1
1 Korintus 2:9
Alkitab Versi Borneo
Sebagaimana telah tersurat: “Apa yang belum pernah dilihat oleh mata, atau didengar oleh telinga, atau timbul dalam hati manusia, itulah yang disediakan Allah untuk mereka yang mengasihi-Nya.”
Bandingkan
Selidiki 1 Korintus 2:9
2
1 Korintus 2:14
Orang jasmani yang tidak mempunyai Roh tidak dapat menerima hal-hal daripada Roh Allah, kerana dia menganggap hal-hal itu kebodohan semata-mata, dan dia tidak dapat memahaminya, disebabkan hal-hal itu hanya dapat dinilai secara rohani.
Selidiki 1 Korintus 2:14
3
1 Korintus 2:10
Akan tetapi kepada kita, Allah menyatakannya melalui Roh-Nya, kerana Roh itu yang menyoroti segala-galanya, termasuk rahsia Allah yang paling dalam.
Selidiki 1 Korintus 2:10
4
1 Korintus 2:12
Kita tidak menerima roh dunia ini. Kita menerima Roh daripada Allah agar mengetahui segala kurnia Allah kepada kita.
Selidiki 1 Korintus 2:12
5
1 Korintus 2:4-5
Dan perkhabaran serta pengajaranku tidak disampaikan dengan kata-kata hikmah yang meyakinkan. Sebaliknya aku menyampaikannya secara menunjukkan kuasa Roh. Dengan demikian, imanmu bukanlah berasaskan kebijaksanaan manusia, tetapi berasaskan kuasa Allah.
Selidiki 1 Korintus 2:4-5
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video