Polisi Privasi YouVersion
Diubah suai terakhir pada 16 November 2025
Sebagaimana yang tercatat dalam polisi di bawah, terjemahan Polisi Privasi dan Terma Penggunaan Bahasa Inggeris akan mengawal hubungan anda dengan YouVersion. Sementara terjemahan Bahasa Inggeris akan mengawal, anda boleh menggunakan alat terjemahan automatik seperti Google Translate untuk melihat dokumen ini dalam bahasa anda. Sebarang semakan terjemahan akan dikemas kini di halaman ini.
Penting: Baca ini Dahulu
Pada tahun 2006, Life.Church mula menerokai beberapa cara untuk membantu orang memanfaatkan teknologi baru untuk mengalami Alkitab dalam cara yang akan membawa kepada perubahan kehidupan. Itu memimpin kami untuk membina Apl Bible YouVersion, salah satu daripada 200 aplikasi percuma yang tersedia ketika Apple melancarkan App Store pada tahun 2008.
Sejak itu, Keluarga Apl YouVersion telah bertambah, tetapi satu hal tetap tidak berubah: setiap produk dan ciri yang disediakan direka bentuk dengan teliti dan sengaja. Apl kami bukan pembaca Alkitab elektronik sahaja—apl kami dicipta untuk membantu anda memupuk hubungan yang lebih mendalam dengan Allah setiap hari, dan berbuat demikian dalam ruang yang selamat bersama dengan orang yang dipercayai.
Anda memilih apa yang anda akses. Anda memilih apa yang dikongsi. Anda memilih orang yang dikongsikan maklumat anda. Data anda milik anda. YouVersion dan Life.Church tidak menjual maklumat anda, kami tidak juga berkongsi maklumat anda dengan pihak lain tanpa persetujuan anda.
Dalam pada itu, setiap produk YouVersion adalah percuma tanpa iklan atau pembelian. Produk kami adalah percuma kepada pengguna individu dan percuma kepada Rakan Kongsi kandungan dan penerbit Alkitab kami. Kami melakukan ini kerana kami tidak mahu wang untuk menghalang orang lain untuk mengalami kuasa Firman Allah.
Bagaimanakah kami membiayai ini? Sebagai misi digital Life.Church, YouVersion disokong oleh belanjawan am Life.Church dan melalui sumbangan Komuniti global kami yang ingin mengambil bahagian dalam misi kami untuk membantu orang menggunakan teknologi demi mendekati Allah setiap hari melalui Alkitab dan mengalami transformasi hidup.
Baca Polisi Privasi ini dengan teliti kerana dokumen ini membincangkan cara kami mengumpul, mengguna, berkongsi, dan memproses maklumat peribadi anda.
Kandungan
- Ringkasan gambaran keseluruhan.
- Definisi
- Maklumat yang Dikumpul dan Cara Pengumpulan
- Teknologi Pengumpulan Data Automatik
- Cara Kami Menggunakan Maklumat Anda
- Pendedahan Maklumat Anda
- Menghapus, Mengakses, dan Membetulkan Maklumat Anda
- Keselamatan dan Perlindungan
- Pemprosesan Data
- Pengumpulan Maklumat Pihak Ketiga
- Pengguna di Luar Amerika Syarikat
- Perubahan kepada Polisi Privasi Kami
- Maklumat Perhubungan
Ringkasan gambaran keseluruhan.
Dengan mengakses YouVersion, anda bersetuju dengan Polisi Privasi dan termanya serta membenarkan data anda dipindahkan dan diproses di Amerika Syarikat. Penggunaan YouVersion anda juga dikawal oleh Terma Penggunaan kami. Baca terma tersebut dengan teliti juga.
Yang berikut ialah ringkasan Polisi Privasi kami, yang meliputi semua produk dan perkhidmatan YouVersion:
Maklumat Peribadi Anda: Bagaimana kami mengumpul, mengguna dan berkongsinya.
Yang berikut ialah gambaran keseluruhan maklumat peribadi yang dikumpul di YouVersion dan tujuan pengumpulan itu. Walau bagaimanapun, perhatikan bahawa pemprosesan maklumat anda bergantung pada maklumat yang anda pilih untuk berikan dan kefungsian perkhidmatan yang anda pilih untuk gunakan. Penerangan yang lebih terperinci tentang pemprosesan maklumat anda tersedia di bawah.
Jenis Maklumat Peribadi | Sifat dan Tujuan Pengumpulan |
|---|---|
Pengecam Peribadi (nama, nama lain, alamat Protokol Internet, alamat e-mel, alamat, nombor telefon dan pengecam yang serupa) | Dikumpul setakat mana yang diberikan oleh anda kepada kami untuk mendaftarkan akaun atau berhubungan dengan akaun anda demi memastikan penggunaan yang betul dan pengesahan akaun anda. Maklumat peribadi anda juga digunakan untuk menghubungi anda berkenaan permintaan anda dan akaun anda serta sebagaimana yang dibincangkan dalam Polisi Privasi kami. |
Pengenalan yang Dikeluarkan oleh Kerajaan (Nombor Keselamatan Sosial, nombor lesen memandu, nombor pasport, dan maklumat yang serupa) | Dikumpul dan diproses setakat mana yang diberikan oleh anda untuk aplikasi pekerjaan atau untuk menjadi sukarelawan demi melakukan pemeriksaan latar belakang juga memproses aplikasi anda. |
Maklumat kewangan (maklumat kad kredit, maklumat perbankan, dan maklumat yang serupa) | Maklumat kewangan yang diberikan kepada kami diproses oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga seperti yang dibincangkan dalam Polisi Privasi kami. |
Internet atau aktiviti rangkaian yang lain (sejarah semakan imbas, sejarah pencarian, maklumat tentang interaksi anda dengan laman web, apl, dan perkhidmatan kami yang lain) | Dikumpul semasa anda menggunakan laman dan perkhidmatan kami untuk memantau dan memastikan pengendalian laman web, apl dan perkhidmatan kami yang betul, untuk memperbaik dan menyesuaikan pengalaman anda seperti yang tersebut, untuk memperbaik, mengubahsuai, dan mengemas kini perkhidmatan dan kandungan kami secara umum, dan untuk menganalisis yang tersebut secara dalaman, dan menyediakan maklumat statistik yang tidak dapat dikenal pasti secara peribadi kepada pihak ketiga. |
Data geolokasi (lokasi atau pergerakan fizikal) | Dikumpul jika anda memilih untuk menggunakan kefungsian berasaskan lokasi perkhidmatan kami, namun, maklumat ini hanya disimpan dalam peranti anda dan tidak disimpan oleh YouVersion. |
Maklumat berhubung profesional atau pekerjaan atau maklumat pendidikan bukan awam | Dikumpul dan diproses setakat mana yang diberikan oleh anda untuk aplikasi pekerjaan atau untuk menjadi sukarelawan demi melakukan pemeriksaan latar belakang juga memproses aplikasi anda. |
Maklumat sensitif (maklumat agama, kewarganegaraan, orientasi seksual, bangsa, status perkahwinan, maklumat berkaitan kesihatan, maklumat genetik dan data sensitif yang serupa) | Penggunaan apl atau perkhidmatan kami tidak mencerminkan apa-apa maklumat sensitif yang khusus, dan kami tidak menghendaki anda untuk memberikan maklumat tersebut untuk menggunakan perkhidmatan kami. Setakat mana anda memilih untuk memberikan maklumat sensitif kepada kami melalui penggunaan perkhidmatan kami, kami hanya akan memproses maklumat tersebut dengan persetujuan anda. |
Maklumat perdagangan (rekod berkaitan dengan harta peribadi anda, produk atau perkhidmatan yang dibeli, diperoleh, atau dipertimbangkan, atau sejarah atau kecenderungan pembelian atau penggunaan yang lain) | Dikumpul dan diproses untuk tujuan sumbangan sahaja dan setakat mana yang diberikan oleh anda semasa menyumbang atau membeli barangan daripada kami. |
Inferens yang kami buat tentang pengguna kami berdasarkan data yang tersedia kepada kami. | Dikumpul semasa anda menggunakan laman dan perkhidmatan kami untuk memperbaik dan menyesuaikan pengalaman anda berhubung dengan perkhidmatan kami dan untuk mencadangkan kefungsian serta perkhidmatan tambahan. |
Cara kami menggunakan data anda untuk menawarkan pengalaman YouVersion yang diperibadikan.
Polisi Privasi ini menggariskan jenis data yang kami kumpul daripada interaksi anda dengan YouVersion, serta cara kami memproses maklumat tersebut untuk meningkatkan pengalaman YouVersion anda. Apabila anda mendaftarkan akaun YouVersion anda atau menggunakan mana-mana aplikasi atau laman kami, maklumat yang kami kumpul adalah untuk tujuan menawarkan pengalaman yang diperibadikan.
