teringat bahawa Tuhan pernah berkata, ‘Yohanes membaptis dengan air, tetapi kamu akan dibaptis dengan Roh Allah.’ 17Nyatalah bahawa Allah mengurniai orang bukan Yahudi itu, pemberian yang seperti kita terima pada masa kita percaya kepada Tuhan Yesus Kristus. Siapakah aku ini sehingga cuba menghalang Allah?”
18Apabila mereka mendengar hal itu, mereka tidak mencela Petrus lagi. Lalu mereka memuji Allah dan berkata, “Jika demikian, Allah juga memberikan peluang kepada orang bukan Yahudi untuk bertaubat dan beroleh hidup sejati!”
Jemaah di Antiokhia
19 #
Kis 8.1-4
Pada masa Stefanus dibunuh, orang yang percaya kepada Yesus tercerai-cerai kerana dianiaya. Ada yang lari sampai ke Fenisia, Siprus, dan Antiokhia. Mereka memberitakan perkhabaran daripada Allah kepada orang Yahudi sahaja. 20Tetapi beberapa orang pengikut Yesus yang berasal dari Siprus dan Kirene, pergi ke Antiokhia. Mereka mengkhabarkan Berita Baik tentang Tuhan Yesus kepada orang bukan Yahudi.#orang bukan Yahudi; Beberapa buah naskhah kuno: orang Yahudi yang berbahasa Yunani; atau orang yang berbahasa Yunani. 21Kuasa Tuhan menyertai mereka sehingga banyak orang percaya kepada Tuhan dan mengikut Dia.
22Jemaah di Yerusalem mendengar peristiwa itu. Oleh itu mereka mengutus Barnabas ke Antiokhia. 23Apabila dia tiba di Antiokhia dan melihat Allah memberkati orang di situ, dia bersukacita. Lalu dia menggalakkan mereka semua supaya tetap setia kepada Tuhan dengan sepenuh hati. 24Barnabas seorang yang baik, dikuasai oleh Roh Allah dan sangat percaya kepada Tuhan, dan banyak orang mengikut Tuhan.
25Kemudian Barnabas pergi ke Tarsus untuk mencari Saulus. 26Apabila dia menjumpai Saulus, Barnabas membawa Saulus ke Antiokhia, dan selama setahun mereka berkumpul dengan jemaah di situ sambil mengajar banyak orang. Di Antiokhia, untuk kali pertama pengikut-pengikut Yesus disebut orang Kristian.
27Pada waktu itu, beberapa orang nabi dari Yerusalem datang ke Antiokhia. 28#Kis 21.10 Seorang daripada mereka bernama Agabus. Dia berdiri dan dengan kuasa Roh Allah, Agabus bernubuat bahawa kebuluran yang teruk akan berlaku di seluruh dunia. (Kebuluran itu berlaku pada masa pemerintahan Kaisar Klaudius.) 29Semua pengikut Yesus di situ bersetuju untuk mengirim bantuan kepada saudara-saudara seiman yang tinggal di Yudea; masing-masing akan memberikan bantuan menurut kemampuannya. 30Mereka melakukan hal itu, lalu mengutus Barnabas dan Saulus untuk membawa wang itu kepada pemimpin-pemimpin jemaah.
Currently Selected:
KISAH RASUL-RASUL 11: BMDC
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.