Injil Yahya 6
6
FATSAL VI.
1SŬBARMULA adapun kumdian deripada pŭrkara pŭrkara itu, maka Isa pun mŭnyŭbranglah tasik Galilia, iya itu tasik Tiberia.
2Maka adalah tŭrlalu banyak orang mŭngikot dia, sŭbab dilihat ulih marika itu bŭbrapa mujizat yang diadakannya pada orang orang sakit itu.
3Hata maka Isa pun naiklah ka’atas sa’buah bukit, lalu dudoklah iya disana sŭrta dŭngan murid muridnya.
4Maka hampirlah hari langkah, iya itu hari raya orang Yahudi.
5¶ Adapun apabila Isa mŭngangkat matanya, sŭtlah dilihatnya tŭrlalu banyak orang datang kapadanya, maka bŭrkatalah iya kapada Filipus, Dimanakah bulih kita dapat mŭmbli roti, supaya bulih dimakan ulih sagala orang ini?
6Adapun Isa bŭrkata itu sŭbab handak mŭnchobai dia, kŭrna dikŭtahui ulih Isa sŭndiri apa yang handak dipŭrbuatnya itu.
7Maka sahut Filipus, Dua ratus dinar punya roti tiada akan chukop kapada marika itu, supaya masing masing mŭngambil sa’orang sŭdikit.
8Maka bŭrkatalah sa’orang muridnya kapada Isa, iya itu Andria saudara Simon Petros.
9Bahwa ada kapada sa’orang orang budak disini lima buah roti, dan dua ekor ikan kŭchil, tŭtapi apa bulih jadi kapada orang sŭbanyak ini?
10Maka kata Isa, Surohkanlah dudok orang orang itu. Maka adalah ditŭmpat itu rumput banyak, maka dudoklah orang orang itu adalah kira kira lima ribu orang banyaknya.
11Maka diambil ulih Isa roti itu, sŭtlah sudah iya mŭnguchap shukor, maka dibahgikannya pada murid muridnya, dan murid muridnya pula mŭmbahgi kapada orang orang yang dudok itu, dan ikan ikan itu pun dŭmkianlah sŭbrapa dia orang mahu.
12Sŭtlah kŭnyanglah sagala orang itu, maka kata Isa kapada murid muridnya, Kampongkanlah sagala sisa yang tinggal tinggal itu, supaya jangan hilang suatu pun.
13Maka sŭbab itu dikampongkanlah ulih marika itu; lalu dipŭnohkannya duablas bakol sisa deripada lima buah roti bras Bŭlanda yang tŭrtinggal, lebih deripada marika itu sudah makan.
14Shahadan dŭmi dilihat ulih sagala orang itu akan mujizat yang tŭlah dipŭrbuat ulih Isa itu; maka bŭrkatalah marika itu, Bahwa sŭsunggohnya orang inilah Nabi yang patut datang kŭdalam dunia.
15¶ Maka sŭbab itu apabila dikŭtahui ulih Isa, bahwa marika itu handak datang mŭngambil dia dŭngan krasnya, supaya dijadikannya dia raja; maka kŭmbalilah iya pula ka’atas sa’buah bukit itu sa’orang dirinya.
16Bŭrmula sŭtlah pŭtanglah hari, maka turonlah murid muridnya kŭtasik.
17Lalu naik kapada sa’buah pŭrahu, maka mŭnyŭbranglah marika itu mŭnuju kaKapŭrnaum; maka hari pun gŭlaplah, maka bŭlom juga Isa datang lagi kapada marika itu.
18Hata maka tasek itu pun bŭsarlah ombaknya sŭbab ditiup anging kras itu.
19Adapuu sŭtlah sudah marika itu bŭrdayong dua atau tiga mil jauhnya, maka dilihat marika itu Isa bŭrjalan diatas ayer dalam tasek itu lalu datang mŭnghampiri pŭrahu itu, maka kŭtakotanlah marika itu.
20Maka bŭrkatalah Isa pada marika itu, Aku; janganlah takot.
21Maka disambut marika itu akan dia dŭngan kŭrelaan hatinya masok kŭdalam pŭrahu, maka skutika itu juga pŭrahu itu pun sampielah kŭdarat ditŭmpat yang ditujunya itu.
22¶ Bŭrmula maka pada kaesokkan harinya, apabila dilihat ulih orang banyak yang bŭrdiri disŭbrang pada tŭpi tasik itu, bahwa tiada pŭrahu lain disitu, hanyalah pŭrahu yang dimasokki murid murid Isa itu, tŭtapi Isa tiada bŭrsama sama masok pŭrahu itu dŭngan murid muridnya, mŭlainkan murid muridnya sŭndiri sahja bŭrlayar.
23Tŭtapi ada juga datang pŭrahu lain lain deri Tiberia, dŭkat katŭmpat orang banyak makan roti, iya itu apabila tŭlah diuchap shukor ulih Tuhan.
