Akan tetapi, raja berkata kepada Arauna, “Jangan begitu, kerana aku mahu membelinya daripada kamu dengan harga yang layak. Aku tidak mahu mempersembahkan korban bakaran kepada TUHAN, Allahku secara percuma.” Maka Daud membeli tempat pembantingan bijirin itu dengan lembu-lembunya pada harga lima puluh syikal perak.