Aku akan membawa kamu ke negeri yang dengan bersumpah Aku berjanji akan Kukurniakan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub. Aku akan mengurniakannya kepadamu untuk menjadi milikmu. Akulah TUHAN.’ ”
Namun begitu, apabila Musa menyampaikan kata-kata itu kepada orang Israel, mereka yang terlalu sedih dengan penindasan daripada beban perhambaan atas mereka itu langsung tidak mahu mendengar kata-kata Musa itu.