Privasi anda dilindungi.
Kami menganggap privasi maklumat yang anda berikan dan yang kami kumpul serius dan kami melaksanakan perlindungan keselamatan yang direka bentuk untuk melindungi data anda seperti yang dibincangkan di bawah. Kami tidak berkongsi data yang mendedahkan maklumat peribadi anda dengan mana-mana pengiklan pihak ketiga atau rangkaian iklan pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan.
Ia ialah pengalaman anda.
Anda boleh memilih cara maklumat peribadi anda diakses, dikumpul, dikongsi, dan disimpan oleh YouVersion, seperti yang dibincangkan di bawah. Anda akan membuat pilihan tentang cara kami menggunakan dan memproses maklumat anda apabila anda mula menggunakan YouVersion dan apabila anda menggunakan kefungsian YouVersion tertentu dan anda juga boleh membuat pilihan tertentu di menu tetapan YouVersion anda atau di https://www.bible.com/settings.
Kami mengalu-alukan soalan dan komen anda.
Kami mengalu-alukan sebarang soalan atau komen anda tentang Polisi Privasi ini dan amalan privasi kami. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen, anda boleh menghubungi kami melalui pos di YouVersion, Attn.: YouVersion Support, 4600 E. 2nd St., Edmond, Oklahoma 73034, atau melalui e-mel di help@youversion.com.
Di mana YouVersion membekalkan anda dengan terjemahan Polisi Privasi dalam bahasa selain Bahasa Inggeris, anda bersetuju bahawa terjemahan yang disediakan hanya untuk kemudahan anda sahaja dan Polisi Privasi versi Bahasa Inggeris akan menentukan hubungan anda dengan YouVersion. Jika terdapat percanggahan antara Polisi Privasi versi Bahasa Inggeris dan terjemahan itu, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
Definisi
Untuk menjadikan dokumen ini mudah dibaca, kami akan menggunakan beberapa trengkas dalam dokumen ini. Sebagai contoh, apabila kami menggunakan "YouVersion", kami memaksudkan:
- Aplikasi mudah alih YouVersion, seperti
- Apl Bible
- Apl Alkitab untuk Kanak-kanak
- Apl Bible Lite
- Bible Loop
- Laman web YouVersion, seperti
- Tawaran, atau aplikasi YouVersion yang lain, seperti
- Platform YouVersion
- Aplikasi penstriman video
- Pembantu suara
Produk YouVersion dimiliki dan dikendalikan oleh YouVersion, Inc., bersama dengan induk, gabungan, dan subsidiarinya, yang akan dirujuk sebagai "YouVersion," atau "kami" dalam polisi ini. Kami membenarkan penggunaan YouVersion oleh pengguna yang tidak berdaftar, yang akan dirujuk sebagai "Pelawat," dan juga pengguna berdaftar, atau "Ahli." Apabila kami merujuk kepada kedua-duanya dalam polisi ini, kami akan menggunakan istilah "Pengguna" atau "anda."
Maklumat yang Dikumpul dan Cara Pengumpulan
Maklumat yang kami kumpul bergantung pada perkhidmatan dan kefungsian yang anda minta. Anda boleh memilih untuk tidak menghantar maklumat peribadi kepada kami; akan tetapi, itu mungkin menghalang kami daripada menyediakan perkhidmatan atau kefungsian YouVersion yang tertentu kepada anda. Maklumat peribadi yang kami kumpul dan tujuan kami menggunakan maklumat tersebut diterangkan di bawah.
Maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami.
Anda tidak perlu mendaftarkan akaun keahlian untuk menggunakan YouVersion. Walau bagaimanapun, akaun keahlian membenarkan kami untuk menyesuaikan YouVersion untuk pengalaman yang diperibadikan. Untuk mendaftarkan akaun Keahlian YouVersion, kami menghendaki anda untuk memberikan nama pertama, nama keluarga, dan alamat e-mel yang sah atau nombor telefon. Kami akan menggunakan maklumat ini untuk mewujudkan akaun anda, mengesahkan identiti anda, dan memberikan anda kebenaran akses setiap kali anda menggunakan YouVersion. Sesudah anda mendaftarkan akaun anda, anda boleh memilih untuk memberikan maklumat berkenaan jantina, umur, laman web, huraian lokasi, biografi yang ringkas, gambar profil, dan maklumat lain seperti Sumbangan Pengguna (seperti yang didefinisikan di bawah). Semua ini, jika diberikan, juga dikaitkan dengan akaun Keahlian anda sehinggalah anda menghapuskan akaun anda atau membuat permohonan agar maklumat tersebut dihapuskan seperti yang dijelaskan di bawah.
Di luar maklumat peribadi yang dikumpulkan untuk mendaftarkan akaun, anda boleh memilih maklumat tambahan yang ingin diberikan kepada kami. Kami mengumpul data peribadi daripada anda apabila anda memberikannya, membuat hantaran, atau memuat naik data di YouVersion. Anda tidak perlu memberikan maklumat tersebut; namun, jika anda tidak memberikannya, ia mengehadkan keupayaan kami untuk memperibadikan YouVersion dan menghalang anda daripada menggunakan YouVersion dengan sepenuhnya. Kefungsian YouVersion khusus yang boleh anda berikan maklumat dan maklumat yang boleh kami proses dibincangkan di bawah.
Sumbangan pengguna anda.
YouVersion membenarkan pengguna untuk menerbit, mengedar, dan memaparkan kandungan tertentu (kami merujuk tindakan ini sebagai "menghantar" dan kandungan itu sebagai "hantaran"). Hantaran boleh dihantar di lingkungan awam YouVersion, laman web, dan akaun media sosial yang anda akses melalui YouVersion, atau dihantar kepada pengguna YouVersion yang lain atau pihak ketiga yang anda pilih untuk hubungi di YouVersion atau platform dan perkhidmatan yang lain. Contohnya, ini termasuk memberikan komen pada hantaran sahabat atau membuat serta berkongsi Imej Ayat. YouVersion juga membenarkan anda untuk membina kandungan tertentu untuk disimpan dalam akaun anda, seperti Nota atau Bookmark ayat Alkitab, sesetengahnya yang juga boleh dihantar untuk kegunaan orang lain. Kami akan memanggil semua kandungan yang dihasilkan oleh anda, sama ada dihantar atau tidak, "Sumbangan Pengguna."
Sumbangan Pengguna anda diproses oleh kami untuk memudahkan keupayaan anda mencipta, mengguna, menyimpan, dan mengedar Sumbangan Pengguna sesuka hati. Kami akan menghubungkan Sumbangan Pengguna anda dengan akaun anda selama anda memilih untuk tidak menghapuskannya. Ingatlah bahawa jika anda mendedahkan maklumat peribadi secara terbuka, sama ada melalui hantaran kolaboratif, media sosial, papan mesej, atau forum awam dalam talian, maklumat ini mungkin dikumpul dan digunakan oleh orang lain.
Derma dan sumbangan.
Sekiranya anda memilih untuk menderma secara sukarela melalui YouVersion atau laman web pihak ketiga yang berhubungan dengan YouVersion, pada masa itu sahajalah anda akan diminta dan dikehendaki untuk memberikan maklumat kad kredit, dan maklumat kewangan lain yang diperlukan untuk memproses transaksi itu. Kami akan mengumpul perintah untuk derma anda, jika diberikan, serta maklumat peribadi seperti nama, alamat, negara, nombor telefon, dan/atau alamat e-mel anda untuk memastikan derma anda digunakan untuk tujuan yang ditetapkan oleh anda dan untuk memberikan anda "Penyata Sumbangan Tahunan" yang menyenaraikan derma anda bagi tujuan pencukaian atau untuk kegunaan peribadi. Kami tidak akan menyimpan atau memproses maklumat kewangan yang diberikan kepada kami dalam talian untuk pemberian derma. Bermula pada tarikh Polisi ini, kami menggunakan Stripe atau PayPal untuk memproses bayaran derma dalam talian anda. Untuk maklumat tentang cara pihak ketiga ini memproses maklumat anda, sila rujuk polisi privasi mereka, di sini: https://stripe.com/privacy; https://www.paypal.com/us/webapps/mpp/ua/privacy-full.
Komunikasi daripada anda kepada kami.
Kami mengumpul maklumat tentang anda apabila anda menghantar, menerima, atau berinteraksi dengan mesej daripada kami, termasuk apabila anda menghantar maklumat peribadi atau permintaan melalui e-mel ke help@youversion.com atau melalui laman web help.youversion.com. Kami menyimpan komunikasi tersebut untuk memproses pertanyaan anda, memberikan respons terhadap permintaan anda, dan memperbaik YouVersion serta perkhidmatan kami. Jika anda ialah seorang Ahli, kami akan menyimpan komunikasi anda dengan kami dalam akaun anda selama Keahlian anda adalah aktif.
