Akan tetapi, Haman mencemuh dirinya sekiranya Mordekhai sahaja yang dibunuh. Oleh itu, setelah Haman diberitahu tentang bangsa Mordekhai, dia berikhtiar untuk memusnahkan seluruh orang Yahudi, iaitu bangsa Mordekhai, yang berada di seluruh kerajaan Ahasyweros.