Kejadian 2
2
Penciptaan manusia lelaki dan perempuan
1Demikianlah diselesaikan penciptaan langit dan bumi serta segala isinya. 2#Kel 20:11.#Ibr 4:4,10. Setelah Allah siap menyelesaikan kerja penciptaan-Nya pada hari ketujuh itu, Dia pun beristirahat#2:2 Juga membawa erti, ‘berhenti’, juga dalam ayat 3. daripada segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya itu. 3Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, kerana pada hari itulah Dia beristirahat daripada segala kerja penciptaan yang telah dibuat-Nya itu. 4Demikianlah riwayat langit dan bumi ketika diciptakan.
Pada masa TUHAN Allah menjadikan bumi dan langit 5belum ada rumpun semak dan belukar apa-apa pun di bumi, belum muncul tumbuh-tumbuhan apa-apa pun di padang, kerana TUHAN Allah, belum menurunkan hujan ke bumi, dan belum ada orang yang mengusahakan tanah itu, 6tetapi dari bumi ada kabus yang naik ke atas lantas membasahi seluruh permukaan bumi.
7 # Keb 15:8,11; 1Kor 15:45. Ketika itulah TUHAN Allah membentuk manusia daripada debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya lalu manusia menjadi makhluk yang hidup.
Adam dan Hawa di Taman Eden
8Selanjutnya TUHAN Allah membuat taman di Eden,#2:8 Eden: Kata ini dlm Bhs Ibr bererti ‘kesenangan.’ di sebelah timur dan di situlah Dia menempatkan manusia yang dibentuk-Nya itu. 9#Why 2:7; 22:2,14.Lalu dari bumi itu TUHAN Allah menumbuhkan setiap jenis pokok. Ada yang menarik untuk dipandang dan yang baik untuk dimakan buahnya, termasuk juga pokok hayat#2:9 Pokok hayat: Jika manusia makan buah pokok ini dia akan hidup terus-menerus (lihat Kej. 3:22). di tengah-tengah taman itu serta pokok pengetahuan#2:9 Pokok yang mendatangkan kebijaksanaan ilahi yang terlarang bagi manusia (lihat Kej. 3:6,22). mengenai perkara yang baik dan yang jahat.
10Sebuah sungai mengalir dari Eden mengairi taman dan dari situ bercabanglah sungai itu menjadi empat batang sungai. 11Sungai yang pertama yang bernama Pison itu mengalir mengelilingi seluruh Tanah Hawila di mana terdapat emas. 12Emas di situ bermutu baik dan ada juga batu permata damar dan oniks. 13Sungai yang kedua yang bernama Gihon, mengalir mengelilingi seluruh Tanah Kush. 14Sungai ketiga yang bernama Tigris pula mengalir di sebelah timur Asyur. Sungai yang keempat ialah Efrat.
15TUHAN Allah mengambil manusia itu dan menempatkannya di dalam Taman Eden untuk mengerjakan serta memelihara taman itu. 16Lalu TUHAN Allah memberikan perintah kepada manusia itu, firman-Nya, “Engkau bebas memakan daripada kesemua pokok di dalam taman ini; 17tetapi jangan engkau makan daripada pokok pengetahuan tentang perkara yang baik dan yang jahat kerana pada hari engkau memakannya, engkau pasti mati.”
18Maka TUHAN Allah pun berfirman, “Tidak baik manusia itu bersendirian. Aku akan menjadikan seorang penolong yang sepadan baginya.” 19Lalu daripada tanah TUHAN Allah membentuk segala binatang di padang dan segala burung di udara dan membawa semua mergastua itu kepada manusia untuk melihat bagaimana manusia itu menamai setiapnya. Apa pun nama yang diberikan manusia itu kepada setiap mergastua dan unggas, itulah yang menjadi namanya. 20Maka manusia itu menamakan segala ternakan, burung-burung di udara, dan segala haiwan di padang, namun begitu, bagi dirinya sendiri manusia itu tiada seorang pun penolong yang sepadan baginya.
21Maka TUHAN Allah membuat manusia itu tertidur dengan lena dan sewaktu itulah Dia mengambil sebatang tulang rusuknya lalu menutup ruang lama tulang itu dengan daging. 22Daripada tulang rusuk yang diambil-Nya daripada manusia itu TUHAN Allah membentuk seorang perempuan lalu membawanya kepada manusia itu. 23Berkatalah manusia itu,
“Ini dia! Tulang daripada tulangku,
dan daging daripada dagingku.
Dia akan dipanggil Perempuan
kerana dia diambil daripada Lelaki.”
24 # Mat 19:5; Mrk 10:7,8; 1Kor 6:16; Ef 5:31. Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka berdua menjadi satu.
25Kedua-dua manusia dan isterinya itu bertelanjang bulat tetapi mereka tidak berasa malu.
נבחרו כעת:
Kejadian 2: AVB
הדגשה
שתף
העתק
רוצים לשמור את ההדגשות שלכם בכל המכשירים שלכם? הירשמו או היכנסו
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited