YouVersion Logo
Search Icon

RUT Kata Pengantar

Kata Pengantar
Kisah tentang Rut berlaku pada zaman yang penuh dengan keganasan seperti yang diceritakan dalam kitab Hakim-Hakim. Rut seorang perempuan Moab yang berkahwin dengan seorang lelaki Israel. Setelah suaminya meninggal, Rut menunjukkan kesetiaan yang luar biasa terhadap ibu mentuanya yang berbangsa Israel. Rut juga sentiasa beribadat kepada Allah umat Israel. Akhirnya, Rut berkahwin lagi dengan seorang daripada sanak saudara mendiang suaminya. Melalui perkahwinan yang kedua ini Rut menjadi moyang Raja Daud, raja Israel yang agung.
Kisah-kisah dalam kitab Hakim-Hakim menunjukkan kesukaran yang dialami oleh umat Allah kerana mereka meninggalkan Allah. Sebaliknya, kisah Rut menunjukkan berkat yang dikurniakan Allah kepada seorang bangsa asing yang meninggalkan agamanya lalu percaya kepada Allah Israel. Dengan tindakan Rut itu, dia menjadi anggota umat Allah.
Kandungan
Naomi Balik ke Betlehem Bersama dengan Rut 1.1-22
Rut Bertemu dengan Boas 2.1—3.18
Boas Berkahwin dengan Rut 4.1-22

Currently Selected:

RUT Kata Pengantar: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in