TUHAN berfirman kepada Musa, “Pergilah menghadap Firaun, kerana Aku telah mengeraskan hatinya dan hati para pegawainya, supaya Aku dapat menunjukkan segala mukjizat-Ku ini dalam kalangan mereka, dan supaya kamu dapat menceritakan kepada anak cucumu bagaimana Aku mempermainkan warga Mesir, serta segala mukjizat yang telah Kulakukan dalam kalangan mereka. Dengan demikian, kamu tahu bahawa Akulah TUHAN.”