Teknologi Pengumpulan Data Automatik
Dengan bersetuju dengan Polisi Privasi kami, anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi yang serupa (contohnya, suar web, piksel, tag, dan pengecam peranti, yang kami rujuk secara kolektif sebagai "kuki") seperti yang dinyatakan dalam polisi ini. Jika anda menggunakan YouVersion tanpa mengubah tetapan pelayar atau tetapan peranti anda untuk melumpuhkan kuki, kami akan menganggap bahawa anda bersetuju untuk menerima penggunaan semua kuki yang diletakkan pada YouVersion.
Kuki dan teknologi lain yang serupa.
Pertama sekali, kami TIDAK menggunakan kuki atau teknologi yang serupa untuk memudahkan iklan berasaskan minat untuk barangan atau perkhidmatan pihak ketiga.
Kami menggunakan kuki untuk mengecam anda dan/atau peranti anda pada, di luar, dan merentas aplikasi Youversion yang berbeza. Kuki membantu memudahkan pengalaman pengguna YouVersion yang sebaik mungkin kerana ia membenarkan kami untuk mengecam anda dan mengekalkan pilihan pengguna anda daripada sesi ke sesi, membantu kami melindungi akaun anda, dan secara umumnya memperbaik kefungsian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan melalui YouVersion. Ia juga membantu kami untuk memastikan bahawa maklumat Ahli digunakan dengan akaun Ahli yang betul.
Kami menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat penggunaan YouVersion anda (termasuk data trafik, data lokasi IP, log, jenis pelayar, bahasa pelayar, kefungsian yang diminta, dan jangka masa permintaan anda), dan data komunikasi yang lain serta sumber yang anda akses, guna, dan cipta di atau melalui YouVersion. Kami menggunakan maklumat ini untuk memberikan pengalaman YouVersion yang disesuaikan bagi anda dan untuk berkomunikasi dengan anda secara lebih efektif. Maklumat ini juga dikumpul untuk menentukan bilangan agregat peranti unik yang menggunakan YouVersion dan/atau bahagian YouVersion, menjejaki jumlah penggunaan, menganalisis data penggunaan, dan memperbaik kefungsian YouVersion bagi semua Pengguna. Kami mungkin menggabungkan maklumat ini untuk menyediakan pengalaman yang lebih baik kepada anda dan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami.
Secara umum, kami menyimpan data yang dikumpul daripada kuki selama 21 hari tetapi kami mungkin menyimpannya untuk tempoh yang lebih panjang jika perlu, misalnya bila dikehendaki undang-undang atau atas sebab teknikal. Walaupun kebanyakan pelayar internet menerima kuki secara lalai, anda boleh mengawal kuki melalui tetapan pelayar anda dan alat yang serupa atau menolak semua kuki sama sekali. Sekiranya anda menolak kuki, anda mungkin tidak dapat mengakses bahagian YouVersion yang tertentu, anda juga melarang kami daripada memberikan kemampuan lengkap YouVersion, dan mungkin melarang penggunaan ciri dan perkhidmatan yang tertentu yang memerlukan teknologi ini.
YouVersion tidak mengawal laman, kandungan, atau aplikasi lain yang dipautkan atau disediakan dari dalam YouVersion atau pelbagai laman serta perkhidmatan kami yang lain, yang disediakan oleh pihak ketiga termasuk pengilang peranti anda, dan penyedia perkhidmatan mudah alih anda. Pihak ketiga ini mungkin menempatkan kuki tersendiri atau fail lain pada komputer anda, mengumpul data, atau mendapatkan maklumat peribadi anda. Maklumat yang mereka kumpul boleh dikaitkan dengan maklumat peribadi anda atau mereka mungkin mengumpul maklumat, termasuk maklumat peribadi, tentang aktiviti dalam talian anda dari masa ke masa dan merentasi laman web, aplikasi, dan perkhidmatan dalam talian yang lain. Pihak ketiga ini mungkin menggunakan maklumat ini untuk menyediakan kandungan yang disasarkan berdasarkan minat (tingkah laku). Kami tidak mengawal teknologi penjejakan pihak ketiga ini ataupun cara ia digunakan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan yang disasarkan, anda harus menghubungi penyedia yang bertanggungjawab secara langsung.
Penyedia atribusi.
Kami mengiklankan YouVersion pada laman pihak ketiga seperti Facebook dan Google serta menggunakan kit pembangunan perisian ("SDK") untuk menganggap sesuatu muat turun YouVersion berpunca daripada iklan yang ditempatkan pada laman pihak ketiga itu. Kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga dan tidak juga membenarkan penyedia perkhidmatan SDK kami untuk menjual maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga ataupun menggunakan maklumat peribadi anda untuk menjual barangan atau perkhidmatan pihak ketiga. Kami mungkin memberikan pihak ketiga ini maklumat terkumpul yang tidak diidentitikan berkenaan iklan yang ditempatkan pada laman mereka dan muat turun YouVersion hasil daripada iklan tersebut.
ID peranti, alamat IP dan akses rangkaian.
Semasa anda mengakses atau meninggalkan laman web YouVersion, kami menerima URL laman web yang baru anda tinggalkan dan yang dilayari seterusnya. Kami juga menerima maklumat tentang pelayan proksi, sistem operasi, pelayar web dan tambahannya, pengecam dan ciri peranti, dan/atau ISP atau pembekal jaringan anda semasa anda menggunakan YouVersion. Kami juga menerima data daripada peranti dan rangkaian anda, termasuk alamat IP anda.
Kami menggunakan alamat IP yang dikumpul daripada pengguna kami untuk memprosesnya dengan maklumat latitud dan longitud awam berhubung dengan Pembekal Perkhidmatan Internet atau penyedia perkhidmatan mudah alih anda demi menentukan dan, dalam sesetengah keadaan, menggambarkan anggaran kawasan geografi setiap penggunaan YouVersion dalam bentuk agregat dan tidak diidentitikan. Maklumat latitud dan longitud ini disimpan lebih kurang tujuh hari untuk tujuan mengesan kerosakan dan diagnostik, tetapi tidak pernah dikaitkan dengan sebarang maklumat tentang anda atau maklumat yang dapat mengenal pasti anda secara peribadi.
Kami juga mengumpul dan menggunakan kebenaran wayarles (atau "WiFi") peranti mudah alih anda untuk menentukan sama ada anda bersambung ke WiFi atau rangkaian selular. Maklumat ini digunakan untuk menyediakan pengalaman pengguna teroptimum dengan menyediakan media dengan resolusi yang lebih tinggi kepada pengguna yang menggunakan sambungan WiFi kelajuan tinggi dan bukannya rangkaian selular. Kebenaran WiFi juga digunakan untuk menghantar kandungan ke Chromecast dan peranti yang serupa. Maklumat ini tidak disimpan atau dikongsi oleh YouVersion.
Cara Kami Menggunakan Maklumat Anda
Kami menggunakan data yang dikumpul tentang anda dan yang diberikan oleh anda serta inferens yang kami buat daripada maklumat tersebut seperti yang berikut:
- Untuk menyediakan, menyokong, dan memperibadikan YouVersion dan kefungsian YouVersion yang anda minta;
- Untuk membuat, mengekalkan, menyesuaikan, dan melindungi akaun YouVersion anda, jika ada;
- Untuk memproses permintaan anda dan menjawab pertanyaan anda;
- Untuk menyediakan maklumat tentang produk atau perkhidmatan yang lain;
- Untuk menjaga keselamatan, sekuriti dan integriti YouVersion dan infrastruktur yang memudahkan penggunaan YouVersion;
- Untuk pembangunan dan analisis dalaman;
- Untuk memenuhi apa-apa tujuan lain yang anda berikannya;
- Untuk menjalankan tanggungjawab kami dan menguatkuasakan hak kami, termasuk hak yang terkandung dalam Polisi Privasi ini dan Terma Penggunaan kami;
- Seperti yang dijelaskan dalam Polisi Privasi ini;
- Dalam apa jua cara lain di mana kami dapat menerangkannya apabila anda memberikan maklumat itu; dan
- Untuk apa-apa tujuan lain dengan persetujuan anda.
Sahabat.
YouVersion membenarkan anda untuk berkomunikasi dan berhubung dengan pengguna YouVersion yang lain untuk berkongsi ayat Alkitab, Sumbangan Pengguna, dan kandungan yang lain. Anda memilih sama ada untuk berkomunikasi atau berhubung dengan ahli lain dan berkongsi maklumat atau Sumbangan Pengguna anda.
Demi memudahkan perhubungan anda dengan Ahli YouVersion yang lain, anda akan diberikan pilihan untuk berkongsi maklumat kenalan yang disimpan di dalam peranti anda dengan kami. Anda tidak perlu berkongsi maklumat ini untuk menggunakan YouVersion atau untuk berhubung dengan mana-mana Ahli yang tertentu. Sekiranya anda memutuskan untuk berkongsi maklumat ini dengan kami, ia hanya akan digunakan untuk cuba menghubungkan kenalan anda dengan Ahli YouVersion yang lain untuk membina hubungan YouVersion yang mungkin dan hanya akan disimpan oleh kami selama anda memiliki akaun Ahli YouVersion. Apabila anda memberikan akses kepada senarai kenalan di dalam peranti anda untuk tujuan cadangan sahabat, pemberitahuan apabila kenalan menyertai YouVersion, atau menghantar jemputan ke YouVersion, maklumat itu disimpan dalam pelayan kami dalam format bercincang untuk tujuan menawarkan anda kefungsian ini.
Ciri yang berkaitan dengan lokasi anda.
Sesetengah ciri YouVersion menggunakan lokasi tepat anda, jika anda memilih untuk berkongsinya, untuk memberikan atau mencadangkan kandungan serta maklumat, seperti membantu anda mendaftar untuk sesuatu acara atau mencadangkan kandungan daripada organisasi yang berdekatan. Kami akan memanggil ini sebagai "ciri berdasarkan lokasi". Untuk menggunakan atau mengakses ciri berdasarkan lokasi, anda diberikan pilihan untuk berkongsi lokasi tepat anda dan, jika anda memilih untuk berbuat demikian, kami akan menggunakan maklumat itu untuk menyediakan ciri berdasarkan lokasi sahaja, disesuaikan dengan pengalaman YouVersion anda dan menganalisis serta mengembangkan produk dan perkhidmatan kami secara dalaman.
Sesudah anda memberikan kami persetujuan buat pertama kalinya, kami akan menganggap bahawa kami telah memperoleh persetujuan anda untuk memproses lokasi anda dalam cara ini sehinggalah anda membatalkan atau mengehadkan persetujuan anda. Anda boleh memilih untuk membatalkan atau mengehadkan persetujuan anda untuk perkongsian lokasi melalui tetapan peranti anda.
Sekiranya anda memilih untuk tidak berkongsi lokasi tepat anda, sesetengah ciri berdasarkan lokasi masih boleh digunakan dengan kefungsian terhad (contohnya, anda masih boleh mencari acara berdekatan secara manual), tetapi ciri lain tidak dapat diakses. Anda masih boleh mengakses dan menggunakan ciri YouVersion yang tidak bergantung pada lokasi.
Kami hanya berkongsi lokasi khusus anda dengan persetujuan anda. Jika anda memilih untuk memastikan maklumat berhubungan dengan lokasi dapat dilihat oleh kawan anda atau orang awam, anda boleh memberikan kami persetujuan eksplisit untuk berkongsi maklumat tersebut dengan orang yang ditentukan oleh anda. Anda boleh mengubah persetujuan ini pada bila-bila masa dalam tetapan apl anda.
Kandungan YouVersion.
Anda memilih sama ada anda mencipta, mengakses, atau menyimpan maklumat dan kandungan YouVersion. Jika anda berbuat demikian, kami akan menyimpannya bersama-sama akaun Keahlian anda.
Kami mengumpul cara anda menggunakan YouVersion dan kandungannya, seperti permintaan doa anda, bab Alkitab dan pelan Alkitab yang anda akses, dan bahasa pilihan anda semasa menggunakan kandungan tersebut. Kami juga mengumpul dan menyimpan Sumbangan Pengguna yang anda hasilkan, seperti bookmark, highlight dan nota. Kami memproses maklumat ini untuk membenarkan anda untuk mengakses dan menggunakan kandungan yang anda hasilkan atau ingin akses melalui setiap sesi YouVersion.
Anda mempunyai pilihan sama ada hendak memuat turun kandungan YouVersion dan Sumbangan Pengguna yang tertentu ke peranti anda. Anda mempunyai pilihan sama ada hendak membenarkan YouVersion untuk mengakses storan peranti anda untuk menambah dan mengubah suai kandungan yang dimuat turun ini. Akses ke storan peranti anda hanya digunakan oleh YouVersion untuk memuat turun kandungan yang diminta ke peranti anda dan untuk menganalisis kandungan tersebut demi memberikan cadangan kepada anda.
Kami mungkin menggunakan maklumat tentang penggunaan YouVersion anda dan inferens yang kami buat (secara manual dan dengan AI) daripada penggunaan itu demi memberikan anda cadangan tentang kandungan YouVersion yang lain. Contohnya, berdasarkan Pelan Alkitab yang telah dilengkapkan, kami mungkin mencadangkan Pelan Alkitab tambahan kepada anda. Anda boleh menarik diri daripada penerimaan cadangan tersebut melalui e-mel, seperti yang dibincangkan di bawah.
Komunikasi daripada kami kepada anda.
Kami berkomunikasi dengan anda melalui pemberitahuan segera, e-mel, pesanan SMS/MMS, atau mesej dalam apl. Jika kami berkomunikasi dengan anda melalui e-mel, biasanya anda boleh membatalkan langganan mesej tersebut melalui pautan tarik diri pelangganan yang disertakan dalam e-mel itu. Anda juga boleh menyesuaikan tetapan pemberitahuan anda pada bila-bila masa dalam menu tetapan Apl YouVersion atau di bible.com/settings. Memberikan nombor telefon anda kepada YouVersion membenarkan kami untuk menghantar pesanan ringkas kepada anda. Kekerapan mesej ini berbeza-beza, dan kadar mesej serta data mungkin dikenakan.
Cadangan dan komunikasi lain.
Kami menggunakan data yang sedia ada tentang anda dan inferens yang kami buat daripada data tersebut untuk mencadangkan kandungan dan kefungsian tertentu serta produk dan perkhidmatan tambahan yang ditawarkan melalui YouVersion. Kami mungkin menggabungkan maklumat yang anda berikan kepada kami dengan maklumat yang kami kumpulkan melalui perkhidmatan dan produk YouVersion yang lain serta inferens yang kami buat daripadanya untuk pembangunan dalaman demi memperbaik kualiti keseluruhan bagi semua perkhidmatan dan produk yang disediakan oleh YouVersion. Kami mungkin juga memberikan cadangan kepada anda tentang perkhidmatan dan produk YouVersion yang lain berdasarkan maklumat yang anda berikan dan yang disimpulkan oleh kami. Kami mungkin menggunakan data yang tersedia tentang anda dan inferens yang kami buat daripada data tersebut untuk menghubungi anda berkenaan peluang berinteraksi yang lain dengan YouVersion. Kami mungkin menghubungi anda melalui pemberitahuan segera, e-mel, telefon atau mesej dalam aplikasi untuk membincangkan cadangan dan peluang tersebut, cara menggunakan YouVersion, dan mesej berita yang lain.
Tinjauan, kajian, dan maklum balas.
Kadang-kadang kami melaksanakan tinjauan dan kajian melalui YouVersion. Kami juga meminta maklum balas anda tentang YouVersion atau kandungan YouVersion yang tertentu. Anda tidak diwajibkan untuk memberikan respons terhadap tinjauan atau kajian, dan anda mempunyai pilihan tentang maklumat yang anda berikan. Disebabkan tujuan tinjauan, kajian dan maklum balas ini berubah-ubah, kami akan menyediakan perincian berkaitan pendedahan dan penggunaan maklumat peribadi berhubungan dengan mana-mana tinjauan, kajian, atau maklum balas sebelum anda memberikan sebarang maklumat.
Isu keselamatan, undang-undang dan teknikal.
Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk menghubungi anda tentang keselamatan akaun, undang-undang, dan isu berhubungan dengan perkhidmatan yang lain. Anda tidak boleh menolak penerimaan mesej tersebut daripada kami. Kami boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk menyiasat, memberikan respons dan menyelesaikan isu berkenaan dengan undang-undang, keselamatan, dan isu teknikal serta aduan, termasuk, bila perlu, tujuan keselamatan atau penipuan yang mungkin, pelanggaran undang-undang atau Terma Penggunaan atau Polisi Privasi ini, atau percubaan untuk mengapa-apakan orang lain; walau bagaimanapun, anda bersetuju bahawa kami tidak diwajibkan untuk mencegah atau mengawasi hal yang disebut di atas.
Notis
Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan notis tentang kejadian keselamatan atau kemungkiran data, dengan: (i) menghantar mesej ke alamat e-mel yang anda berikan (di mana berkenaan); (ii) menyiarkan pada laman YouVersion yang dapat dilihat oleh orang awam atau melalui mesej dalam aplikasi; (iii) melalui media utama seluruh negara; dan/atau (iv) kaedah menelefon, termasuk panggilan dan/atau pesanan ringkas, termasuk yang dihantar secara automatik, termasuk pendail automatik. Kadar piawai bagi pesanan teks dan data mungkin dikenakan oleh penyedia mudah alih anda. Notis yang dihantar melalui e-mel akan berkuat kuasa apabila kami menghantar e-mel itu, notis yang diberikan melalui hantaran kami akan berkuat kuasa sebaik sahaja ia dihantar dan notis melalui pesanan dalam aplikasi berkuat kuasa apabila pesanan itu dihantar, dan notis yang diberikan melalui kaedah menelefon akan berkuat kuasa apabila panggilan itu dibuat. Anda membenarkan penerimaan komunikasi elektronik daripada YouVersion dan penggunaan serta akses anda terhadap perkhidmatan yang disediakan melalui YouVersion. Anda bertanggungjawab mengemas kini alamat e-mel anda dan mana-mana maklumat perhubungan lain yang anda berikan supaya kami boleh berkomunikasi dengan anda.
Analisis dan prestasi.
Kami menganalisis secara dalaman data peribadi yang sedia ada kepada kami dan penggunaan kandungan YouVersion, serta inferens yang kami buat daripada data tersebut, untuk menyediakan dan mengemas kini YouVersion, berkomunikasi dengan anda dan memproses maklumat seperti yang dibincangkan dalam Polisi ini, dan untuk analisis dalaman seperti memerhatikan trend sosial, ekonomi dan geografi berkaitan dengan kandungan YouVersion. Dalam sesetengah keadaan, kami bekerja dengan pihak ketiga yang dipercayai untuk menjalankan penyelidikan ini, di bawah kawalan yang direka bentuk untuk melindungi privasi anda, seperti yang dibincangkan di bawah. Kami mungkin mendedahkan penggunaan kandungan YouVersion dalam bentuk agregat dan maklumat yang tidak diidentitikan dan tanpa nama yang tidak mendedahkan mana-mana pengguna atau maklumat yang dapat mengenal pasti seseorang pengguna itu secara peribadi. Contohnya, kami mungkin menggunakan data anda untuk menghasilkan statistik tentang penggunaan keseluruhan YouVersion di seluruh dunia atau di kawasan geografi yang khusus atau di acara atau lokasi yang tertentu.
Kami juga menggunakan data pengguna tanpa nama dan agregat untuk memasarkan YouVersion, termasuk komunikasi yang mempromosikan akaun Keahlian YouVersion dan perkembangan rangkaian, seperti meraikan jumlah pemasangan YouVersion. Apabila anda melihat statistik yang kami kongsi secara terbuka seperti penggunaan YouVersion global, kami memastikan bahawa data itu dianalisis dan diterbitkan dalam bentuk gabungan, melindungi privasi anda dan melindungi identiti serta maklumat peribadi anda. Kami menggunakan data, termasuk maklumat peribadi yang diberikan oleh pengguna, pengagregatan data pengguna, data yang dikumpul melalui penggunaan YouVersion, maklum balas awam, dan maklumat yang disimpulkan daripada data ini untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan dalaman demi menyediakan pengalaman keseluruhan YouVersion yang lebih baik, mengukur prestasi YouVersion, dan menambahkan penggunaan YouVersion dan ciri-cirinya. Ini dilaksanakan dengan membuat perubahan pada YouVersion yang tersedia secara umum, di samping menghantar mesej kepada pengguna melalui YouVersion untuk mencadangkan kefungsian dan kandungan YouVersion.
Data sensitif.
Dengan memuat turun dan menggunakan YouVersion, kami tidak menganggap bahawa anda mempunyai hubungan agama tertentu atau menyatakan apa-apa kepercayaan agama kepada kami; kami hanya menganggap bahawa anda berminat dengan kandungan yang kami sediakan. Kami tidak menghendaki pengguna untuk memberikan maklumat tentang kepercayaan tersebut ataupun memberikan apa-apa data sensitif yang lain, seperti bangsa, etnik, kepercayaan falsafah, atau kesihatan fizikal atau mental, untuk menggunakan YouVersion atau membuka atau mengekalkan akaun Ahli YouVersion.
Sesetengah ciri yang tersedia melalui YouVersion menggunakan maklumat peribadi yang mungkin mencerminkan kepercayaan agama atau falsafah anda. Sebelum kami mengumpul atau memproses maklumat ini untuk ciri tersebut, kami akan memperoleh persetujuan eksplisit anda. Selain daripada ciri tersebut, anda mengawal kandungan yang anda hasilkan, kongsi, dan simpan melalui YouVersion, dan jika anda memberikan kami maklumat yang sensitif dalam apa-apa kandungan yang anda hasilkan, kongsi, dan simpan, kami akan menganggap bahawa anda mempersetujui pemprosesan maklumat tersebut.
Kami tidak akan menjual maklumat peribadi anda yang sensitif, tetapi kami mungkin perlu berkongsinya dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang membolehkan mereka untuk memperbaik kandungan atau perkhidmatan mereka, membolehkan kami untuk menyediakan ciri apl tertentu, dan pembekal perkhidmatan tersebut dikehendaki merahsiakan maklumat peribadi anda dan hanya menggunakannya untuk memperbaik perkhidmatan mereka atau menyediakan perkhidmatan mereka kepada kami. Kami akan memproses maklumat sensitif yang dikumpul dan inferens yang kami buat daripada maklumat tersebut berdasarkan Polisi Privasi kami dan untuk tujuan membenarkan serta memudahkan penggunaan ciri khusus apl anda, untuk menyesuaikan pengalaman pengguna anda, dan untuk mencadangkan kandungan serta perkhidmatan lain, dan secara dalaman untuk memperbaik perkhidmatan kami. Jika anda memilih untuk memberikan sebarang maklumat sensitif kepada kami, kami boleh menggunakan maklumat itu dengan maklumat tak sensitif yang lain yang telah anda berikan untuk menyediakan pengalaman YouVersion yang lebih peribadi bagi anda dan untuk melaksanakan perkhidmatan serta tindakan yang diminta oleh anda, seperti berkongsi atau menyimpan kandungan yang telah anda hasilkan. Bagaimanapun, YouVersion hanya akan memproses data sensitif yang anda berikan kepada kami untuk aktiviti YouVersion yang sah bagi pihak anda dan hanya berdasarkan terma polisi ini dan apa-apa permintaan tambahan anda tentang maklumat tersebut. Kami juga menyimpan maklumat anda dengan perlindungan yang sesuai sebagaimana yang dibincangkan dalam polisi ini dan juga seperti yang disediakan oleh YouVersion.
Anda berhak membatalkan persetujuan anda untuk pengumpulan dan pemprosesan maklumat peribadi anda yang sensitif dengan melumpuhkan dan menghentikan penggunaan ciri YouVersion yang menggunakan maklumat tersebut atau dengan menghubungi kami melalui pos kepada YouVersion, Attn.: YouVersion Support, 4600 E. 2nd St., Edmond, Oklahoma 73034, atau melalui e-mel ke help@youversion.com; walau bagaimanapun, membatalkan persetujuan anda mungkin menghalang keupayaan kami untuk menyediakan kefungsian tertentu.
Kecerdasan Buatan.
YouVersion menggunakan teknologi kecerdasan buatan ("AI") untuk mensintesis dan memproses maklumat peribadi anda dan maklumat lain yang kami kumpul demi menambah nilai pengalaman pengguna anda dan mengoptimumkan perkhidmatan serta platform yang kami sediakan. Ini termasuk perkara seperti menawarkan ciri yang berguna, membantu kami memahami bagaimana kandungan dan platform kami digunakan, mengesyorkan kandungan untuk pengguna, menolong kami menyokong usaha komuniti, dan penggunaan YouVersion yang betul. Demi mencapai objektif tersebut, AI mungkin memproses maklumat awam, maklumat yang diberikan kepada kami oleh pihak ketiga, maklumat yang anda berikan kepada kami, maklumat yang kami kumpul secara automatik, dan kandungan yang anda hasilkan serta interaksi anda dengan kandungan yang kami sediakan. Walau bagaimanapun, kami tidak menggunakan AI untuk menjana kandungan baru buatan AI.
Kami menggunakan sistem AI yang disediakan oleh pihak ketiga termasuk ciri AI pada peranti anda, juga ciri yang dihasilkan serta dikembangkan oleh YouVersion. Ini termasuk pemprosesan AI yang berlaku pada peranti anda melalui ciri tahap peranti (seperti Apple Intelligence), dalam pelayan YouVersion, atau melalui pembekal AI pihak ketiga. Pada mulanya, model AI kami dilatih berasaskan maklumat daripada tempoh tertentu dan kemudiannya dilatih menggunakan kemas kini kecil yang kerap melalui penggunaan dan pemprosesan maklumat seperti yang dihuraikan dalam Bahagian ini. Yang penting, apabila data terproses AI digunakan untuk melatih, memperhalus, mengembangkan, atau memperbaik model AI, kami menjadikannya data dalaman dan tidak berkongsi data atau model AI itu dengan pihak ketiga.
Selain itu, meskipun AI menolong kami untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada anda, sebarang keputusan yang akan mempengaruhi anda secara ketara dikaji semula atau diselia oleh orang. Anda boleh meminta maklumat lanjut tentang cara proses automatik kami berfungsi dan bagaimana ia mempengaruhi anda. Anda juga boleh meminta kami untuk mengehadkan bentuk maklumat yang kami kumpul dan cara kami memprosesnya seperti yang dijelaskan dalam bahagian "Menghapuskan, Mengakses, dan Membetulkan Maklumat Anda" di bawah. Jika anda mempunyai soalan atau kekhuatiran tentang penggunaan AI kami, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di help@youversion.com atau maklumat lain yang disediakan dalam Bahagian "Maklumat Hubungan" di bawah.
Pendedahan Maklumat Anda
Kami tidak menjual atau berkongsi data peribadi anda dengan mana-mana pengiklan atau rangkaian iklan pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan mereka. Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga demi memproses maklumat seperti yang dijelaskan di atas dan membolehkan kami untuk menyediakan YouVersion, seperti yang dibincangkan di bawah.
Pendedahan bagi pihak anda.
Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi yang kami kumpulkan atau yang diberikan oleh anda seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini untuk memenuhi tanggungjawab kami di bawah Terma Penggunaan kami, untuk apa-apa tujuan di mana anda memberikan maklumat itu, atau untuk apa-apa tujuan lain yang anda minta semasa memberikan maklumat itu, atau untuk apa-apa tujuan lain yang telah dipersetujui anda.
Pendedahan oleh anda.
Apabila anda berkongsi maklumat melalui YouVersion, maklumat itu boleh dilihat oleh anda dan sesiapa sahaja yang anda pilih untuk berkongsi maklumat itu. Jika anda memberikan akses kepada akaun YouVersion anda ke aplikasi dan perkhidmatan lain, berdasarkan persetujuan anda, perkhidmatan tersebut akan mempunyai akses ke maklumat yang dikongsi anda. Penggunaan, pengumpulan, dan perlindungan data anda oleh perkhidmatan pihak ketiga tersebut tertakluk kepada polisi pihak ketiga tersebut.
Pendedahan dalaman.
Kami akan memproses data peribadi anda secara dalaman di YouVersion dan ahli gabungannya untuk membantu menggabungkan maklumat peribadi yang merangkumi aspek YouVersion yang berbeza dan produk serta perkhidmatan kami yang lain untuk menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan kepada anda dan yang berguna kepada anda serta orang lain.
Penyedia perkhidmatan dan lokasi.
Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi yang kami kumpul atau yang diberikan oleh anda seperti yang dijelaskan dalam Polisi Privasi ini kepada kontraktor, penyedia perkhidmatan, dan pihak ketiga lain yang kami gunakan untuk menyokong YouVersion (seperti pengehosan awan, pembekal kuki, penyelenggaraan, analisa, audit, pemasaran luaran, pembayaran, pengesanan penipuan, dan pembangunan), dan untuk menyokong pengoperasian kami (seperti berkomunikasi dengan anda untuk tujuan pekerjaan yang mungkin). Kami mungkin menggabungkan maklumat kami dengan maklumat daripada pembekal perkhidmatan ini untuk memudahkan sokongan mereka. Contohnya, sesetengah platform yang digunakan untuk menghantar e-mel dan pemberitahuan yang disediakan melalui YouVersion dibina dan diuruskan oleh pihak ketiga, maka, sesetengah daripada maklumat anda dihantar secara selamat kepada perkhidmatan tersebut untuk menyediakan kefungsian tersebut. Mereka dapat mengakses maklumat anda bila perlu sahaja untuk melaksanakan tugas tersebut bagi pihak kami dan diwajibkan untuk tidak mendedahkan atau menggunakannya untuk tujuan lain. Kami juga memberikan maklumat dalam bentuk agregat dan tidak beridentitikan berkaitan dengan hubungan pengguna YouVersion dengan pihak ketiga dan acara atau lokasi mereka.
Penyedia kandungan YouVersion.
Kami menggunakan pihak ketiga yang tertentu untuk menyediakan kandungan YouVersion, seperti Pelan Alkitab. Kami tidak kongsi maklumat peribadi pengguna YouVersion dengan pihak ketiga tersebut tanpa persetujuan nyata. Walau bagaimanapun, kami memberikan pihak ketiga ini analisis agregat berkenaan penggunaan kandungan mereka mengikut negara menggunakan data tidak beridentitikan dan tanpa nama.
Keupayaan kami untuk menyediakan versi Alkitab yang berlainan dalam bahasa yang berlainan adalah hasil daripada persetujuan dan tertakluk kepada persetujuan antara kami dan persatuan serta penerbit Alkitab tertentu, yang akan disebut "Penyedia Alkitab YouVersion." Persetujuan pelesenan kami dengan Penyedia Alkitab YouVersion hanya membenarkan kami untuk menyediakan pengguna YouVersion dengan keupayaan memuat turun teks Alkitab tertentu untuk kegunaan luar talian jika kami memberikan nama, alamat e-mel atau nombor telefon, dan negara Pengguna kepada Penyedia Alkitab YouVersion untuk komunikasi masa depan. Sekiranya ini adalah keadaannya dengan teks yang anda ingin muat turun untuk kegunaan luar talian, kami akan (i) berkongsi maklumat ini dengan Penyedia Alkitab YouVersion untuk versi luar talian yang diminta; (ii) berbuat demikian secara sulit dan hanya jika Penyedia Alkitab YouVersion tersebut bersetuju untuk merahsiakan maklumat yang dikongsi itu; dan (iii) memberikan anda penggesa tambahan sebagai peringatan tentang terma ini, yang mesti dipersetujui pada ketika itu demi meneruskan muat turun anda. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan penggesa tambahan ini, anda boleh terus menggunakan versi teks dalam talian itu. Tiada maklumat peribadi anda akan dikongsi dengan mana-mana Penyedia Alkitab YouVersion dan tiada maklumat akan dikongsi sehingga anda bersetuju dengan penggesa kami, yang akan memberikan anda akses untuk memuat turun versi luar talian tersebut. Interaksi anda dengan mana-mana Penyedia Alkitab YouVersion hanyalah antara anda dan Penyedia Alkitab YouVersion tersebut.
Proses perundangan.
Kami mungkin perlu mendedahkan maklumat tentang anda apabila dikehendaki oleh undang-undang, sepina, atau proses perundangan yang lain. Kami mungkin mempertikaikan tuntutan tersebut apabila kami percaya, menurut budi bicara kami, bahawa permintaan itu adalah terlalu luas, kabur, atau kekurangan kuasa yang wajar, tetapi kami tidak berjanji untuk mencabar setiap tuntutan. Kami mungkin mendedahkan maklumat anda jika kami secara jujur mempercayai bahawa pendedahan itu adalah munasabah untuk (i) menyiasat, mencegah, atau bertindak terhadap aktiviti yang disyaki atau sebenarnya menyalahi undang-undang atau untuk membantu agensi penguatkuasa kerajaan; (ii) menguatkuasakan perjanjian kami dengan anda; (iii) menyiasat dan mempertahankan diri daripada mana-mana tuntutan atau dakwaan pihak ketiga; (iv) melindungi keselamatan atau integriti YouVersion; atau (v) menjalankan atau melindungi hak serta keselamatan YouVersion, Pengguna, kakitangan kami, atau orang lain. Kami juga berhak mendedahkan maklumat peribadi anda secara sulit berhubungan dengan penggabungan atau pemerolehan yang mungkin atau sebenar seperti penjualan semua atau sebahagian besarnya aset kami.
Menghapus, Mengakses, dan Membetulkan Maklumat Anda
Cara mengemukakan permintaan anda.
Untuk data peribadi yang kami ada mengenai anda, anda boleh meminta yang berikut:
- Penghapusan: Anda boleh meminta kami untuk memadam atau menghapuskan semua atau sebahagian daripada data peribadi anda. Perhatikan bahawa berbuat demikian mungkin mengehadkan keupayaan anda untuk menggunakan kefungsian YouVersion yang tertentu. Perhatikan bahawa alamat e-mel atau nombor telefon diperlukan untuk memiliki akaun Ahli demi memastikan bahawa kami boleh mengesahkan pengguna yang mungkin untuk akaun tersebut.
- Pembetulan/Pengubahsuaian: Anda boleh menyunting sesetengah data peribadi anda melalui akaun anda atau meminta kami untuk mengubah, mengemas kini, atau membetulkan data anda dalam keadaan tertentu, termasuk jika ia tidak tepat.
- Membantah, atau Mengehadkan atau Menghalang, Penggunaan Data: Anda boleh meminta kami untuk berhenti menggunakan semua atau sebahagian daripada data peribadi anda atau membatasi penggunaan data tersebut oleh kami.
- Hak untuk Mengakses dan/atau Mengambil Data Anda: Anda boleh meminta kami untuk menyediakan salinan atau pendedahan mengenai data peribadi anda yang anda berikan kepada kami.
Undang-undang tertentu mungkin memberikan hak untuk membuat permintaan ini dan permintaan tambahan mengenai maklumat peribadi anda. Sekiranya anda telah memberikan kami maklumat peribadi dan ingin membuat permintaan di bawah undang-undang negeri yang khusus, hantar permintaan anda dengan memasukkan "[Negeri/Negara Anda] Privacy Request" di bahagian perkara melalui e-mel ke help@youversion.com atau melalui pos kepada YouVersion, attn.: YouVersion Support, 4600 E. 2nd St., Edmond, Oklahoma 73034.
Kami meminta agar individu yang membuat permintaan ini memperkenalkan diri dengan sekurang-kurangnya nama, alamat, dan alamat e-mel serta mengenal pasti maklumat yang ingin diakses, dibetulkan, atau dihapuskan sebelum kami memproses sebarang permintaan. Kami mungkin meminta maklumat tambahan untuk mengesahkan identiti pemohon. Kami mungkin menolak untuk memproses permintaan tersebut jika kami tidak dapat mengesahkan identiti pemohon, ataupun jika kami percaya bahawa permintaan itu akan menjejaskan privasi orang lain, melanggar mana-mana undang-undang atau keperluan perundangan, bahawa permintaan itu akan menyebabkan maklumat itu menjadi tidak betul, atau atas sebab perundangan yang serupa.
Kami tidak akan mendiskriminasikan anda kerana menggunakan hak anda di bawah undang-undang yang dapat dikenakan. Kami tidak mengenakan yuran untuk memproses atau memberikan respons terhadap permintaan anda yang dapat ditentusahkan melainkan ia adalah melampau, berulang, atau jelas tidak berasas. Sekiranya kami menentukan bahawa permintaan itu mewajarkan bayaran, kami akan memaklumkan anda sebab kami membuat keputusan tersebut dan memberikan anda anggaran kos sebelum melengkapkan permintaan anda.
Sesetengah maklumat yang telah anda hasilkan, terima, atau gunakan dalam YouVersion mungkin tidak tersedia dalam bentuk yang dapat digunakan di luar YouVersion. Oleh itu, apabila anda meminta salinan maklumat peribadi anda, kami dapat memberikan maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami, seperti nama, alamat, nombor telefon anda dan maklumat seperti itu; akan tetapi, kami mungkin tidak dapat memberikan anda kandungan dan Sumbangan Pengguna yang menggunakan kefungsian YouVersion.
Menghapuskan akaun anda.
Anda boleh menghapuskan akaun YouVersion anda pada bila-bila masa menggunakan tetapan dalam YouVersion; walau bagaimanapun, apabila anda menghapuskan akaun anda, anda akan menghapuskan maklumat yang berkaitan dengan akaun anda seperti Nota, Penanda Buku dan Sumbangan Pengguna lain yang telah anda hasilkan, terima atau kongsi. Jika anda tidak mahu menghapuskan akaun anda atau maklumat ini, tetapi ingin berhenti menggunakan YouVersion buat sementara waktu, anda boleh berhenti menggunakan aplikasi YouVersion dan kami akan mengekalkan akaun anda dan maklumat yang berkaitan dengan akaun anda sehingga anda menyambung penggunaan atau menghapuskan akaun anda, yang mana saja yang duluan.
Sekiranya anda memilih untuk menghapuskan akaun anda atau meminta kami untuk mengubah atau menghapuskan maklumat peribadi anda, kami akan menghapuskan dan membuang maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda dalam cara yang tidak dapat dibalikkan secara elektronik, akan tetapi, kami mungkin menyimpan data peribadi anda jika kami mempunyai hak atau kewajipan undang-undang untuk mengekalkan maklumat tersebut atau untuk memenuhi keperluan peraturan, menyelesaikan pertikaian, mengekalkan keselamatan, mencegah penipuan atau penyelewengan, menguatkuasakan hak kami, atau memenuhi mana-mana permintaan lain daripada anda (contohnya, memilih untuk tidak menerima mesej lanjut atau untuk salinan data anda). Jika tidak, sekiranya anda meminta kami untuk menghapuskan akaun anda, kami akan menghapuskan akaun anda dan semua maklumat berhubungan dengan akaun anda, kecuali untuk statistik beragregat berdasarkan maklumat tidak beridentitikan dan inferens yang kami buat daripadanya (contohnya, kenyataan bahawa anda telah memuat turun YouVersion, tanpa mengenal pasti siapa anda atau menyimpan maklumat peribadi yang berhubungan dengan akaun itu).
Secara umum, penghapusan maklumat dan akaun anda memakan masa tidak lebih daripada 14 hari daripada permohonan anda; walau bagaimanapun, maklumat dalam ingatan cache mungkin memakan masa 30 hari untuk dihapuskan. Perlu diingatkan bahawa kami tidak dapat mengawal maklumat yang telah anda kongsi dengan orang lain melalui YouVersion selepas anda menutup akaun anda atau memohon untuk menghapuskan maklumat atau cuba menghapuskan akaun sendiri. Maklumat dan kandungan yang telah anda kongsi mungkin terus dipaparkan dalam perkhidmatan pihak lain (contohnya, hasil carian enjin carian) sehinggalah mereka menyegar semula cache mereka.
Keselamatan dan Perlindungan
Kami melaksanakan perlindungan keselamatan yang direka bentuk untuk melindungi data anda. Ini termasuk menggunakan penyulitan data anda semasa ia dihantar antara peranti atau pelayar anda dan pelayan kami dan semasa ia tidak digunakan. Data yang diberikan kepada kami melalui YouVersion juga disimpan dalam sistem pengurusan infrastruktur yang diiktiraf berdasarkan ISO 27017, yang bermaksud ia telah diaudit dan didapati mematuhi kehendak piawaian sistem pengurusan ISO 27017, suatu tataamalan antarabangsa yang diiktiraf bagi kawalan keselamatan maklumat untuk perkhidmatan awan.
Walau bagaimanapun, memandangkan sifat komunikasi dan teknologi maklumat, dan bahawa penggunaan internet mempunyai risiko bawaan, walaupun kami sentiasa memantau kegoyahan dan serangan yang mungkin, kami tidak dapat menanggung atau menjamin bahawa maklumat yang diberikan kepada kami melalui YouVersion atau disimpan dalam sistem kami atau sebaliknya, adalah benar-benar bebas daripada pencerobohan yang tidak dibenarkan oleh pihak lain, dan kami juga tidak dapat menanggung atau menjamin bahawa data tersebut tidak boleh diakses, didedahkan, diubah, atau dimusnahkan oleh pelanggaran mana-mana perlindungan fizikal, teknikal, atau pengurusan kami.
Kanak-kanak di bawah umur kebenaran digital.
Kami komited terhadap mematuhi undang-undang data perlindungan kanak-kanak yang terpakai di setiap negara di mana YouVersion tersedia. Umur minimum setiap orang boleh bersetuju secara sah untuk pengumpulan atau pemprosesan data peribadi mereka ("Umur Kebenaran Digital") berbeza-beza mengikut wilayah. Kami tidak mengumpul maklumat peribadi secara sengaja daripada orang yang kami tahu berada di bawah Umur Kebenaran Digital yang terpakai tanpa persetujuan ibu bapa atau penjaga sahnya.
Ibu bapa atau penjaga boleh membenarkan seseorang yang di bawah umur untuk menggunakan akaun YouVersion mereka melalui profil utama ibu bapa atau penjaga tersebut atau profil sekunder pada akaun ibu bapa/penjaga. Sekiranya anda membenarkan anak di bawah umur anda untuk menggunakan akaun anda, anda bertanggungjawab memantau penggunaan YouVersion oleh orang di bawah umur tersebut dan bertanggungjawab terhadap pentafsiran serta penggunaan apa-apa maklumat atau cadangan yang disediakan melalui YouVersion.
Untuk mendaftarkan profil sekunder, anda perlu mengakses akaun anda dengan maklumat Pengguna anda dan anda mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap profil tersebut. Kami tidak memerlukan anda untuk mendedahkan sebarang maklumat yang dapat diidentitikan secara peribadi tentang anak di bawah umur anda demi mendaftarkan profil ini. Semasa menetapkan profil anak di bawah umur anda, anda dikehendaki memberikan "Nama Anak" untuk mengenal pasti akaun tersebut; walau bagaimanapun, nama ini bolehlah apa-apa nama dan anda tidak dikehendaki memberikan nama pertama atau nama keluarga anak di bawah umur anda yang sebenar.
Sekiranya anda mengaitkan maklumat anak di bawah umur anda dengan akaun anda, kami menganggap bahawa anda membenarkan pemprosesan maklumat tersebut berdasarkan polisi ini dan notis privasi dan terma lain yang kami sediakan dari masa ke masa. Jika anda membenarkan anak di bawah umur anda untuk menggunakan YouVersion, kami menganggap bahawa anda membenarkannya dan kami meminta anda untuk membincangkan risiko berkongsi maklumat peribadi melalui Internet dengan anak anda serta meminta mereka untuk menahan diri daripada berkomunikasi dengan mana-mana pihak ketiga atau berkongsi apa-apa maklumat peribadi dengan YouVersion atau pengguna YouVersion. Sekiranya anda rasa kami telah mengumpul apa-apa maklumat daripada atau tentang kanak-kanak bawah umur yang dikenakan Umur Kebenaran Digital tanpa persetujuan yang wajar, sila hubungi kami di help@youversion.com.
Pemprosesan Data
Kami hanya mengumpul dan memproses data peribadi tentang anda atas dasar yang sah dari segi undang-undang. Dasar yang sah dari segi undang-undang termasuk persetujuan (yang diberikan oleh anda), kontrak, dan kepentingan sah yang lain. Kepentingan sah tersebut termasuk perlindungan terhadap anda, kami, Ahli yang lain, dan pihak ketiga; untuk mematuhi undang-undang yang terpakai; untuk membolehkan serta menjalankan proses dalaman kami; untuk mengurus transaksi korporat; untuk memahami dan memperbaik proses dalaman kami dan hubungan pengguna secara umum; mengoperasi, mengoptimum dan mengekalkan YouVersion; mengumpulkan statistik tanpa nama tentang operasi dan penggunaan YouVersion untuk melaksanakan kajian, pembangunan, dan menganalisis penggunaan serta menyediakan, mengekalkan, dan memperbaik kandungan dan kefungsian YouVersion; dan membenarkan kami dan pengguna YouVersion yang lain untuk berhubung dengan anda untuk menukar maklumat, dengan syarat perkara yang disebut di atas melindungi hak dan kebebasan anda dengan secukupnya.
Di mana kami bergantung pada persetujuan anda untuk memproses data peribadi, anda berhak menarik balik atau menolak persetujuan anda dan di mana kami bergantung pada kepentingan yang sah, anda berhak untuk membantah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai dasar yang sah di mana kami mengumpul dan menggunakan data peribadi anda, sila hubungi kami di help@youversion.com.
Melainkan anda menghapuskannya menggunakan YouVersion, secara umumnya kami menyimpan dan memproses maklumat dan Sumbangan Pengguna yang berkaitan dengan akaun anda dan menggunakannya untuk memudahkan kefungsian YouVersion sehingga akaun anda dihapuskan. Anda boleh mengurus, mengubah, dan menghapuskan maklumat dan Sumbangan Pengguna anda menggunakan https://www.bible.com/settings, dengan mengehadkan ciri apl khusus, ataupun dengan menghubungi kami pada alamat surat-menyurat atau alamat e-mel yang diberikan di atas, dan kami akan menggunakan dan memproses maklumat ini untuk menyediakan kefungsian YouVersion yang anda minta sehingga anda menghapuskannya dan selama anda memiliki YouVersion.
Pengumpulan Maklumat Pihak Ketiga
Perlu diingat bahawa YouVersion mungkin mengandungi pautan ke laman web atau aplikasi lain. Anda bertanggungjawab untuk meneliti kenyataan dan polisi privasi laman web lain yang anda pautkan ke atau daripada YouVersion, supaya anda memahami cara laman web tersebut mengumpul, mengguna dan menyimpan maklumat anda. Kami tidak bertanggungjawab atas kenyataan, polisi, atau kandungan privasi laman web atau aplikasi yang lain, termasuk laman web yang anda pautkan ke atau daripada YouVersion. Laman web yang mengandungi penjenamaan bersama (merujuk kepada nama kami dan nama pihak ketiga) mengandungi kandungan yang disediakan oleh pihak ketiga dan bukannya daripada kami.
Sekiranya anda memilih untuk menghubungkan YouVersion dengan laman web, aplikasi, dan perkhidmatan atau profil anda yang lain dengan aplikasi pihak ketiga, anda akan memilih untuk memberikan data peribadi yang disimpan dalam aplikasi tersebut kepada YouVersion. Contohnya, anda boleh memulakan akaun Keahlian YouVersion yang baru dengan menghubungkan akaun Facebook anda dengan YouVersion, memberikan maklumat peribadi yang anda pilih untuk kongsi melalui Facebook kepada YouVersion. Apabila anda berbuat demikian, kami menerima nama pengguna Facebook anda atau nama pengguna media sosial lain yang berkaitan berserta maklumat yang anda benarkan untuk dikongsi. Kami juga membenarkan aplikasi pihak ketiga yang lain untuk akses kefungsian YouVersion tertentu dan aplikasi tersebut membenarkan anda untuk log masuk atau mengakses YouVersion daripada aplikasi tersebut. Apabila anda berbuat demikian, anda kongsi maklumat peribadi dengan kami dan pembekal aplikasi pihak ketiga tersebut, dan aplikasi pihak ketiga tersebut mungkin juga menggunakan atau memproses maklumat peribadi anda yang kami miliki dan yang anda pilih untuk kongsi demi mengakses akaun YouVersion anda. Oleh itu, anda harus mengkaji semula polisi privasi pihak ketiga tersebut berkenaan cara mereka menggunakan, berkongsi dan memproses maklumat peribadi. Seperti yang dinyatakan di atas, laman pihak ketiga yang anda hubungkan dengan laman kami mungkin mengumpul maklumat menggunakan teknologi automatik seperti kuki. Kami tidak dapat mengawal pengumpulan dan penggunaan tersebut, kerana ia tertakluk pada polisi privasi pihak ketiga tersebut. Anda boleh membatalkan hubungan atau pautan dengan akaun serta aplikasi pihak ketiga yang log masuk atau berhubung dengan YouVersion dengan mengubah suai tetapan anda dalam aplikasi masing-masing.
Pengguna di Luar Amerika Syarikat
YouVersion ditawarkan dari Oklahoma yang terletak di Amerika Syarikat dan penggunaan YouVersion anda dan Polisi Privasi ini ditadbir oleh undang-undang Amerika Syarikat dan Negeri Oklahoma. Jika anda menggunakan YouVersion di luar negeri atau negara ini, sila ambil perhatian bahawa maklumat anda boleh dihantar ke, disimpan, dan diproses di Amerika Syarikat di mana pelayan kami ditempatkan dan pangkalan data utama kami dikendalikan. Kami memproses data di dalam dan di luar Amerika Syarikat dan bergantung pada komitmen kontraktual antara kami dan syarikat yang memindahkan data peribadi yang memerlukan perlindungan dan keselamatan data tersebut. Perlindungan data dan undang-undang lain Negeri Oklahoma, Amerika Syarikat, dan negara lain mungkin tidak selengkap perlindungan data di negara anda. Dengan menggunakan YouVersion, anda mengizinkan pemindahan maklumat anda ke kemudahan kami dan ke kemudahan pihak ketiga yang kami kongsikan maklumat, sebagaimana yang dijelaskan dalam Polisi Privasi ini.
Perubahan kepada Polisi Privasi Kami
Kami mungkin mengemas kini Polisi Privasi dari masa ke masa untuk mencerminkan perubahan amalan kami. YouVersion mencari cara yang baru dan yang lebih baik secara konsisten untuk menyediakan YouVersion dan menambahkan penglibatan. Apabila kami memperbaik YouVersion, ia mungkin memaksudkan pengumpulan data yang baru atau cara penggunaan data yang baru. Disebabkan YouVersion bersifat dinamik, dan kami terus berusaha untuk menyediakan ciri baru, kami mungkin perlu mengubah cara mengumpul dan memproses maklumat kami. Jika kami mengumpul data peribadi yang amat berbeza atau banyak mengubah cara kami menggunakan data anda, kami akan mengemas kini Polisi Privasi ini.
Kami akan menghantar sebarang perubahan pada Polisi Privasi kami di halaman ini. Sekiranya kami membuat perubahan yang amat berbeza mengenai cara kami memproses maklumat peribadi pengguna kami, kami akan memberikan notis bahawa Polisi Privasi telah dikemas kini. Tarikh terakhir Polisi Privasi dikemas kini dinyatakan di permulaan Polisi. Anda bertanggungjawab untuk memastikan kami mempunyai alamat e-mel atau nombor telefon terkini anda yang aktif, dan untuk melihat kembali Polisi Privasi ini dari masa ke masa untuk menyemak sebarang perubahan.
Versi yang diarkibkan.
Maklumat Perhubungan
Untuk bertanya soalan atau memberikan komen tentang Polisi Privasi ini dan amalan privasi kami, anda boleh menghubungi kami di: YouVersion, Attn.: YouVersion Support, 4600 E. 2nd St., Edmond, Oklahoma 73034; atau di help@youversion.com.