1
Ulangan 4:29
Alkitab Versi Borneo
AVB
Di sana pula kamu akan mencari hadirat TUHAN, Allahmu, dan kamu akan tetap menemui-Nya, asalkan kamu mencari hadirat-Nya dengan sepenuh hatimu dan dengan sepenuh jiwamu.
Bandingkan
Selidiki Ulangan 4:29
2
Ulangan 4:31
TUHAN, Allahmu, sememangnya Allah Yang Maha Penyayang. Dia tidak akan membuat kamu terlantar atau memusnahkan kamu. Dia tidak akan melupakan perjanjian dengan nenek moyangmu yang dibuat-Nya atas sumpah kepada mereka.
Selidiki Ulangan 4:31
3
Ulangan 4:24
TUHAN, Allahmu, adalah api yang menghanguskan, Allah yang cemburu.
Selidiki Ulangan 4:24
4
Ulangan 4:9
Hanya, berhati-hatilah dan jagalah dirimu baik-baik. Jangan sampai kamu lupa akan hal-hal yang telah kamu lihat dengan matamu sendiri, dan jangan sampai semua itu lenyap daripada hatimu seumur hidupmu. Ceritakanlah kepada anak cucumu
Selidiki Ulangan 4:9
5
Ulangan 4:39
Oleh sebab itu ketahuilah pada hari ini dan pahatlah dalam hatimu bahawa TUHAN ialah Allah yang ada di syurga, di atas, dan yang ada di bumi, di bawah. Tidak ada yang lain.
Selidiki Ulangan 4:39
6
Ulangan 4:7
Bangsa besar manakah yang mempunyai tuhan yang sedemikian dekat kepada mereka seperti TUHAN, Allah kita dekat kepada kita bila-bila sahaja kita berseru kepada-Nya?
Selidiki Ulangan 4:7
7
Ulangan 4:30
Dalam kesengsaraan kamu itu, ketika segala hal itu menimpamu pada kemudian hari, kamu akan kembali kepada TUHAN, Allahmu, dan akan mematuhi-Nya.
Selidiki Ulangan 4:30
8
Ulangan 4:2
Jangan tambah ataupun kurangkan perkataan yang kusampaikan kepadamu. Dengan demikian, kamu berpegang teguh pada perintah-perintah TUHAN, Allahmu, yang kusampaikan kepadamu.
Selidiki Ulangan 4:2