24Maka sŭbab itu apabila dilihat ulih marika itu skalian tiada Isa disana, dan murid muridnya pun tiada, maka marika itu pun naik pŭrahu, lalu datang ka‐Kapŭrnaum, sŭrta mŭnchari akan Isa.
25Adapun apabila marika itu mŭndapat akan dia disŭbrang tasik itu, maka bŭrkatalah marika itu kapadanya, Rabbi, bilakah angkau datang kŭmari ini?
26Maka sahut Isa kapada marika itu, Bahwa sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, adapun kamu mŭnchari aku ini bukannya sŭbab kamu tŭlah mŭlihat mujizat itu, mŭlainkan sŭbab kamu sudah makan roti itu dŭngan kŭnyangnya.
27Maka janganlah kiranya kamu bŭrlŭlah lŭlah sŭbab mŭncharoti yang fana, mŭlainkan roti yang baka sampie hidop slama lamanya, yang tŭlah dibri ulih Anak manusia kapadamu, kŭrna dialah yang tŭlah dimutriekan ulih Allah Ayah itu.
28Arkian maka bŭrtanyalah marika itu kapadanya, Apakah yang patut kami bŭrbuat, supaya dapat kami mŭngŭrjakan sagala pŭkŭrjaan Allah?
29Maka sahut Isa pada marika itu, Bahwa inilah pŭkŭrjaan yang dikahandaki Allah, maka handaklah kamu pŭrchaya akan orang yang disurohnya itu.
30Maka sŭbab itu bŭrkatalah marika itu padanya, Apakah tandah yang angkau tunjokkan kapada kami yang bulih kami mŭlihat dan pŭrchaya akan dikau, apakah yang angkau kŭrja?
31Adapun nenek moyang kami skalian tŭlah makan maana dipadang bŭlantara spŭrti yang sudah tŭrsurat dalam kitab, Bahwa iya sudah mŭmbri makan pada marika itu roti deri langit.
32Maka bŭrkatalah Isa pada marika itu, Bahwa sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, Musa tiada mŭmbri kapadamu roti deri shorga itu; tŭtapi Ayahku ada mŭmbri padamu roti deri shorga yang bŭtol itu.
33Kŭrna roti Allah iya itulah dia yang turon deri shorga akan mŭnghidopkan isi dunia.
34Sŭtlah itu maka bŭrkatalah marika itu kapadanya, Tuhan brilah kiranya pada kami sŭntiasa roti itu.
35Maka kata Isa pada marika itu, Bahwa aku inilah roti hidop itu, maka barang siapa yang datang kapadaku tiadalah iya akan lapar lagi, dan barang siapa yang pŭrchaya akan daku, tiadalah iya akan dahaga lagi.
36Tŭtapi aku bŭrkata padamu, kamu tŭlah mŭlihat akan daku, maka tiada juga kamu pŭrchaya.
37Sagala orang yang dibri ulih Ayahku akan daku itu nŭschaya datanglah iya kapadaku, maka barang siapa yang datang kapadaku itu, maka skali kali tiada aku mŭnolakkan dia.
38Kŭrna aku turon deri shorga bukannya sŭbab bŭrbuat kahandak diriku, mŭlainkan sŭbab kahandak iya yang tŭlah mŭnyurohkan aku.
39Maka dŭmkianlah adanya kahandak Ayah itu yang tŭlah mŭnyurohkan aku, iya itu sagala orang yang dibrinya padaku itu janganlah sa’orang pun binasa, mŭlainkan patut aku hidopkan pula dia pada hari kumdian.
40Shahadan maka inilah kahandak Ayah yang tŭlah mŭnyurohkan aku itu, Bahwa barang siapa yang mŭngŭnal Anak itu, dan pŭrchaya akan dia, maka iya itu bŭrulih hayat yang kŭkal, maka aku pun kŭlak mŭnghidopkan dia pada hari kumdian.
41Hata maka bŭrsungutlah orang Yahudi akan dia, sŭbab katanya, Bahwa aku inilah roti yang tŭlah turon deri shorga.
42Maka kata marika itu, Bukankah iya ini Isa anak Yusof itu; kami kŭnal ayah bondahnya, maka bagimanakah iya bŭrkata, bahwa aku sudah turon deri shorga?
43Sŭbab itu maka disahut Isa pada marika itu, Janganlah kamu bŭrsungut antara kamu sŭndiri.
44Bahwa sa’orang pun tiada bulih datang kapadaku, jikalau tiada Ayah yang mŭnyurohkan aku mŭnggrakkan dia, maka aku akan mŭnghidopkan dia pula pada hari kumdian.
45Bahwa sudah tŭrsurat dalam kitab nabi nabi, Bahwa sagala marika itu akan diajar ulih Allah; maka sŭbab itu masing masing orang yang tŭlah mŭnŭngar, dan tŭlah blajar deri pada Ayah, nŭschaya datanglah iya kapadaku.
46Bukannya barang sa’orang sudah mŭlihat Ayah itu, mŭlainkan iya yang deripada Allah, maka iyalah yang tŭlah mŭlihat akan Ayah itu.
