Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan EFESUS 6:18

Betulkah Saya Boleh Mengatasi Dosa dan Cubaan?
5 Hari
Pernahkah anda menanya diri, "Mengapa saya masih bergelut dengan dosa?" Rasul Paulus pun menyatakannya dalam Roma 7:15: "Perkara-perkara yang ingin aku lakukan, tidak aku lakukan; tetapi perkara-perkara yang aku benci, itulah yang aku lakukan." Bagaimanakah kita menghalang dosa daripada menghalang kehidupan rohani kita? Mungkinkah? Marilah berbincang tentang dosa, cubaan, Iblis, dan syukurlah, kasih Allah.

Yesus: Panji Kemenangan Kita
7 Hari
Semasa meraikan hari Paskah, kita merayakan kemenangan terbesar dalam sejarah. Melalui kematian dan kebangkitan Yesus, Dia mengalahkan kuasa dosa dan kubur, dan semua kesan sampingannya, untuk selama-lamanya dan Dia memilih untuk berkongsi kemenangan itu dengan kita. Pada minggu Paskah ini, marilah kita menyelidiki beberapa benteng pertahanan yang telah ditawan-Nya, merenungkan pertempuran yang diperjuangkan-Nya bagi kita, dan memuji-Nya sebagai Panji Kemenangan kita.

Iman
12 Hari
Apakah melihat adalah percaya? Ataupun mempercayai adalah melihat? Ini adalah persoalan tentang iman. Pelan ini menawarkan pengajian mendalam akan iman—daripada kisah orang sebenar dalam Perjanjian Lama yang menunjukkan iman berani dalam situasi yang mustahil kepada ajaran Yesus tentang subjek ini. Melalui pembacaan anda, anda akan didorong untuk memperdalamkan hubungan anda dengan Allah dan menjadi pengikut Yesus yang lebih taat.