1
1 Yohanes 4:18
Alkitab Versi Borneo
Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna menghilangkan segala rasa takut kerana ketakutan ada kaitan dengan hukuman. Dengan demikian, orang yang takut belum mengenal kasih yang sempurna.
Bandingkan
Selidiki 1 Yohanes 4:18
2
1 Yohanes 4:4
Namun demikian, anak-anakku, kamu milik Allah. Kamu telah menewaskan nabi-nabi palsu itu, kerana roh yang ada padamu lebih berkuasa daripada roh yang ada di dalam dunia.
Selidiki 1 Yohanes 4:4
3
1 Yohanes 4:19
Kita mengasihi sesama manusia kerana Tuhan terlebih dahulu mengasihi kita.
Selidiki 1 Yohanes 4:19
4
1 Yohanes 4:7
Saudara-saudara yang kukasihi, marilah kita kasih-mengasihi kerana kasih itu datang daripada Allah. Sesiapa yang kasih-mengasihi lahir daripada Allah dan mereka mengenal Allah.
Selidiki 1 Yohanes 4:7
5
1 Yohanes 4:8
Sesiapa yang tidak mengasihi sesama manusia tidak mengenal Allah kerana Allah itu kasih.
Selidiki 1 Yohanes 4:8
6
1 Yohanes 4:10
Demikianlah kasih: bukannya kita mengasihi Allah tetapi Allah mengasihi kita lalu menghantar Anak-Nya sebagai korban pendamaian bagi dosa kita.
Selidiki 1 Yohanes 4:10
7
1 Yohanes 4:11
Saudara-saudara yang kukasihi, Allah amat mengasihi kita, maka haruslah kita kasih-mengasihi.
Selidiki 1 Yohanes 4:11
8
1 Yohanes 4:9
Begitu kasihnya Allah kepada kita sehingga Dia menghantar Anak-Nya yang tunggal ke dunia supaya melalui-Nya kita mendapat hidup yang kekal.
Selidiki 1 Yohanes 4:9
9
1 Yohanes 4:20
Jika sesiapa berkata, “Aku mengasihi Allah,” tetapi dia benci akan saudaranya, dia seorang pendusta. Jika dia tidak mengasihi saudaranya yang dapat dilihatnya, betapa dia mengasihi Allah yang tidak dapat dilihatnya?
Selidiki 1 Yohanes 4:20
10
1 Yohanes 4:15
Sesiapa yang mengakui Yesus itu Anak Allah, nescaya Allah tetap di dalam orang itu dan dia pun di dalam Allah.
Selidiki 1 Yohanes 4:15
11
1 Yohanes 4:21
Kristus telah memberi kita perintah ini: Sesiapa yang mengasihi Allah mesti mengasihi saudaranya juga.
Selidiki 1 Yohanes 4:21
12
1 Yohanes 4:1-2
Saudara-saudara yang kukasihi, jangan percayai setiap roh. Sebaliknya ujilah setiap roh itu sama ada datang daripada Allah kerana terdapat ramai nabi palsu telah menjelajah ke seluruh dunia. Untuk memastikan sama ada roh itu Roh Allah, inilah caranya: Jika roh itu mengakui bahawa Yesus Kristus telah datang ke dunia sebagai manusia, maka roh itu datang daripada Allah.
Selidiki 1 Yohanes 4:1-2
13
1 Yohanes 4:3
Tetapi jika roh itu menolak hakikat tentang Yesus ini, nyatalah roh itu bukan daripada Allah tetapi daripada dajal, penentang Kristus. Kamu sudah mendengar bahawa roh itu akan muncul. Sekarang roh itu sudah pun ada di dunia ini.
Selidiki 1 Yohanes 4:3
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video