Injil Yahya 5
5
FATSAL V.
1SŬBARMULA kumdian deri pada itu, maka hari raya orang Yahudi pun sampielah; maka Isa pun pŭrgilah kaJerusalem.
2Maka adalah diJerusalem itu dŭkat dŭngan pintu domba suatu kolam, iya itu yang tŭrsŭbut dalam bahasa Ibrani Bethesda, maka adalah padanya itu lima buah bangsalnya.
3Maka dalamnya itu banyaklah orang orang yang sakit tŭrlŭtak, baik orang buta, baik orang tempang, baik chapek mŭnantikan ayer itu bŭrkochak.
4Kŭrna pada sa’suatu masa adalah biasa turon sa’orang Maliekat kŭdalam kolam itu mŭngochakkan ayer itu; maka barang siapa mula mula yang turon kŭdalam kolam itu, kumdian deripada ayer itu bŭrkochak, maka mŭnjadi sŭmbohlah barang pŭnyakitnya.
5Maka adalah disitu sa’orang orang yang tŭlah kŭna sakit tiga puloh dŭlapan tahun lamanya.
6Maka apabila dilihat Isa akan dia tŭrhantar, sŭrta dikŭtahuinya lama sudah iya dalam sakit itu, lalu katanya, Mahukah angkau disŭmbohkan?
7Maka mŭnyahutlah orang yang sakit itu katanya, Tuan, tiada orang padaku supaya dimasokkannya aku apabila ayer itu tŭrkochak; maka sŭmŭntara aku datang orang lain sudah turon tŭrlebih dahulu deripada aku.
8Maka kata Isa padanya, Bangunlah; angkat katilmu itu, bŭrjalanlah.
9Hata maka dŭngan sŭkutika itu juga sŭmbohlah orang itu, lalu diangkatnya katilnya sambil bŭrjalan; adapun hari itu, hari Sabtu adanya.
10¶ Maka sŭbab itu bŭrkatalah orang orang Yahudi pada orang yang tŭlah disŭmbohkan itu, Adapun hari ini hari Sabtu, maka tiada patut angkau mŭmikol katilmu itu.
11Maka disahutnya akan marika itu, Bahwa orang yang tŭlah mŭnyŭmbohkan aku ini juga yang tŭlah bŭrkata kapadaku, Angkatlah katilmu itu lalu bŭrjalanlah.
12Maka bŭrtanyalah marika itu, Orang manakah yang bŭrkata padamu, Angkatlah katilmu lalu bŭrjalanlah.
13Adapun orang yang disŭmbohkan itu tiada iya mŭngŭnal siapakah dia; Kŭrna Isa sudah pŭrgi diam diam, sŭbab tŭrlalu banyak orang ditŭmpat itu.
14Maka kumdian deripada itu bŭrtŭmulah Isa dŭngan dia dalam ka’abah, lalu bŭrkata kapadanya, Bahwa sŭsunggohnya angkau tŭlah disŭmbohkan, maka janganlah lagi angkau bŭrdosa, lamon jangan datang barang pŭrkara yang lebih jahat atasmu pula.
15Maka pŭrgilah orang itu mŭmbri tahu kapada orang orang Yahudi, Bahwa Isalah yang tŭlah mŭnyŭmbohkan dia.
16Maka sŭbab itulah orang orang Yahudi itu mŭngannyayakanlah akan Isa sambil mŭnchari jalan handak mŭmbunoh akan dia, sŭbab dipŭrbuatnya pŭrkara pŭrkara itu pada hari Sabtu.
17¶ Maka sahut Isa pada marika itu, Bahwa Ayahku lagi bŭkŭrja sampie skarang ini, maka aku pun bŭkŭrjalah juga.
18Arkian maka sŭbab itu makin lebihlah orang Yahudi mŭnchari jalan akan mŭmbunoh dia; bahwa bukannya sŭbab iya tŭrsalah pada hukum hari Sabtu sahja, mŭlainkan sŭbab disŭbutnya Allah akan Ayahnya, dan dijadikannya dirinya sama tara dŭngan Allah.
19Maka sahut Isa pada marika itu, Bahwa sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, Tiada dapat dipŭrbuat ulih Anak itu suatu jua pun deripada sŭndirinya jikalau tiada dilihatnya Ayahnya itu bŭrbuat itu: kŭrna barang pŭrkara yang dipŭrbuat ulih Ayah maka dŭmkian juga dipŭrbuat ulih Anak pun.
20Kŭrna Ayah itu mŭngasihi akan Anak itu, lagi ditunjokkannya padanya sagala pŭrkara pŭrbuatannya sŭndiri, dan akan diunjokkannya padanya bŭbrapa pŭkŭrjaan yang lebih bŭsar deripada sŭmua ini, sahingga kamu kŭlak tŭrchŭngang adanya.
21Adapun spŭrti Ayah mŭmbangkitkan orang mati dan mŭnghidopkan dia, maka dŭmkian lagi Anak pun mŭnghidopkan barang siapa yang dikahandakinya.
22Kŭrna Ayah tiada mŭnghukumkan barang sa’orang pun, mŭlainkan disŭrahkannya sagala hukum itu kapada Anak itu.
23Supaya sagala orang mŭnghormati Anak itu, spŭrti iya mŭnghormati Ayah itu; barang siapa yang tiada mŭmbri hormat akan Anak itu, maka sŭrasa iya tiada mŭmbri hormat akan Ayah itu yang tŭlah mŭnyurohkan dia.
24Maka sŭsungguhnya aku bŭrkata padamu, bahwa barang siapa yang mŭnŭngar pŭrkataanku ini, dan pŭrchaya akan dia yang tŭlah mŭnyurohkan aku, maka iya mŭndapat hidop kŭkal, dan tiada iya akan kŭna hukum seksa, mŭlainkan iya sudah bŭrpindah deripada mati kapada hidop.
25Bahwa sŭsungguhnya aku bŭrkata padamu, adapun waktu akan datang, dan skarang ini pun, maka apabila didŭngar ulih orang yang mati akan swara Anak Allah itu, maka orang orang yang mŭnŭngar itu kŭlak hidoplah iya adanya.
26Maka spŭrti Ayah itu mŭmpunyai hidop dalam dirinya, maka dŭmkianlah iya tŭlah mŭmbri pada Anaknya pun mŭmpunyai hidop dalam dirinya.
27Dan lagi tŭlah dibrinya pula kwasa akan mŭnjalankan hukum, sŭbab iyalah Anak manusia adanya.
28Maka janganlah kamu hieran, kŭrna waktunya itu akan datang, sagala orang yang deri dalam kubor akan mŭnŭngar swaranya itu.
29Sŭrta kluar, maka sagala orang yang bŭrbuat baik itu kŭbangkitannya kapada slamat, dan sagala orang yang bŭrbuat jahat itu kŭbangkitannya kapada binasa.
30Maka aku tiada bulih bŭrbuat barang sŭsuatu dŭngan kahandakku sŭndiri, yang spŭrti kudŭngar, dŭmkian kuhukumkan; adapun hukumanku itu adil adanya, kŭrna aku tiada mŭnuntut kahandakku sŭndiri, mŭlainkan kahandak Ayah yang tŭlah mŭnyurohkan aku.
31Adapun jikalau aku mŭnjadi saksi akan diriku sahja, bahwa saksiku itu tiada bŭnar.
32Maka adalah sa’orang lain yang tŭlah mŭnjadi saksi akan daku, maka aku tahu bahwa saksi yang disaksikannya akan daku itu bŭnar adanya.
33Bahwa kamu tŭlah mŭnyurohkan orang kapada Yahya, maka iya tŭlah sudah mŭnjadi saksi atas kŭbŭnaran itu.
34Maka tiada aku mŭnŭrima saksi deripada manusia, mŭlainkan aku mŭngatakan sagala pŭrkara ini, supaya kamu bŭrulih slamat adanya.
35Adapun Yahya itulah dian yang bŭrnyala dan bŭrchahya itu, maka kamu tŭlah bŭrkahandaklah bŭrsuka sukaan barang skutika juga dalam trangnya itu.
36¶ Tŭtapi padaku ada saksi yang tŭrlebih bŭsar deripada yang disaksikan ulih Yahya, kŭrna sagala pŭrbuatan yang tŭlah dipulangkan ulih Ayah kapadaku akan mŭnghabiskan dia; adapun sagala pŭrbuatan yang kupŭrbuat itulah mŭnjadi saksi akan daku: bahwa Ayah itu tŭlah mŭnyurohkan aku.
37Lagi pun Ayah sŭndiri yang tŭlah mŭnyurohkan aku, tŭlah mŭnjadi saksi akan daku; bahwa kamu bŭlom pŭrnah mŭnŭngar swaranya skali pun, atau mŭlihat rupanya.
38Maka adapun pŭrkataannya itu tiada kamu taroh dalam hatimu, kŭrna orang yang disurohkannya itu kamu tiada pŭrchaya.
39¶ Bahwa sŭlideklak kamu akan kitab itu; kŭrna pada sangkamu bulih mŭndapat didop kŭkal deri dalamnya, adapun kitab itulah yang bŭrsaksi iya deri halku.
40Maka kamu tiada juga mahu datang kapadaku, supaya bŭrulih slamat itu.
41Bahwa aku tiada mŭnŭrima hormat deripada manusia.
42Tŭtapi aku mŭngtahui kamu, bahwa tiada kamu mŭnaroh kasih dalam hatimu akan Allah.
43Adapun aku ini tŭlah datang dŭngan nama Ayahku, maka tiada kamu mŭnyambut aku; maka jikalau sŭkiranya sa’orang lain datang dŭngan namanya sŭndiri, nŭschaya kamu sambut dia.
44Bagimanakah kamu orang yang mŭnŭrima hormat sa’orang deripada sa’orang itu bulih pŭrchaya, tŭtapi hormat yang datang deripada Allah sahja tiada kamu mŭnuntut?
45Maka janganlah kamu sangkakan aku handak mŭnudohi kamu kapada Ayah itu; bahwa adapun orang yang mŭnudohkan kamu itu, iya itu Musa yang kamu harap itu.
46Maka jikalau kiranya kamu pŭrchaya akan Musa, dapat tiada kamu pŭrchaya akan daku, kŭrna iyalah yang tŭlah mŭnyuratkan deri halku.
47Tŭtapi jikalau kamu tiada pŭrchaya akan surat suratnya itu, bagimanakah kamu bulih pŭrchaya akan pŭrkataanku?
S'ha seleccionat:
Injil Yahya 5: KEAS
Subratllat
Comparteix
Copia
Vols que els teus subratllats es desin a tots els teus dispositius? Registra't o inicia sessió
First published by the British and Foreign Bible Society in 1866

: