Kata Salomo, “Engkau telah menunjukkan kasih yang besar kepada hamba-Mu Daud, ayahku, kerana dia hidup di hadirat-Mu dengan setia, benar, dan tulus hati. Engkau telah meneguhkan kasih yang besar ini baginya dengan mengurniakannya seorang anak yang duduk di atas takhtanya, sebagaimana nyata pada hari ini.