Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan KOLOSE 3:5

Kasih dan Perkahwinan
5 Hari
Ketika kita memberi perhatian kepada perkahwinan kita dalam konteks Alkitab, kita memberi Allah peluang untuk mengajar kita tentang hubungan kita dan untuk menguatkan hubungan itu. Pelan Bacaan Kasih dan Perkahwinan menggunakan suatu petikan Alkitab yang berkenaan, serta beberapa pandangan, setiap hari, untuk memulakan perbincangan dan perdoaan bersama pasangan anda. Pelan lima-hari ini merupakan pelaburan jangka pendek ke dalam perhubungan seumur hidup anda.

Mengalami Pembaharuan Allah
5 Hari
Menjadi ciptaan yang baru dalam Kristus bermaksud kita diperbaharui secara berterusan melalui-Nya. Allah memperbaharui hati, minda, dan tubuh kita. Dia juga memperbaharui tujuan kita. Dalam pelan bacaan selama 5 hari ini, anda akan mendalami apa yang dinyatakan dalam Firman Allah tentang pembaharuan. Pada setiap hari, anda akan menerima bacaan Alkitab dan renungan ringkas yang akan membantu anda merenungkan cara-cara yang berlainan di mana kita dapat mengalami pembaharuan Allah.

Seks
7 Hari
Seks ada di sekitar kita. Mudah sekali terjatuh ke dalam perangkap melancap, nafsu dan hadas seksual. Allah memanggil kita ke kehidupan yang murni, bersandar pada Roh Suci dan membina kawalan diri. Pelan tujuh-hari ini membimbing anda memijak jalan yang suci dan mencapai piawaian Allah untuk kita. Bacalah petikan-petikan ini bersama seseorang yang anda percayai, kerana akauntabiliti amat penting dalam hal integriti seksual.

Pelan Bacaan Yang Lebih Baik
28 Hari
Apakah anda rasa terbeban, tidak berpuas hati, terperangkap? Inginkah anda memperbaiki kehidupan seharian? Firman Allah adalah panduan ke hari yang lebih cerah. Pelan bacaan ini membantu anda bukan sahaja mencapai hidup yang baik, namun hidup yang lebih baik yang Allah ingin kurniakan kepada anda.