47Bahwa sungguh sungguh aku bŭrkata padamu, maka orang yang pŭrchaya akan daku, iyalah sudah bŭrulih hidop kŭkal.
48Aku inilah roti hidop itu.
49Adapun nenek moyang kamu tŭlah mŭmakan manna dalam padang bŭlantara, tŭtapi marika itu sudah mati.
50Maka inilah roti yang tŭlah turon deri shorga, supaya orang bulih makan roti itu, maka tiada mati.
51Bahwa aku inilah roti yang mŭnghidopkan yang tŭlah turon deri shorga; maka jikalau barang sa’orang makan deripada roti ini, iya nanti hidop sampie slama lamanya; adapun roti yang kubri, iya itu dagingku, maka iya itu kuhandak bri kŭrna mŭnghidopkan isi dunia.
52Sŭbab itu maka bŭrbantahlah orang Yahudi sa’orang dŭngan sa’orang katanya, Bagimanakah orang ini bulih mŭmbri makan pada kami dagingnya?
53Sŭtlah itu bŭrkatalah Isa pada marika itu, Bahwa sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata kapadamu, jikalau kamu tiada makan daging Anak manusia itu, dan minum darahnya itu, maka tiadalah hayat dalam dirimu.
54Adapun barang siapa yang makan dagingku, dan mŭminum darahku, maka iya tŭlah mŭndapat hidop kŭkal, dan aku akan mŭnghidopkan dia pada hari kumdian.
55Kŭrna dagingku itulah makanan sungguh sungguh, dan darahku itulah minuman sungguh sungguh.
56Maka barang siapa yang mŭmakan dagingku, dan mŭminum darahku itu, iya diam dalam aku, dan aku pun diam dalam dia.
57Maka spŭrti Ayah yang hidop tŭlah mŭnyurohkan aku, dan aku ini hidop deripada Ayah, maka dŭmkianlah adanya orang yang mŭmakan akan daku, iyalah kŭlak hidop deri padaku.
58Maka inilah dia roti itu yang tŭlah turon deri shorga, iya itu bukannya spŭrti nenek moyang kamu yang tŭlah mŭmakan manna, tŭtapi sudah mati, maka orang yang mŭmakan roti ini akan hidop sampie slama lamanya.
59Adapun sagala pŭrkara ini dikatakan ulih Isa dalam kŭnisa, tŭtkala iya mŭngajar diKapŭrnaum.
60Sŭbab itu apabila banyaklah murid muridnya mŭnŭngar itu, maka kata marika itu, Bahwa pŭngajaran ini tŭrlalu kŭras, siapa bulih trima.
61Adapun apabila dikŭtahui Isa dalam hatinya, bahwa murid muridnya itu bŭrsungut sŭbab hal itu, maka bŭrkatalah iya pada marika itu, Adakah pŭrkataan ini mŭndatangkan shak kapada kamu?
62Maka apa lagi jikalau kiranya kamu mŭlihat Anak manusia itu naik katŭmpat asalnya itu?
63Bahwa Roh juga yang mŭnghidopkan, maka daging itu tiada bŭrguna; adapun sagala pŭrkataan yang aku katakan padamu itulah Roh, dan itulah hidop adanya.
64Tŭtapi ada juga orang diantaramu itu yang tiada pŭrchaya. Kŭrna deri mula mulanya tŭlah dikŭtahui Isa mana orang yang tiada pŭrchaya, dan mana orang yang akan mŭnyŭrahka dia.
65Maka katanya, Sŭbab itu aku bŭrkata padamu, bahwa sa’orang pun tiada bulih datang kapadaku, jikalau tiada dikurniakan ulih Ayahku akan dia.
66¶ Maka deripada kutika itu bŭrpalinglah banyak murid muridnya, tiadalah lagi marika itu bŭrsama sama dŭngan dia.
67Maka sŭbab itu bŭrkatalah Isa kapada duablas orang murid muridnya itu, Kamu orang pun handak pŭrgikah?
68Kutika itu maka disahut ulih Simon Petros, Tuhan, kapada siapakah kami akan pŭrgi, Tuhanlah juga yang ada pŭrkataan hidop kŭkal itu.
69Maka kami pŭrchayalah sŭrta dŭngan yakin, bahwasanya angkau inilah Almasih, dan Anak Allah yang hidop itu.
70Maka disahut Isa pada marika itu, Bahwa bukankah aku tŭlah mŭmileh kamu dua blas orang? maka sa’orang deri pada kamu itu iblis adanya.
71Adapun yang dikatakannya iya itu Yudas Iskariot, anak Simon, kŭrna iyalah kŭlak akan mŭnyŭrahkan Isa; maka iya itulah sa’orang dalam duablas orang itu.
S'ha seleccionat:
Injil Yahya 6: KEAS
Subratllat
Comparteix
Copia
Vols que els teus subratllats es desin a tots els teus dispositius? Registra't o inicia sessió
First published by the British and Foreign Bible Society in 1866

: