Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan EFESUS 3:20-21

KEHIDUPAN BERDOA
5 hari
Doa adalah nafas kehidupan bagi setiap orang percaya. Kita berdoa bukan hanya kerana kita memerlukan sesuatu daripada Tuhan. Tetapi biarlah doa itu menjadi sebahagian daripada kehidupan rohani setiap orang percaya. Renungan ini akan memberi gambaran bagaimana kita boleh berdoa setiap masa di dalam hidup kita.

Mengapakah Allah Mengasihi Saya?
5 Hari
Soalan: Semua orang mempunyai pertanyaan tentang Allah. Disebabkan budaya kita yang terdorong oleh perbandingan, salah satu soalan kita yang paling peribadi adalah, "Mengapakah Allah mengasihi saya?" Ataupun, "Bagaimanakah Allah mungkin mengasihi saya?" Sepanjang pelan ini, anda akan meneliti 26 petikan Alkitab—setiap satunya berbicara tentang kebenaran kasih Allah yang tidak bersyarat untuk anda.

Melepaskan Diri Daripada Pembandingan Renungan 7 Hari Oleh Anna Light
7 Hari
Anda sedar bahawa Allah memberikan anda hidup yang berkelimpahan berbanding dengan kehidupan semasa anda, tetapi malangnya pembandingan menghalang anda daripada maju ke tahap seterusnya. Dalam pelan bacaan ini, Anna Light membongkar wawasan yang akan menghancurkan batas pembandingan terhadap keupayaan anda, dan membantu anda untuk menjalankan kehidupan yang bebas dan berkelimpahan yang telah disediakan oleh Allah bagi anda.

Apakah Itu Kasih Sejati?
12 Hari
Setiap orang ingin mengetahui apakah sebenarnya kasih. Namun, hanya segelintir orang yang melihat apa yang dikatakan Alkitab tentang kasih. Kasih merupakan salah satu tema utama Alkitab dan sifat murni kehidupan Kristian yang paling penting. Pelan daripada Thistlebend Ministries ini meneroka makna alkitabiah kasih dan cara untuk lebih mengasihi Allah dan orang lain.

21 Hari Sehingga Kelimpahan
21 hari
Dalam pelan YouVersion 21 Hari Sehingga Kelimpahan ini, Jeremiah Hosford akan membawa pembaca untuk perjalanan 3 minggu untuk mengosongkan diri daripada diri sendiri, dipenuhi dengan Roh Kudus, dan menjalankan hidup yang dipenuhi Roh dan kelimpahan. Sudah tiba masanya untuk berhenti hidup secara biasa dan mula menjalankan hidup yang kelimpahan!