Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan EFESUS 6:14

Yesus: Panji Kemenangan Kita
7 Hari
Semasa meraikan hari Paskah, kita merayakan kemenangan terbesar dalam sejarah. Melalui kematian dan kebangkitan Yesus, Dia mengalahkan kuasa dosa dan kubur, dan semua kesan sampingannya, untuk selama-lamanya dan Dia memilih untuk berkongsi kemenangan itu dengan kita. Pada minggu Paskah ini, marilah kita menyelidiki beberapa benteng pertahanan yang telah ditawan-Nya, merenungkan pertempuran yang diperjuangkan-Nya bagi kita, dan memuji-Nya sebagai Panji Kemenangan kita.

Alkitab Itu Hidup
7 Hari
Dari awal dunia, Firman Allah memulihkan hati dan fikiran dengan aktif—dan Dia belum siap lagi. Dalam Pelan 7 hari yang istimewa ini, marilah meraikan kuasa pengubahan hidup Alkitab dengan meneliti bagaimana Allah menggunakan Alkitab untuk memberikan kesan terhadap sejarah dan mengubah hidup di seluruh dunia.

Iman
12 Hari
Apakah melihat adalah percaya? Ataupun mempercayai adalah melihat? Ini adalah persoalan tentang iman. Pelan ini menawarkan pengajian mendalam akan iman—daripada kisah orang sebenar dalam Perjanjian Lama yang menunjukkan iman berani dalam situasi yang mustahil kepada ajaran Yesus tentang subjek ini. Melalui pembacaan anda, anda akan didorong untuk memperdalamkan hubungan anda dengan Allah dan menjadi pengikut Yesus yang lebih taat.

Tuhan Dalam Kawalan
30 hari-hari
Apakah yang dimaksudkan dengan mempercayai Tuhan dengan sepenuh hati? Bulan yang akan datang ini, anda dijemput untuk menjalani kebenaran yang tidak tergoyahkan ini: Tuhan berada dalam kawalan dan layak mendapat kepercayaan penuh anda. Dari penciptaan hingga salib, dari keperluan harian hingga ujian hidup, anda akan belajar untuk berehat dalam kedaulatan-Nya, percaya pada anugerah-Nya, dan berjalan dalam ketentuan-Nya. Setiap hari akan memanggil anda untuk menukar ketakutan dengan iman, kemandirian dengan penyerahan diri, dan keraguan dengan kepercayaan pada watak Tuhan.