1
Pengkhutbah 9:10
Alkitab Versi Borneo
Usahakan dengan segala daya upaya apa-apa sahaja yang dikerjakan tanganmu kerana di alam kubur yang kamu tuju kelak tidak ada pekerjaan, perancangan, pengetahuan dan hikmah.
Bandingkan
Selidiki Pengkhutbah 9:10
2
Pengkhutbah 9:11
Satu lagi yang kulihat di bawah matahari ialah perlumbaan tidak dimenangi baik oleh pelari yang pantas mahupun perjuangan diungguli mereka yang terkuat. Begitu jugalah tidak semestinya rezeki untuk yang bijaksana atau kekayaan untuk mereka yang bestari. Begitu juga kelebihan bukan khusus bagi kalangan yang mahir kerana masa dan nasib dialami mereka semua.
Selidiki Pengkhutbah 9:11
3
Pengkhutbah 9:9
Nikmatilah hidup dengan isteri yang kamu kasihi sepanjang kesia-siaan hidupmu yang dianugerahkan Allah kepadamu di bawah matahari. Itulah bahagianmu dalam hidup dan dalam usaha jerih payahmu selama ini di bawah matahari.
Selidiki Pengkhutbah 9:9
4
Pengkhutbah 9:7
Maka makanlah rotimu dan minumlah air anggurmu dengan riang kerana Allah sudah pun berkenan dengan perbuatanmu.
Selidiki Pengkhutbah 9:7
5
Pengkhutbah 9:18
Hikmah lebih baik daripada segala alat peperangan tetapi seorang pendosa memusnahkan banyak kebaikan.
Selidiki Pengkhutbah 9:18
6
Pengkhutbah 9:17
Kata-kata orang bijaksana yang didengar dengan tenang, lebih baik daripada teriakan orang yang berkuasa dalam kalangan bodoh.
Selidiki Pengkhutbah 9:17
7
Pengkhutbah 9:5
Mereka yang hidup tahu bahawa mereka akan mati, tetapi orang yang mati tidak mengetahui apa-apa lagi dan tiada upah bagi mereka, bahkan sudah lenyap kenangan terhadap mereka.
Selidiki Pengkhutbah 9:5
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video