Yonatan berkata kepada Daud, “Pergilah dengan selamat, kerana kita berdua telah bersumpah demi nama TUHAN, ‘TUHAN akan ada antara aku dengan engkau, dan antara keturunanku dengan keturunanmu untuk selama-lamanya.’ ” Sesudah itu Daud bergegas pergi manakala Yonatan kembali ke kota.